Jumlah Pengunjung

Showing posts with label kuala besut. Show all posts
Showing posts with label kuala besut. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

FITNAH DAJJAL PAS BULAN RAMADHAN DI KUALA BESUT BERULANG LAGI !!!




Teknik Jahat Pembangkang SMS kepada semua pengundi >>> 0136021729. Ni mssg dia hantar termasuklah ke hp calon sendiri; SALAM 1 MALAYSIA;Pastikan anda menerima RM500 sebelum hari mengundi drpd Pengerusi JKK atau hubungi 0197574360, BERSAMA PASTIKAN KEMENANGAN BN ... boleh check ke ini no hp siapa? 

Dalam PRU 13 lalu pembangkang membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membeli, mendaftar dan top up telefon semata-mata untuk menyebarkan maklumat palsu kepada pengundi. 

Kali ini berulang lagi. 




Tuesday, 23 July 2013

CALON PAS KUALA BESUT KUTUK NIK AZIZ KAW-KAW...!!! PERH... PANAS NI...





Memang mengejutkan bila satu sms luahan perasaan oleh calon pas di kuala besut mula tersebar. Aku percaya pada sms luahan yang di luahkan oleh calon pas ni, untuk ikuti cerita dari sumber mana yang telah aku perolehi korang bleh klik kt blog TFK sini atau korang boleh terus baca je kt bawah ni... 

Satu SMS dikesan sedang beredar di sekitar Kuala Besut. Dan tidak lama lagi, pastinya akan beredar di seluruh Malaysia kalau tidak di seluruh dunia pun.

Berdasarkan kepada nama si pengirim, CHE LONG, ianya dirujuk kepada nama panggilan calon PAS DUN Kuala Besut, Azlan @ Endut Jusuh. Manakala nombor telefon yang tertera pada SMS itu pula, memang nombor calon PAS.

Daripada SMS tersebut, kelihatan benar kekecewaan calon PAS yang mulai patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan pertaruhannya. Pastinya ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku sehingga dia mulai mengungkit duit yang dikeluarkan dan dikorbankan untuk perjuangan PAS tempatan.

Namun yang paling mengejutkan ialah, kemarahannya terhadap HUSAM MUSA, boss dia sendiri, merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut. Tidak setakat itu sahaja, dia turut mengecam Nik Aziz yang dituduhnya sengaja mahu memecah belahkan kaum keluarganya di Kuala Besut.

Tentu sekali, Che Long merujuk tindakan Nik Aziz menuduh orang UMNO tidak sembahyang dalam ceramahnya dua hari lepas.

Che Long merupakan anak tempatan. Sekaligus turut mengesahkan bahawa tindakan PAS dengan kempen politik memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan, tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan.

SMS berkenaan menjelaskan tentang kekecewaan terhadap PAS yang semakin ketinggalan dari segi perjuangan Islam dengan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.





RUMAH ALLAH JADI MANGSA NAFSU PAS DI KUALA BESUT !!!





Kalau korang tengok betul-betul gambar diatas, korang akan nampak satu kejadian aneh lagi misteri yang terjadi didalam sebuah masjid di Kuala Besut ni..

Cuba bayangkan, macam mana stiker politik macam tu boleh dilekatkan di mimbar dan juga dinding masjid tersebut? Adakah ianya disengajakan ataupun sabotaj oleh pihak-pihak tertentu? 

Korang fikir la sendiri sampai begitu sekali pas tergamak mempermainkan rumah ALLAH demi untuk kuasa politik.. Untuk mengetahui apa cerita sebenar korang KLIK KT SINI UNTUK CERITA PENUH...



NYAWA DUA EKOR CINA ANAK HARAM NI DI SAMBUNG KHAMIS INI !!!



Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan semakan semula kehakiman difailkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee berhubung keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka dijamin.

Peguam Chong Joo Tian yang mewakili Tan dan Lee memberitahu pemberita hari ini bahawa kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.

