Jumlah Pengunjung

Showing posts with label NIK AZIZ. Show all posts
Showing posts with label NIK AZIZ. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

KRISIS SELANGOR... DAP GELAR PAS SEBAGAI MUNAFIK !!!



Memang makin panas sekarang ni, semuanya gara-gara kegilaan tiga parti yang mengaku bergabung tetapi tidak berani mendaftarkan diri sebagai satu ikatan parti yang sah. Akibat dari kebodohan tiga parti ini yang kononnya membuat tindakan yang bijak maka terjadilah perebutan kerusi menteri besar selangor. Ikuti cerita terbaru gelaran munafik yang telah diberikan DAP kepada PAS.



Omak oiiii, dah pandai cina DAP menjatuhkan hukum fatwa MUNAFIK kepada PAS.

Nampak gayanya berjayalah PAS dengan proses tarbiyah dan tahaluf siyasi mereka dengan puak-puak DAP ini.

Sekali DAP maki PAS... dia guna bahasa Arab dahhh...

Adakah ahli-ahli jemaah PAS tak pedih telinga dan tersentuh hati bila dituduh munafik oleh ahli DAP kapir harbi ni?

Bukankah lebih sopan... kalau ya pun munafik boleh digantikan dengan perkataan hipokrit?

Tapi munafik...huh tentu ahli-ahli jemaah PAS tahu hukuman yang bakal mereka terima jika menjadi munafik.

Yang keluarkan fatwa munafik tu adalah rakan politik mereka sendiri. 

Kalau Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Hadi Awang sendiri yang keluarkan fatwa itu pada ahli-ahli jemaah PAS, sudah tentu berderai air mata ahli-ahli itu memohon ampun dari Tok-Tok Guru.

Tetapi apabila seorang kafir harbi yang mengeluarkan perkataan munafik pada seorang muslimah PAS merangkap Exco PAS yang setia pada jemaah ini, adakah jemaah-jemaah PAS yang lain mahu menangis meratapi cercaan tersebut?

Kesian maruah seorang muslimah AS dihina sebegitu rupa...

Kini Allah dah buka peluang kepada PAS memerintah sebuah negeri yang kaya dengan rahmat dan nikmat terbentang di depan mata, namun ternyata masih ada puak-puak dalam PAS yang masih buta kerana mahu berkongsi kuasa dengan puak-puak kafir harbi DAP dan liberalis songsang PKR? 

PAS boleh perintah Kelantan 24 tahun tanpa sekor pun ahli DAP (dan PKR) yang menjadi ADUN, MP apatah lagi Exco. Boleh jer...

Namun apabila dimunafikkan oleh DAP, adakah PAS mahu diam lagi?

Unit Amal PAS...korang senyap kerana mabuk KETUM kah?
 





Tuesday, 10 June 2014

ANAK KARPAL SINGH CILAKAKAN PAS PENYEBAB DAP KALAH DI TELUK INTAN ???



Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.
 
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, dakwaan itu adalah tidak adil sama sekali serta tidak menghormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu DAP pada pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Oleh itu, kenyataan Gobind ini adalah tidak adil, tidak hormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu di Teluk Intan.

"Tindakan ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap ‘setuju untuk tidak setuju’, tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud).

"Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun. Jadi janganlah begini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gobind yang dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberitahu, kekalahan DAP tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk imej Dyana Sofya yang muda dan bukan orang tempatan berbanding lawannya, Datuk Mah Siew Keong yang berpengalaman, seorang anak tempatan dan dijanjikan jawatan menteri.

"Selain itu faktor protes senyap, penyusutan pengundi dari 80 peratus kepada lebih 60 peratus dan sebagainya. Namun, saya tidak boleh menerima alasan bahawa kekalahan di Teluk Intan disebabkan hudud," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat selain tindakan tersebut turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli Pas yang bekerja keras membantu jentera pembangkang yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan.

"Pas berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut turun membantu. 

"Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara syif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan pembangkang yang diwakili DAP di Teluk Intan," jelasnya.

(SUMBER)

Monday, 10 February 2014

NIK AZIZ SUBAHAT HINA UMAT ISLAM BERSOLAT !!!



