Jumlah Pengunjung

Showing posts with label #prkkualabesut. Show all posts
Showing posts with label #prkkualabesut. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

FITNAH DAJJAL PAS BULAN RAMADHAN DI KUALA BESUT BERULANG LAGI !!!




Teknik Jahat Pembangkang SMS kepada semua pengundi >>> 0136021729. Ni mssg dia hantar termasuklah ke hp calon sendiri; SALAM 1 MALAYSIA;Pastikan anda menerima RM500 sebelum hari mengundi drpd Pengerusi JKK atau hubungi 0197574360, BERSAMA PASTIKAN KEMENANGAN BN ... boleh check ke ini no hp siapa? 

Dalam PRU 13 lalu pembangkang membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membeli, mendaftar dan top up telefon semata-mata untuk menyebarkan maklumat palsu kepada pengundi. 

Kali ini berulang lagi. 




Tuesday, 23 July 2013

CALON PAS KUALA BESUT KUTUK NIK AZIZ KAW-KAW...!!! PERH... PANAS NI...





Memang mengejutkan bila satu sms luahan perasaan oleh calon pas di kuala besut mula tersebar. Aku percaya pada sms luahan yang di luahkan oleh calon pas ni, untuk ikuti cerita dari sumber mana yang telah aku perolehi korang bleh klik kt blog TFK sini atau korang boleh terus baca je kt bawah ni... 

Satu SMS dikesan sedang beredar di sekitar Kuala Besut. Dan tidak lama lagi, pastinya akan beredar di seluruh Malaysia kalau tidak di seluruh dunia pun.

Berdasarkan kepada nama si pengirim, CHE LONG, ianya dirujuk kepada nama panggilan calon PAS DUN Kuala Besut, Azlan @ Endut Jusuh. Manakala nombor telefon yang tertera pada SMS itu pula, memang nombor calon PAS.

Daripada SMS tersebut, kelihatan benar kekecewaan calon PAS yang mulai patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan pertaruhannya. Pastinya ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku sehingga dia mulai mengungkit duit yang dikeluarkan dan dikorbankan untuk perjuangan PAS tempatan.

Namun yang paling mengejutkan ialah, kemarahannya terhadap HUSAM MUSA, boss dia sendiri, merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut. Tidak setakat itu sahaja, dia turut mengecam Nik Aziz yang dituduhnya sengaja mahu memecah belahkan kaum keluarganya di Kuala Besut.

Tentu sekali, Che Long merujuk tindakan Nik Aziz menuduh orang UMNO tidak sembahyang dalam ceramahnya dua hari lepas.

Che Long merupakan anak tempatan. Sekaligus turut mengesahkan bahawa tindakan PAS dengan kempen politik memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan, tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan.

SMS berkenaan menjelaskan tentang kekecewaan terhadap PAS yang semakin ketinggalan dari segi perjuangan Islam dengan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.





Member BSK