Kedua-dua mereka yang didakwa atas tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan serta mempamerkan gambar lucah di laman sosial Facebook mengemukakan permohonan tersebut Jumaat lepas.

Mereka mendakwa Hakim Murtazadi Amran melakukan kesilapan kerana tidak membenarkan mereka diikat jamin, dan ia adalah bertentangan dengan undang-undang.

Menerusi alasan permohonan, Tan, 24, dan Lee, 25, mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, dan hujah pihak pendakwaan bahawa mereka mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama sekiranya diberikan jaminan, adalah tidak berasas.

Dakwa mereka lagi, segala peralatan komputer dan elektronik milik mereka telah dirampas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sekiranya terdapat risiko untuk berbuat kesalahan yang sama, mahkamah boleh menetapkan syarat di dalam jaminan untuk menegahnya.

Tan dan Lee turut menyatakan bahawa ahli keluarga mereka tinggal di negara ini, dan tidak memungkinkan mereka melarikan diri. Namun jika terdapat risiko sedemikian, pasport mereka boleh dikompaun atau dirampas sehingga perbicaraan selesai.

Pada 18 Julai lalu, Hakim Murtazadi tidak membenarkan Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, diikat jamin sementara menunggu perbicaraan, atas sebab kepentingan awam. - BERNAMA









Monday, 22 July 2013

PERHALUSI PENIPUAN KEPALA PAS DI BULAN RAMADHAN !!! #KualaBesut




Penduduk Kuala Besut diminta tidak tertipu dengan pujuk rayu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan memohon kerusi Menteri Besar sekiranya 'kempen 16-16' menjadi kenyataan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Abdul Hadi itu hanya perangkap yang bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak menentu serta menyusahkan rakyat.
Beliau berkata, justeru sokongan pengundi di Kuala Besut kepada BN amat penting dalam memastikan kestabilan yang dinikmati sejak sekian lama dapat dikekalkan dan demi masa depan negeri ini.

"Dengan kempen 16-16, mereka tidak mahu apa-apa kononnya hanya mahu merasa satu lagi kerusi, saya mahu beritahu pengundi di Kuala Besut kalau teori 16-16 ini berjaya dimenangi Pas, akan berlaku kerajaan tergantung di Terengganu yang menyebabkan keadaan tidak stabil.

"Di samping itu saya ingin menjawab apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi kononnya mereka hanya mahu satu kerusi lebih sahaja, mereka tidak mahu menuntut kerusi Menteri Besar.

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu dan jangan terjebak kerana mustahil Pas tidak menuntut sebarang kerusi jika kedudukan di DUN (Dewan Undangan Negeri) berada pada keadaan 16-16," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melawat Markas Taktikal (Martek) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Semalam, Abdul Hadi membayangkan beliau tidak berminat untuk kembali menjadi Menteri Besar Terengganu walaupun pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan BN di DUN.

Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, sasaran Pas untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 bukan demi mendapatkan kuasa atau untuk membentuk kerajaan.
Sementara itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menempelak pemimpin Pas yang mendakwa semua projek yang diumumkan oleh kerajaan Pusat adalah atas desakan mereka.

"Semua projek di seluruh negara adalah kerana Pas, DAP dan PKR minta, maka kerajaan BN cukup baik hati atas permintaan parti pembangkang itulah semua projek di Malaysia di lakukan sebab di Malaysia ini tidak ada perancangan hanya mereka sahaja yang pintar kononnya.

"Sedangkan BN mempunyai keprihatinan yang tinggi ke atas keperluan rakyat tidak mengira sebarang perbezaan ia datang dari akar umbi atau dari kerajaan sendiri asalkan untuk rakyat maka ini akan dipenuhi oleh BN," katanya.







Sunday, 21 July 2013

PRESIDEN PAS HINA REZEKI ALLAH UNTUK NELAYAN ???