Cerita terkini yang berlaku di negeri kedah, satu program Kedah Berselawat telah mendapat kritikan dan fitnah dari page Nik Aziz yang merupakan Musridul Am Parti PAS Malaysia. Yang aku peliknya kenapa Nik aziz boleh biarkan page beliau menfitnah hingga begini. Sudah beberapa kali page tersebut menfitnah sesama islam. Adakah mereka dari parti PAS berasa cemburu dan sakit hati bila program agama anjuran Mukhriz Mahathir ini mendapat sambutan seramai 40,000 kehadiran pada malam tersebut.

Inikah contoh sifat seorang muslim yang PAS agungkan selama ini? Beginikah sikap parti yang kononnya melaungkan memperjuangkan agama ALLAH ? Bagi aku, sikit demi sedikit ALLAH telah tunjukkan pada rakyat Malaysia penipuan demi penipuan yang PAS telah lakukan. Apakah nasib anak muda melayu selepas ini jika terus terpedaya dengan tipu helah dan busuk hati dari PAS.

Sama-sama kita berdoa agar umat islam yang selama ini menyokong perjuangan songsang PAS cepat sedar.



Gambar di atas adalah fitnah dari page Nik Aziz terhadap program Kedah Berselawat anjuran kerajaan negeri Kedah.

Gambar di bawah pula adalah kenyataan dari staff Yayasan Islam Negeri Kedah yang merupakan penganjur program tersebut.




Seramai 40,000 kehadiran telah di catatkan pada malam tersebut... Mungkin kehadiran yang ramai ini yang telah membuatkan PAS susah hati dan gundah gulana... Seseungguhnya Iblis amat membenci dengan program sebegini...






Sunday, 1 December 2013

NIK AZIZ MULA TERUSKAN PERANGAI MACAM GAMPANG !!!



Sungguh melucukan sekali apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mengeluh seakan mencemburui usaha diplomasi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub yang melakukan kunjungan rasmi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya beberapa hari lepas.

Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi MB menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui PM.

“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (Perdana Menteri) buka pintu,” itu keluhannya seolah-olah membayangkan inilah pertama kalinya PM meluangkan masa bertemu MB Kelantan.

Bagi penyokong PAS yang masih muda belia atau dari jenis totok hijau berkarat tentu sahaja merasakan betapa terpinggirnya Kelantan sewaktu Nik Aziz menjadi MB sehingga langsung tidak dipedulikan dan sengaja dipinggirkan oleh PM sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, Pak Lah hinggalah ke zaman pemerintahan Datuk Seri Najib.

Hakikatnya Nik Aziz dan Kelantan tidak pun terpinggir sebaliknya sering dibantu termasuklah ketika bekas MB Kelantan itu datang menemui meminta bantuan Tun Dr Mahathir sewaktu negeri itu dibebani isu air dengan syarikat Thames Water sekitar tahun 1990-an dulu.

Hasil dari pertemuan kedua-dua mereka itulah, akhirnya Tun Dr Mahathir yang ketika itu adalah PM bersetuju memberi pinjaman sejumlah RM600 juta yang sehingga kini banyak membantu meningkatkan kemudahan bekalan air bersih di Kelantan.

Tidak lupa juga sewaktu perasmian Jambatan Tendong, pun Nik Aziz turut dijemput untuk menyaksikan perasmiannya bersama PM meskipun seratus peratus kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Pusat. Malah Nik Aziz pernah menyebut jambatan tersebut adalah simbolik hubungan akrab Kerajaan Pusat dan Kelantan.

Selain itu banyak pertemuan lain diatur bezanya tidaklah terlalu diberi publisiti seperti sekarang, banyak yang berlangsung di Kuala Lumpur seperti ketika Nik Aziz meminta pelbagai jenis bantuan kewangan dan pembangunan serta tak kurang juga perjumpaan di Kelantan seperti ketika masalah banjir pada 1999.

Begitu juga sewaktu Pak Lah menjadi PM, Kelantan terus dibela dan Nik Aziz tetap juga diberi muka, dan masih segar diingatan ramai bagaimana suatu ketika dulu Pak Lah pernah mengetepikan protokol dengan membantu memimpin tangan Nik Aziz turun dari pentas selepas selesai majlis yang mereka berdua hadiri.