Bertempat di bilik gerakan Unit peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan. Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN).
Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut  menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan.
“Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. “Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan,” katanya.
Namun ketika dipermulaaan ceramah Hadi turut mengingatkan pengundi agar tidak mengambil sebarang duit sekiranya diberikan. Ini kerana menurutnya ia adalah merupakan satu kesalahan rasuah dan merupakan satu perbuatan yang haram.
“Pilihanraya bukan masa untuk bagi duit.. Kalau (BN) bagi duit masa pilihanraya ia dikira rasuah” katanya.
Persoalannya ialah, terdapat dua ‘fatwa’ yang saling bercanggah berhubung isu sama. Pertama Hadi menegaskan kepada pengundi agar menolak sebarang bentuk pemberian yang diberikan kerana ia merupakan satu perbuatan rasuah yang membawa kepada hokum haram dan berdosa.
Namun dipenghujung ceramah, dia meminta agar pengundi menjadi ikan nyang cerdik dengan memakan umpan (sebarang pemberian) yang diberikan namun memberikan undi kepada Pas. Apa yang nyata bekas menteri besar Terengganu ini telah terkeliru dengan fatwa yang dikeluarkan atau ia hanya dikeluarkan sekiranya ia dapat memberikan keuntungan kepada Pas.
Terdahulu ketika pilihanraya kecil Galas yang diadakan tidak berapa lama dahulu, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Sandrop. Paling menarik perbuatan tersebut turut terakam melalui gambar yang menunjukkan secara jelas Menteri Besar Kelantan itu memberikan wang ringgit.
Persoalannya apakah pemberian itu juga bole dikategorikan sebagai rasuah atau ia tidak dikira sebagai dosa kerana dilakukan oleh seorang tok guru yang diangkat sebagai ulama oleh pengikut Pas? Apakah hukum rasuah hanya terpakai kepada Umno/BN sahaja?
Seterusnya, ketika menyampaikan ceramahnya itu, Hadi turut dilihat menghina dan menyalahkan golongan nelayan dan penduduk di luar bandar kerana dikatakan sebagai punca utama pakatan pembangkang GAGAL membentuk kerajaan dalam pilihanraya umum yang lalu.
Hadi mengatakan, melalui gerakan alam siber pihak pembangkang, ramai dikalangan pengundi khususnya di kawasan bandar telah memilih untuk menyokong pakatan. Ini kerana menurut Hadi, golongan tersebut terdedah dengan capaian internet sehingga membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang terkini.
Namun begitu, disebabkan golongan luar bandar seperti nelayan dan peneroka kelapa sawit dikatakan tidak celik IT, maka mereka masih lagi terpengaruh dengan laporan yang dikeluarkan oleh sumber media massa.
“Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan. Kita berjaya dapat undi orang bandar tapi kalah di kawasan undi kampung. Sebab apa? Sebab dia sibuk ke laut, sibuk dengan kelapa sawit” katanya sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
Kesimpulannya hanya kerana tidak memberikan undi kepada pakatan pembangkang, golongan nelayan, petani, peneroka dan sebagainya seperti tiada nilai di mata Presiden Pas itu.





MULA MULA PUAS HATI, LEPAS PILIHANRAYA ???




KUALA BESUT 20 Julai - Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berpuas hati dengan proses pengundian awal hari ini di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.
Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang tiba pada pukul 8.26 pagi ketika ditemui pemberita memuji kelancaran proses pengundian awal itu yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Proses berjalan lancar dan daripada apa yang kita perhatikan kita puas hati," katanya. Pengundian awal itu melibatkan 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 95 peratus. Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che
Ku Abd Rahman juga berpuas hati dengan kelancaran proses undi awal itu. Tengku Zaihan berkata, beliau akan menggunakan
tempoh yang masih ada sebaik mungkin untuk mendekati lebih ramai pengundi termasuk golongan muda sebelum 24 Julai iaitu hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.