Demikian halnya sewaktu Datuk Seri Najib menjadi PM, bukan sekali bukan dua kali Najib bertemu muka mendengar keluh kesah Nik Aziz meminta bantuan malah pernah diberi penghormatan menyertai majlis perasmian projek pembangunan ECR Pantai Timur oleh PM di Kompleks Pemasaran Setempat Taman Industri Automotif Pekan, Pahang beberapa tahun lepas.

Paling khalayak tidak lupa, di majlis tersebut Nik Aziz terkedik-kedik malu sendirian bila diminta bergambar dengan mengangkat jari telunjuk simbolik 1Malaysia. Kalau Najib jenis buat buat tak endah jangan diharap Nik Aziz diberi peluang menunjukkan muka di majlis perasmian tersebut.

Berdasarkan beberapa imbasan di atas, tuduhan Nik Aziz kononnya hanya selepas 23 tahun barulah MB Kelantan dapat berjumpa PM jelas sekali adalah satu fitnah yang mungkin disnegajakan atau barangkali juga disebabkan masalah nyanyuk yang dialami Nik Aziz, itu pasal
sakan meroyan tak ketahuan.

Kalau pun Nik Aziz cemburu melihat sambutan rasmi yang diterima Mat Yakob lebih mendapat publisiti meluas di media cetak dan elektronik, ia bukan alasan kukuh untuk menafikan hakikat bahawa sepanjang 23 tahun pemerintahan Nik Aziz sebagai MB Kelantan sudah acap kali berlaku pertemuan rasmi atau tidak diantaranya dengan PM.



Friday, 18 October 2013

HARON DIN BERI PETUNJUK BAHAWA NIK AZIZ SUDAH SESAT !!!



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menegaskan yang kalimah Allah hanya boleh digunakan jika merujuk kepada Tuhan Yang Esa bukannya Tuhan bersifat Trinity sebagaimana yang dipercayai oleh orang Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.


''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya,"


''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.


''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini,"


Demikian ditegaskan oleh beliau dari Mekah ketika dihubungi oleh Utusan. Walaupun sibuk dengan ibadah Haji, beliau masih mahu mengulas panjang lebar supaya mesejnya jelas.

Berbeza dengan pemimpin Pas yang sorang ni, dalam keadaan yang paling penting untuk menunjukkan ketegasan Pas dalam memperjuangkan Islam, Datuk Mustafa Ali semasa bercakap bagi pihak Pas dalam mengeluarkan pendirian bersama PR dalam isu Kalimah Allah hanya mampu berkata -

“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,” Mkini.

Adeeeeh ..... Itu bukan dalam situasi spontan ! Bukannya wartawan pergi sergah dia ketika dia sedang memilih warna spender kegemaran di shopping centre ! Tapi Mustafa bercakap dalam satu Sidang Akhbar Khas PR bagi menyatakan satu pendirian bersama mengenai isu Kalimah Allah, dan beliau dipilih untuk mewakili parti Pas ...... dan Mustafa boleh jawap -

“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,”

WOW ! Mustafa telah mengangkat tahap jawapan PlaySafe ke satu level yang baru !

Bandingkan kenyataan yang TERANG dan TEGAS dari Haron Din, tidak mungkin boleh disalahertikan.Tapi ketegasan yang sama tidak pernah dapat dipertontonkan oleh pemimpin2 Pas lain setiapkali pendirian mereka berdepan dengan konflik percanggahan dengan rakan Tahaluf mereka dalam Pakatan Rakyat.

Contohnya Ketua Penerangan Pas  Tuan Ibrahim pernah berkata -

Pas tetap menentang keras penggunaan kalimah ALLAH  dalam situasi yang menggambarkan ALLAH sebagai makhluk atau mempunyai anak, namun tidak menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam penghayatan keagamaan mereka. ( KLiK )

Nik Aziz lagi kelas ....

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,”

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH) ( KLiK )

Jawapan yang paling ikhlas datangnya dari Presiden Pas Haji Hadi -

Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah Allah dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut."

Alahai Pas .... Payah sungguh ya bab nak jaga hati rakan Tahaluf anda, kan ... Kalau berdepan dengan Umno, peeergh ... batu boleh jadi lembut bila kena sergah ! 
Tapi bila Dap jeling jer ...... semua jadi pondan. 
 
 

Thursday, 3 October 2013

INILAH PERANGAI NIK AZIZ !!!