Beliau juga melahirkan keyakinan BN mampu meningkatkan jumlah undi di dua kawasan yang dianggap kubu kuat Pas iaitu di Bukit Puteri dan Kampung Nangka menerusi pendekatan rumah ke rumah. PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA







Saturday, 20 July 2013

HUSAM MUSA TERDESAK TIPU PENGUNDI DI BULAN RAMADHAN !!!





Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur bersama pilihan tajuk yang sesuai.

Mengulas cabaran debat yang dilaporkan dikemukakan Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Datuk Husam Musa kepadanya, beliau berkata ia tidak boleh disahut begitu sahaja, apatah lagi ia dibuat tanpa memaklumkan kepada BACA SETERUSNYA...



Friday, 19 July 2013

PANAS... CERAMAH NIK AZIZ LUDAH MUKA SENDIRI DI KUALA BESUT !!!




Dulu mereka mengutuk dan menghina program-program BN yang selama ini menarik orang hadir dengan cabutan bertuah, tetapi kali ini,apa yang mereka kutuk dan hina telah balik kepada mereka semula ibarat kata perpatah seperti “meludah ke langit”. BACA SETERUSNYA TENTANG KEJADIAN SEBENAR...





PANAS... PEMIMPIN PAS LARI DARI KEMPEN KUALA BESUT !!!




Tindakan Wahid Endut meninggalkan “Medan Perang” ketika kempen masih panjang mengundang cercaan dan makian dari jentera PAS Terengganu yang nyata amat kecewa dengan situasi sekarang. 

Tindakan pengecut Wahid Endut ini membuatkan geng Husam dan Pro Anwar didalam PAS semakin kuat bukan sahaja di PRK Kuala Besut malah ketika pemilihan muktamar yang akan dating. Ramai melihat tindakan Wahid Endut yang berkeras tetap mahu BACA SETERUSNYA....


PAS PERHAMBAKAN KANAK-KANAK UNTUK KEMPEN POLITIK DI KUALA BESUT !!!





KELIHATANNYA macam tidak ada orang nak menyokong PAS ni kan sampai setiap kali depa berkumpul, kanak-kanak bawah umur pasti membentuk majoriti besar (antara 30% – 40%).
Tidak terkecuali dalam proses pencalonan pilihanraya kecil N01 Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang, budak-budak sekolah (kita percaya dari sekolah pondok berhampiran) di arah untuk menyertai perarakan calon PAS ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.
Pada mata yang betul, tindakan macam ini adalah satu eksploitasi kanak-kanak yang jelas.  Politik kepartian bukan untuk budak-budak bawah umur yang perlu menumpukan sepenuh masa mereka kepada pelajaran mereka, bukan berpolitik.  Kalau alasannya nak bagi exposal pun, apa awal sangat, kalau budak-budak ini dah di tahap universiti tu lainlah cerita.
Bagaimanapun yakinlah, PAS bukan peduli pun semua tu.  Pada dia, apa pun yang dia buat betul belaka, jangan orang lain buat benda yang sama, ohh..itu salah dan berdosa.
Penulis pun hairan, kemana perginya pertubuhan-pertubuhan sukarela dan bukan kerajaan yang menjaga hak asasi kanak-kanak di negara kita ini.  Suhakam yang begitu prihatin kalau ada perusuh yang tertelan asap pemedih mata (konon menjaga hak asasi manusia perusuh terbabit), macam orang bisu dalam kes ini.
Yang dibawa mak bapak masing-masing tu satu hal lah, yang budak dari sekolah pondok tu, macam mana pulak?  Itu kalau tak sebab dipaksa guru sekolah pondok berkenaan, memang tak perginya budak-budak tu, dia tidur kat rumah lagi baik.
Apatah lagi dalam bulan puasa sekarang bila aktiviti luar macam ini hanya akan menyebabkan budak-budak itu kepenatan.  Adakah PAS fikir semua ini.
Penulis rasa sudah sampai masanya undang-undang berkaitan diperkemaskan lagi.
Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen tahun sudah sepatutnya sudah cukup untuk menangani perbuatan mengeksploitasi budak-budak untuk tujuan politik macam ini, tapi malangnya penulis lihat diperingkat penguatkuasaan, masih banyak yang kekurangan.