Memang menarik cerita kali ini, tindak tanduk Nik Aziz sekarang makin menyerlahkan peribadi dirinya sebenar, manakan tidak, tindakan nik aziz sekarang nampaknya semakin menepikan golongan ulama dalam pas. Adakah nik aziz makin tidak percaya pada aura ulama dalam pas ? cerita ni aku ambil dari sebuah blog membongkar tentang sikap nik aziz sebenarnya di kelantan... sila baca di bawah...




Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan satu majlis bersama artis yang dihadiri para penggiat seni penyokong parti pembangkang.Antara artis yang kelihatan adalah Mustafa Kamal,Noryn Aziz,Bob Lokman,Yatt Hamzah,Akhil Hayy,Waheeda,Rabbani,Ainan Tasneen dan beberapa pelakon yang kurang dikenali.Namun,kehadiran Dr MAZA (Muhammad Asri Zainal Abidin) mengundang seribu tanda tanya.Adakah beliau seorang artis ??? Seni apa yang beliau lagukan ??? Adakah seni menjadi lalang politik juga boleh dikira sebahagian dari salah satu cabang seni ??? Begitu taksub dengan politik kepartian,di dalam majlis ini air yang dihidangkan pun diwarnakan dengan warna hijau.saya tidak tahu apakah rasa air tersebut,namun warna air tersebut sungguh jelek dan kelihatan sangat pelik.Tetapi,itu bukan isu yang ingin saya kupaskan di dalam artikel ini,isu yang paling penting ialah kenyataan Nik Aziz tentang keseronokkan beliau bersama artis-artis yang memuja beliau.Seluruh Malaya tahu ramai artis yang kononya telah berhijrah memilih PAS sebagai agama baru mereka dan secara automatik mereka akan dianggap sebagai ulama dan ustaz sejurus menyerahkan borang ahli parti PAS. Masih segar diingatan kami tentang kenyataan-kenyataan mengarut yang dikeluarkan oleh artis-artis PAS seperti Abby Abadi dan Bob Lokman dan betapa sempitnya pandangan mereka tentang Islam dan ilmu akidah. 

Namun begitu artis-artis ini masih lagi dijemput untuk mengadiri program-program tertentu walaupun tidak lagi sebegitu aktif seperti mana yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang dulu.Ada juga artis seperti Hairi Othman yang kecewa dengan PAS kerana tiada lagi bayaran diberikan kepada beliau selepas pilihanraya umum ke-13 empat bulan yang lepas.Namun begitu,kepelikkan yang melampau adalah apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama-sama artis.Umum mengetahui,golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ini dan mereka memandang hina kepada profesyen seni dan persembahan.Begitu juga dengan aktiviti kebudayaan yang diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.Kini lain pula ceritanya, dimana artis-artis difatwakan oleh Nik Aziz untuk dijadikan ikon dan contoh kepada masyarakat walaupun mereka tidak mempunyai ilmu agama yang cukup untuk dijadikan contoh.Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Nik Aziz dan partinya,Nik Aziz mengambil langkah populis dengan bersengkongkol dengan artis yang telah merudum populariti mereka. 

Seolah-olah ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS.Mereka menggunakan artis untuk menaikkan imej liberal mereka tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dengan jubah dan serban sudah mampu untuk mereka rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki mereka.Secara tuntasnya,Nik Aziz kini lebih selesa untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding guru-guru pondok dan ulama yang selama ini menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata-kata PAS.Jangan kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama seperti mana perjuangan PAS yang terdahulu.Artikel berkenaan kenyataan Nik Aziz bahagia bersama Artis boleh didapati di : 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN


SUMBER

Monday, 29 July 2013

PENGUNDI PAS BUNUH DIRI ???




Seorang lelaki berketurunan melayu telah ditemui mati menggantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. 


Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkan diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.

Hasil temubual bersama isteri si mati yang bernama Nik Hasnah bt Mohamed, semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur. Beliau ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..

Dan pada jam lebih kurang 10:30 malam semasa keluar dari bilik, Nik Hasnah telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. 

Sebelum kejadian, isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut yang dia hendak mengantungkan diri. 

Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.

Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga. Kes telah dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan.


SUMBER

Monday, 15 April 2013

TERKINI...NIK AZIZ KUTUK SULTAN SELANGOR PULA !!!


Beberapa hari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto khusus untuk negeri Johor yang bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" di Hotel New York di Johor Bharu. Antara intipati utamanya ialah jawatan Menteri Besar hanya dipegang selama dua penggal sahaja.

"Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja ... macam presiden Amerika.

"Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," demikian kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis tersebut.

Menariknya pelancaran manifesto serba unik ini dijayakan dan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 5 penggal berturut-turut.

Kehadiran Nik Aziz bererti MB Kelantan itu bersetuju dengan intipati manifesto PR Johor, ia juga seakan bermaksud Nik Aziz mahu mengajar rakyat Johor cara berpolitik.

Tambah unik lagi, majlis pelancaran manifesto ini turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sudah berpuluh tahun menguasai parti itu seumpama mengemudi sebuah syarikat hak milik keluarga.

Memang menarik, unik dan pelik, bukan begitu? Tapi ia tidak begitu mengejutkan, kerana sudah tabii semula jadi pemimpin PR untuk berjanji dan bercakap tanpa melihat kelemahan yang mereka sendiri miliki.

Tapi tak mustahil, hakikat sebenarnya PR Johor khususnya pemimpin DAP negeri itu sengaja menekankan isu MB dua penggal sekadar untuk menyindir Nik Aziz sambil sinis menempelak Lim Kit Siang.

Apa pun, sama ada BN atau PR, hakikatnya hak mutlak penentuan siapa yang akan mengisi jawatan itu hanya akan diputuskan oleh DYMM Sultan Johor. Parti yang menang hanya berhak membawa nama calon tapi yang akan mengisi jawatan itu kelak tetap di tangan DYMM Sultan Johor.

Demikian juga berapa penggal seseorang itu menjadi MB, ia tetap memerlukan perkenan DYMM Sultan Johor. Baginda tahu berapa lama seseorang itu wajar menjadi MB di negeri yang di perintah oleh Baginda.

Nik Aziz yang sudah berpenggal-penggal menjadi MB di Kelantan sepatutnya tidak perlu campur tangan di negeri orang dengan melancarkan manifesto PR yang menetapkan berapa lama seseorang itu boleh menjadi MB di negeri Johor.

Ia seperti satu penghinaan terhadap rakyat Johor, dan sengaja mahu memperlekehkan kuasa DYMM Sultan Johor. Serahkan saja soal pemerintahan negeri kepada rakyatnya. Siapa Nik Aziz untuk menentukan itu dan ini?

Lagi pun nampak sangat canggungnya seperti ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus apabila Nik Aziz yang sudah lima penggal menjadi MB tiba-tiba mahu memaksa rakyat Johor menerima idea seseorang MB hanya berhak memegang jawatan itu selama dua penggal sahaja.




Monday, 8 April 2013

PANAS...KETUA KAMPUNG PAS DI KELANTAN ROGOL GADIS DALAM HUTAN !!! nik aziz ajar ni....




BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu PAS di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Cerita gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.sumber

Nik Aziz nak kata ?? Ada sapa-sapa yang tau dia kata apa ??? Yang selalu aku dengar....




NIK AZIZ BIKIN PANAS LAGI NI !!!





Setelah menuduh sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam."Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut."Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya.



Sunday, 7 April 2013

LAGI BALA MENIMPA NIK AZIZ PETANG TADI !!!




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan angkuh mempertahankan 'fatwanya' sebelum ini bahawa solat orang UMNO tidak mendapat sebarang pahala kerana parti itu kononnya menolak Islam.
Nik Abdul Aziz menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperolehi sebarang ganjaran pahala.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan apabila tolak Islam bermakna mereka turut telah menolak Allah SWT.
"Islam mari (datang) daripada Allah SWT, bukan mari daripada Nabi Muhammad SAW, bukan mari dari Kelantan, mari daripada Allah, apa ertinya kata-kata Subhanallah, makna maha suci Allah yang kita puja ini suci daripada sebarang kekurangan, lupa tiada, miskin tiada, bodoh tiada, serba sifat kurang tiada pada Allah sebab itu kita kena terima Islam.

"Demo (UMNO) tolak Islam. Bila tolak Islam, erti dia tolak Allah, tolak Jibril, tolak Nabi Muhammad SAW, tolak Al-Quran, kalau tidak Islam mesti automatik tolak Nabi, tolak Allah SWT," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pawah Rusa negeri di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di sini hari ini.