Thursday, 18 July 2013

VIDEO FITNAH PAS MENGUNDANG RIBUT DI KUALA BESUT !!!




Ribut melanda di PRK kuala besut semalam, mungkin juga petanda kpd PAS supaya jgn teruskan menfitnah di bulan yg mulia ini. Utk menonton video ribut tersebut korang boleh KLIK DISINI...






Wednesday, 17 July 2013

VIDEO PALING PANAS DI KUALA BESUT !!! WAJIB LIHAT...



Untuk mengetahui video panas ni yang akan menyebabkan PAS tersungkur dan tertiarap mati katak seterusnya akan membuktikan betapa hinanya perjuangan PAS...  SILA KLIK SINI....






Saturday, 13 July 2013

CALON PAS KUALA BESUT PAKAR MENIPU UNTUK MENDAPATKAN PROJEK ??? #PRKKualaBesut




Gelanggang PRK telah bermula dengan rasminya pagi tadi. Pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pas. Ke mana menghilangnya calon-calon bertaraf ustaz dan ulamak dalam Pas sehinggakan terpaksa menamakan seorang yang bukan dari kalangan ustaz dan ulamak sebagai calon. Apa yang ingin dikongsikan kali ini ialah bahawa calon Pas iaitu Che Long ini sememangnya mempunyai beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Che Long.

Antara syarikat yang dikaitkan dengan Che Long ialah:

1) Maxxifon (KT0202224)

2) Robihah Sdn. Bhd. (522105)

3) Tayar & Auto MMC (TR0042227) dan

4) Walit Jewellery Sdn. Bhd.

Che Long dikaitkan dengan kontraktor kelas A melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd dan projek JKR terakhir yang diterima ialah pada tahun 2002 (bawah Kesedar) bernilai RM 3.7 juta.

Sebelum aktif dalam Pas, menurut sumber, Che Long sebelum ini adalah ahli UMNO di Cawangan Kg. Gong Nering dalam PDM Kg. Baru di DUN Kuala Besut ini dan sering menjaja nama UMNO sehingga ke Kuala Lumpur untuk dapatkan  BACA SETERUSNYA...  




Friday, 12 July 2013

SUBHANALLAH... PRESIDEN PAS HAMPIR DI TELAN BUMI !!!


Aku baru terbaca berita dari sebuah blog klik sini  yang mengatakan pentas ceramah pengistiharaan calon PAS di PKR Kuala Besut hampir runtuh. Wah... Apakah tandanya ini  ? Aku berpendapat ini adalah petanda amaran dari Allah Taala supaya PAS tidak sesuka hati menabur fitnah di bulan yang mulia ini demi kerana untuk menagih undi dari umat islam pada PRK Kuala Besut yang semakin hampir ini.

Semua pemimpin tertinggi Pas termasuk Hadi Awang ketika itu baru sahaja selesai mengumumkan calon.. Sebaik saja para petugas media mengambil tempat, lantai yang diperbuat dari kayu itu tiba tiba merudum..

Nasib baiklah tak teruk sangat.. Kalau tak mesti diorg tuduh BN sabotaj..Tau tau jelah kan Pas ni macam mana.. Diorg mana boleh mengaku salah.. 

Selalu menolak Qada dan Qadar...




Thursday, 11 July 2013

PAS MENCARI KELEMAHAN CALON BARISAN NASIONAL KUALA BESUT ???



Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memiliki kekuatan latar belakang yang menjadi pilihan pengundi Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Pengarah BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan II berkata, Tengku Zaihan bukan sahaja masih muda malah datang daripada keluarga berlatar belakangkan agama serta merupakan seorang profesional.
Ketua UMNO Besut itu berkeyakinan Tengku Zaihan yang merupakan bekas jurutera Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) daerah Besut dan di Putrajaya akan menjadi pemimpin yang mampu berkhidmat dan menyumbang idea berkesan ke arah pembangunan.