Saturday, 6 April 2013

ULAMA HAJI SALLEH MUSA GELARKAN NIK AZIZ SEBAGAI GURU TOLOL YANG SERBA MENTOLOLKAN !!!




Haji Salleh Musa tidak dapat disangkal lagi, sudah diserang penyakit nyanyuk, lupa diri dan ilmunya telah ditarik balik oleh Allah Taala sehinggakan menjadikan dia seorang guru tolol yang serba mentololkan. Salleh yang mempunyai sebuah pondok pengajian di Kampung Banggol Kiat, dan seringkali menarik perhatian penduduk setempat serta para pelajarnya dengan cakap-cakap ahmak serta dzauq Iblisnya yang berjaya dilindungi menerusi pengajian agama, sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih kafir berbanding orang kafir!

Tarikh 5 April 2013, antara pukul 7:30 sehingga 11:00 pagi, di Pondok Haji Salleh, Kampung Banggol Kiat, PDM Pekan Sik, DUN Belantek, telah berlangsung pengajian agama mingguan yang disampaikannya.
IMG-20130405-WA0002
Bagi yang tidak tahu, Haji Salleh bin Musa adalah pengasas pondok tersebut serta Penasihat PAS Kawasan Sik.
Seperti biasa, setiap kali dia mengadakan pengajian agama mingguan, kehadiran adalah seramai lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada penyokong-penyokong PAS dari Daerah Sik dan kawasan-kawasan sekitar.
Pengajian pada 5 April dan hampirnya dengan tarikh pengundian membuatkan Haji Salleh mengeluarkan pelbagai fatwa mengelirukan dan sangat bersandar kepada PAS. Haji Salleh cuba menggambarkan yang PAS adalah sebuah kubu Islam yang teguh dan sedang mempertahankan Islam walaupun ‘terpaksa’ menggadaikan elemen-elemen utama Islam seperti KALIMAH ALLAH.
Menurut Haji Salleh, orang Islam yang menolak hukum hudud adalah orang yang telah tercedera imannya. Penasihat PAS Kawasan Sik itu jelas merujuk kepada orang UMNO yang dituduhnya menentang dan menolak hukum hudud.
Namun sesuatu yang tidak disentuhnya ialah bagaimana PAS menerusi Mursyidul Am dan Presiden serta Dewan Ulama terpaksa MENOLAK HUDUD sebagai satu sistem apabila DAP menerusi Karpal Singh dan Lim Kit Siang menyatakan tentangan secara terbuka terhadap hukum berkenaan. Walaupun PAS secara perlahan menyatakan, hudud masih dalam agenda mereka, tetapi kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menerajui Terengganu bahawa Hudud hanyalah 0.001% daripada keseluruhan syariah Islam, menjelaskan bagaimana PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang menentang serta menolak hudud secara terang dan nyata.
Benarkah UMNO menolak hudud sepertimana yang dituduh oleh manusia seperti Haji Salleh? Atas dasar apa, tuduhan tersebut dibuat? Tidak melaksanakan atau melarang perlaksanaan bagi undang-undang syariah Terengganu dan Kelantan yang telah dideraf oleh PAS tetapi tidak digazetkan oleh DUN masing-masing, tidak bermakna UMNO menolak hudud. PAS sendiri sewaktu menguasai DUN Kelantan dan Terengganu, tidak berani menggazetkan hukum syariah yang mereka gubal bagi membolehkan perlaksanaannya. Sebaliknya hanya berani melalak dan menyalak!
Dalam ceramahnya juga, Haji Salleh berpesan kepada ahli-ahli PAS agar tidak bergaduh sesama sendiri kerana pergaduhan akan menyebabkan PAS kalah dalam PRU kali ini. Nasihatnya kepada ahli-ahli PAS yang datang mendengar ceramahnya ialah agar menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon PAS.
Fatwanya ialah, menentang UMNO akan menjadikan Islam naik. Maksudnya, Islam akan lebih dijunjung dan martabat agama akan lebih ditinggikan apabila UMNO ditentang dan dikalahkan.
Jujurkah kenyataan Haji Salleh yang mempunyai pengajiannya sendiri? Adakah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan, Terengganu dan Kedah, berjaya menaikkan dan memartabatkan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Haji Salleh? Atau sebenarnya Islam dipandang sebagai sebuah agama enteng yang boleh dipermain-mainkan dengan mudah semata-mata untuk memastikan PAS menang?
Seperti yang PAS sedang lakukan sekarang?
Namun nasihatnya yang paling menarik pada 5 April ialah, baik kenduri atau solat orang meninggal dari kalangan orang UMNO, maka orang PAS jangan tidak dipanggil dan menyertai majlis berkenaan kerana orang UMNO tidak mahu beriman dan mengikut PAS. Sekaligus mengingatkan kita semula kepada permainan tradisi PAS iaitu memulaukan dan meminggirkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS dengan menjadikan Islam dan fardu kifayah sebagai modalnya.