"Zaihan adalah tokoh yang berpotensi sebagai seorang pemimpin masa depan yang diperlukan UMNO. Beliau memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu kreatif, innovatif dan mempunyai pemikiraan maju ke hadapan bagi membangunkan Kuala Besut," katanya ketika bertemu rakan bloggers di sini malam tadi.
Bagi membantu kempen calon itu nanti, Idris berkata, BN akan berkempen secara berhemah bagi memperkenalkan calon kepada pengundi.

Idris berkata, Tengku Zaihan, yang berkahwin dengan seorang guru Siti Salbiah Othman, 34, dan dikurniakan empat cahaya mata, itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana beliau dilihat mudah bergaul dan disenangi semua golongan, baik golongan tua mahupun para remaja di Kuala Besut.
Malah Idris menyifatkan dalam bidang kerjayanya, Tengku Zaihan merupakan kakitangan kerajaan yang cemerlang apabila beliau pernah menerima beberapa penghargaan antaranya Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan pada 2006 dan 2011 dan Anugerah Pencetus Idea (2010).

Tengku Zaihan yang memegang jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Bahagian Korporat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan anak kepada seorang guru agama yang disegani, Ustaz Che Ku Abd Rahman. - BERNAMA

Wednesday, 10 July 2013

PUASA KE PAS DI BULAN RAMADHAN ???


Bila masuk sahaja bulan Ramadhan, semua umat islam sedia maklum bahawasanya umat islam di wajibkan berpuasa. Berpuasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, malahan kita di wajibkan menahan segala nafsu yang kita ada. Apa kaitannya cerita aku ni dengan PAS ?  hehe.. tentu ada kaitannya..

Seperti yang kita sedia maklum parti PAS terkenal dengan maki hamunnya terhadap pemimpin UMNO demi untuk menunjukkan merekalah yang hebat di mata rakyat kononnya. Akan tetapi, bila masuk bulan yang mulia ini, adakah pemimpin PAS akan berhenti seketika dari memaki hamun dan menfitnah pemimpin UMNO di dalam bulan yang mulia ini ? jawapan hanya akan anda ketahui pada pilihanraya kecil kuala besut dan bila anda membaca paper Harakah. 

Inikah perjuangan Islam yang di laung-laungkan selama ini ? sepatutnya rakyat yang terang hati dapat menilai perkara penting ini dari dahulu lagi. Tapi sayangnya ada juga segelintir rakyat malaysia yang tidak memandang perkara ini dengan serius. Jadi, dari kelemahan umat islam kita sekarang telah di ambil kesempatan oleh cina DAP untuk meracun dan merosakkan lagi pemikiran umat islam supaya lebih berkeceramuk agar dapat menambahkan dendam lagi sesama islam.

Pernahkah kita sedari akan perkara ini ? jika kita sedari apa tindakan kita sebagai umat islam tidak kira kita ini dari parti UMNO mahu pun PAS ? adakah kita hanya mampu mengakuinya sahaja atau kita hanya berdiam diri tanpa ada apa-apa tindakan mencegah ?

Aku tak pandai nak berceloteh panjang, jadi aku menyeru supaya kita berhati-hati dengan setiap tindakan kita di bulan ramadhan agar kita tidak terperangkap di dalam setiap tipu muslihat DAP untuk menghancurkan perpaduan umat islam.

Akhir sekali aku doakan agar PAS menemui jalan kebenaran pada bulan ramadhan kali ini...



Friday, 5 July 2013

SIARAN LANGSUNG PENGIRAAN UNDI KUALA BESUT AKAN MEMALUKAN PARTI PEMBANGKANG DI MATA DUNIA !!!




Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat ini untuk membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut nanti.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi nanti sehinggalah keputusan diumumkan, sudah pasti kita akan mencari kaedah terbaik untuk membuat liputan terbaik kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan (SSIG) dan Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM) Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas peranan media selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Ahmad Shabery berkata, industri tersebut menjadi ejen penting dalam membentuk budaya politik yang baik di negara ini.

Katanya, media arus perdana mahupun alternatif harus memainkan peranan mendidik masyarakat serta ahli politik untuk menerima keputusan PRU Ke-13 yang lalu selain menghormati antara satu sama lain.
"Walaupun terdapat banyak aduan tentang pengendalian pilihan raya dan yang tidak bersetuju dengan SPR tetapi akhirnya rakyat menerima hakikat berdasarkan sistem yang ada.

"Sebagai contoh, sistem pilihan raya di Amerika Syarikat yang berbeza daripada sistem yang diamalkan di negara ini dan terdapat beribu-ribu aduan mengenai kecacatan sistem itu oleh pengundi namun rakyat negara itu boleh menerima keputusan pilihan raya dengan baik," katanya.
Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata, masyarakat yang kini melalui era perkembangan media sosial harus dididik supaya dapat membezakan maklumat yang benar atau sebaliknya.

"Ada yang menyebar sesuatu dengan tidak mahu dikenali, macam dulu ada surat layang. Ini beri impak yang berat. Rakyat harus bezakan mana yang benar dan tidak benar. Mana nak percaya. Kalau penulis tidak sanggup paparkan nama dia, maka keadaan itu sesuatu yang sukar dipercayai dan tidak perlu diambil berat," katanya.
Diminta mengulas tentang persidangan DUN Pulau Pinang yang dikatakan tidak mengadakan sesi soal jawab dan cubaan menghalang wartawan Utusan Malaysiamembuat liputan, Ahmad Shabery menyifatkan keadaan itu sesuatu yang malang.

"Kalau benar, amat malang sebab dibuat oleh parti yang melaungkan kebebasan media dan perkara itu diuar-uarkan sebelum dapat kuasa. Namun warna sebenar dapat dilihat apabila mendapat kuasa.

"Tentang sesi soal jawab pula, ini adalah perkembangan menarik. Ini memaparkan warna sebenar pembangkang. Sesi soal jawab penting kerana di Parlimen sendiri ada sesi ini bagi memudahkan wakil kerajaan menjawab isu serta dasar penting," katanya.

Terdahulu ketika berucap, Ahmad Shabery berkata, media di negara ini berhadapan dengan cabaran lebih getir apabila wujud media sosial yang lebih pantas dan terkini yang lebih digemari masyarakat.
Katanya, oleh kerana itu, RTM sendiri memulakan langkah progresif menyiarkan berita-berita bersifat 'real time' atau secara langsung bagi membolehkan masyarakat menerima maklumat tepat dan cepat seperti liputan sidang Dewan Rakyat.

"Rakyat boleh lihat apa yang berlaku pada masa itu dan ini merupakan penanda aras yang baharu dari aspek keterbukaan media dan kita juga bersifat adil kepada wakil pembangkang," katanya.






Monday, 1 July 2013

KUALA BESUT PUNYA PASAL STOPA ALI DAH MULA PERLI PKR !!!




SHAH ALAM – Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya pada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya.


BSK : wakakawaka... Belom apa2 nk berebut dah....???

Wednesday, 26 June 2013

ADUN KUALA BESUT MENINGGAL.. ADAKAH PILIHANRAYA KECIL AKAN BERLAKU ???



Adun Kuala Besut merangkap exco kerajaan negeri Trg iaitu Dr A Rahman telah meninggal dunia jam 10.18 pg tadi. Alfatihah..

Pada PRU13,Allahyarham Dr Rahman 8,809 undi kalahkan calon PAS,Napisah Ismail 6,375.Majoriti 2,434 undi.Jumlah pengundi DUN tu 17,679


PENGERUSI SPR TS Aziz yang dihubungi kata SPR akan mesyuarat Jumaat ini mengenai kerusi DUN Kuala Besut ekoran kematian Allahyarham Dr Rahman




Member BSK