Anehnya, dalam banyak dasar UMNO dan Barisan Nasional yang memberikan kebaikan kepada rakyat, Haji Salleh tidak pula menggalakkan ahli-ahli dan penyokong PAS memulaukannya sepertimana pemberian BRIM dan sebagainya. Bahkan Haji Salleh mengeluarkan pula fatwa yang menyatakan, wang serta bantuan yang diberikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah hak rakyat.
Walhal, sebagai seorang guru yang mempunyai pengajiannya sendiri, Haji Salleh terlupa tentang hak orang Islam di kalangan orang Islam, hak jiran ke atas jiran, hak manusia ke atas manusia yang lain dan sebagainya.
Dan dalam Islam, apa yang diajarkan oleh Haji Salleh kepada para pengikut dan pemercayanya sebenarnya amat bertentangan dengan ajaran suci agama itu!
Anehnya, Haji Salleh mempunyai pemikiran yang saling bercanggah. Bermula dengan menentang segala sistem dan ajaran Islam, dia kemudiannya menyeru ahli-ahli PAS agar memulakan kempen dan mengadakan majlis solat hajat di setiap markas. Kononnya dengan cara itu, musuh-musuh (baca: UMNO dan Barisan Nasional) akan berasa gerun kerana melihat orang-orang PAS bersatu.
Barangkali kerana sudah terlalu lama terkurung di dalam tempurung sendiri, Haji Salleh tidak menyedari bahawa orang-orang PAS sedang menjadi badut di kalangan rakyat Malaysia. Setiap apa yang dilakukan oleh orang PAS termasuklah pemimpinnya, menjadi bahan jenaka dan lawak menggeletek tali perut kepada rakyat Malaysia.
Semuanya kerana PAS dan para pemimpinnya seperti Haji Salleh, bercakap tidak serupa bikin.
Haji Salleh mengajar dan memberitahu para pemercayanya bahawa Nabi s.a.w pernah berkata, musuh sentiasa ada untuk menghalang menaikkan agama Islam. Memang benar, Nabi s.a.w pernah mengingatkan umat Islam tentang hal itu. Bahkan al Quran dan Firman Allah Taala juga mengingatkan umat Islam tentang helah musuh-musuh Islam agar meninggalkan ajaran Islam.
Dan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w serta diperingatkan oleh Allah Taala, benar-benar bertepatan dengan diri Haji Salleh sendiri.
Haji Salleh cuba menjadikan PAS sebagai sebuah agama kultus. Kononnya, kalau ingin mencari kekayaan dan kemewahan, PAS bukanlah tempatnya. PAS adalah sebuah pergerakan suci yang berjuang dengan penuh ikhlas.
Namun Haji Salleh tidak pula menceritakan bagaimana para pemimpin PAS sedang bertelagah sesama sendiri kerana harta dan kemewahan. Haji Salleh tidak menceritakan tentang bagaimana pemimpin-pemimpin PAS Kedah sedang berperang sesama sendiri dan sakit hati kerana kemewahan dan kekayaan yang sudah lama mereka impikan. Haji Salleh tidak menerangkan tentang duit-duit tabung derma yang para pemimpin PAS gunakan untuk menghidupkan perut dan nafsu mereka hasil daripada kebodohan dan kejumudan para pengikut PAS.
IMG-20130405-WA0003
Dan kerana itulah, Haji Salleh cuba menutup mulut tentang KALIMAH ALLAH yang disokong oleh PAS untuk kegunaan bukan Islam di Malaysia, terutama sekali di Semenanjung. Haji Salleh pernah mengarahkan agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS tutup mulut dan langsung tidak memperkatakan isu KALIMAH ALLAH yang telah disokong oleh para pemimpin PAS sebagaimana yang disyorkan oleh Lim Guan Eng.
Sebaliknya, Haji Salleh menyertai golongan munafiq dalam PAS yang mengarahkan kesalahan kepada UMNO. Kononnya, UMNO sengaja mengembangbiakkan isu KALIMAH ALLAH untuk memecah belahkan PAS. Padahal yang mengembangbiakkan isu tersebut adalah ALLAH TAALA. Af’al Allah Taala telah mendedahkan keburukan, kemunafikan dan kepura-puraan PAS termasuklah orang seperti Haji Salleh.
Dan atas Af’al Allah Taala jugalah, Haji Salleh tergelincir lidahnya apabila memberi contoh, BABI ITU HARAM UNTUK DIMAKAN, TETAPI ADAKALANYA WAJIB bagi memberi contoh kaedah menghalalkan cara untuk berkawan dengan DAP.
Justeru, ada orang yang berkata, kalaulah ditakdirkan Allah Taala, babi itu boleh bercakap dan memberitahu manusia yang segala babi di muka bumi ini telah menyertai PAS, adakah daging babi itu akan menjadi halal untuk dimakan?

Orang Asli Kelantan Nak Sumpit Kerajaan PAS Kelantan !!!

MASYARAKAT Orang Asli suku Temiar yang tinggal di sebuah hutan di Pos Pulat menunjukkan parang dan sumpit sebagai amaran kepada Kerajaan Pas Kelantan yang cuba merampas tanah yang didiami untuk dijadikan Ladang Rakyat, di Gua Musang hari ini.




Lebih 20 keluarga masyarakat Orang Asli kaum Temiar yang
tinggal di Pos Pulat di sini kecewa dan merasa terhina apabila mereka yang selama ini hidup secara berpindah-randah dan meneroka hutan di Hulu Kelantan digelar penceroboh malah dihalau dari sebuah kawasan hutan yang telah diteroka sejak enam bulan lalu oleh Kerajaan Pas Kelantan.
Mereka mendakwa telah menerima surat daripada Kerajaan Pas Kelantan melalui
Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (Ladang Rakyat) yang
menganggap tindakan mereka meneroka tanah itu sebagai satu pencerobohan meskipun
ia adalah tanah adat yang telah dihuni sejak ratusan tahun dahulu.

Wakil mereka, A. Agogenaseh, 31, mendakwa, mereka meneroka tanah di situ untuk tujuan bercucuk tanam dan membina penempatan namun tiba-tiba sahaja tanah tersebut telah disodok oleh sebuah syarikat sejak sebulan lalu dan turut menerima surat pada 6 Mac lalu.

Sehubungan itu, Agogenaseh berkata, mereka merasa sangat terhina dan marah serta bersumpah akan mempertahankan hak itu daripada dirampas memandangkan kehidupan mereka selama ini bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan.

"Belum pernah ada Orang Asli di dunia ini yang meneroka kawasan hutan seperti ini tetapi tiba-tiba sahaja digelar penceroboh, nenek moyang kami sudah tinggal di sini sejak beratus tahun lalu tetapi kenapa hari ini kami dihalau dan dikatakan menceroboh.

"Dengan rasa marah dan kecewa, saya bersumpah akan mempertahankan hak kami di sini kerana di sinilah tempat kami dilahirkan dan dibesarkan serta di sini jugalah nyawa kami akan berakhir," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketua masyarakat Orang Asli itu, Basri Abdullah, 33, berkata, Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya merasa malu kerana mendakwa mereka sebagai penceroboh sedangkan tanah tersebut telah dihuni oleh Orang Asli selama ratusan tahun.

"Saya hairan kenapa pemimpin mempercayai apa yang mereka dengar daripada Ladang Rakyat dan tidak datang ke sini untuk bertanya kepada kami apakah yang sebenarnya berlaku.
"Kami sudah berpindah di sini membina tempat tinggal dan bercucuk tanam yang
memang kami bebas lakukannya sejak dulu tetapi tiba-tiba sahaja sekarang kami
sudah digelar penceroboh walaupun orang asing yang datang sinilah yang sepatutnya digelar penceroboh kerana tiba-tiba sahaja sodok tanah kami," katanya.


Member BSK