Jumlah Pengunjung

Showing posts with label PEMUDA UMNO. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA UMNO. Show all posts

Friday, 4 August 2017

PCM DAN PEMUDA UMNO GEMPUR SPRM PULAU PINANG!!!


Bertempat di tingkat bawah Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersama Parti Cinta Malaysia serta beberapa NGO hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Memorandum berkenaan bertujuan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan terhadap isu-isu rasuah yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang. Selain itu, Pemuda UMNO juga mahu isu-isu rasuah yang membabitkan kerajaan DAP negeri diselesaikan dengan secepat mungkin bagi menghilangkan kerisauan rakyat terhadap pentadbiran negeri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim, rakyat Pulau Pinang kini berasa bimbang dengan peningkatan dakwaan rasuah yang berlaku di negeri ini khususnya yang membabitkan pemimpin-pemimpin tempatan.

Selain dari dakwaan rasuah yang dilapor membabitkan agensi kerajaan negeri, khabar angin mengenai penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek pembangunan di negeri ini juga meresahkan semua pihak.

Justeru itu, beliau mewakili seluruh anggota Pergerakan UMNO negeri Pulau Pinang serta rakyat yang mahukan pentadbiran negeri yang telus serta amanah, merayu agar pihak SPRM segera membersihkan negeri ini dari unsur-unsur rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam satu kenyataan kepada media pula menyatakan, beliau mengambil berat terhadap tindakan kerajaan negeri berhubung IBR, berikutan Pulau Pinang adalah negeri kelahirannya.

“Mengapa saya terlalu ambil berat terhadap Pulau Pinang adalah kerana saya dilahirkan di sini. Malu kalau negeri saya sendiri tidak mahu tandatangani IBR yang diusahakan oleh saya sendiri,” katanya.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ketika ditemui pula menegaskan pihaknya akan terus berjuang untuk memastikan pentadbiran negeri Pulau Pinang bebas dari gejala rasuah.

Beliau juga berjanji akan menyokong semua inisiatif SPRM yang dibuat untuk mengekang unsur-unsur rasuah didalam pentadbiran kerajaan khususnya di negeri Pulau Pinang. 

– Utaranews.com





Wednesday, 6 May 2015

TSUNAMI KJ TERUS MELANDA PERMATANG PAUH !!!



Pemuda terus bersamangat, itu yang di buktikan oleh pemuda UMNO di Permatang Pauh bila kedatangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Khairy Jamaluddin) turun bersama sekali lagi bagi membantu berkempen untuk Barisan Nasional di sana petang tadi. 



Ternyata kehadiran Khairy Jamaluddin telah menambahkan semangat anak muda, tambahan pula kejadian pergaduhan antara jentera PKR dan jentera PAS makin menjadi bualan hangat di seluruh Permatang Pauh pada hari ini. Penerimaan anak muda makin menunjukkan positif pada pilihanraya kecil permatang pauh pada kali ini, menurut Khairy  "Kata-kata semangat yang ditulis bukan sekadar retorik malah perjuangan tanpa mengenal penat dan lelah walaupun berperang' di kubu kuat musuh". 

Kegigihan dan kesungguhan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia ditunjukkan semasa tinjauan mesra disaat akhir hari berkempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sama Gagah, Permatang Pasir di Parlimen Permatang Pauh petang tadi.

Kehadiran beliau disambut dengan ratusan anak-anak muda Permatang Pauh daripada badan NGO Persatuan Anak-Anak Permatang Pauh. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berpuas hati dengan penerimaan masyarakat Permatang Pauh terutamanya di kawasan-kawasan yang dianggap 'hitam' buat BN. Walaupun pembangkang memainkan isu sama di Permatang Pauh, beliau menjangka berlakunya perubahan positif berdasarkan penerimaan masyarakat di sini.

Beliau yakin gerak kerja dam program penerangan berterusan yang dijalankan sepanjang kempen di Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi impak positif. Pemilihan calon BN Suhaimi Sabudin yang juga calon muda dijangka akanmembawa angin perubahan di kalangan pengundi muda.

"Prestasi jentera Pemuda BN amat baik, kerana sejak awal (tempoh berkempen) sampai hari ini, program yang dijalankan diterima positif oleh kalangan golongan muda," katanya kepada media.



Baca Selanjutnya: http://apple-bru.blogspot.com/2015/05/khairy-terus-menyerang.html#ixzz3ZMxM6wCN










Wednesday, 29 April 2015

NAMA PEMUDA UMNO JADI MANGSA DI PRK ROMPIN !!!



PRK ROMPIN, mungkin tidak banyak sangat isu yang ada disana, tiba-tiba nama Pemuda UMNO menjadi mangsa fitnah dan dikatakan langsung tidak turun membantu kempen disana. Aku cuba menghubungi kawan-kawan aku disana untuk mendapatkan kepastian, ternyata pertanyaan aku memang mengejutkan mereka.

Kata mereka, pemuda UMNO disini sentiasa bekerja keras membantu kempen disana dan kawan aku juga sertakan bukti bergambar. Agak pelik mengapa tiba-tiba isu begini timbul, adakah ada pihak yang sakit hati dengan pemuda UMNO disana ? 

Namun persoalan aku mula terjawab bila maklumat yang aku terima bahawasa sebenarnya wujud pihak yang mahu mengucar-kacirkan jentera UMNO disana. Mereka tahu bahawasanya Parlimen Rompin terlalu sukar untuk di menangi oleh PAS disebabkan rekod arwah sbelum ini yang amat disenangi rakyat terutama dari golongan muda hinggalah ke golongan tua. 

Dan untuk mensahihkan cerita sebenar disana anda boleh membaca cerita selanjutnya dibawah yang ceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin...




Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.


"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.


"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup program Selangkah ke Menara Gading bersama Universiti Malaysia Pahang di SMK Pontian Jaya, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.

Mereka telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kesemua kawasan di daerah Rompin selain memasuki kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.

"Kita guna pendekatan lebih mendekati pemuda di dalam kawasan pedalaman untuk memujuk mereka keluar mengundi pada 5 Mei nanti dalam dalam memastikan majoriti meningkat dan kerusi Parlimen itu terus menjadi milik Barisan Nasional.

"Sehingga kini, lebih 70 peratus kawasan telah berjaya kita masuk untuk berkempen termasuk di Bukit Ibam dan Bandar Muadzam dan tumpuan kini tinggal hanya bahagian Tioman," katanya.

Ahad lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadualkan akan turun ke Rompin bagi membantu jentera BN khususnya pemuda. Sabtu lalu, Khairy telah turun ke Permatang Pauh untuk melancarkan Jentera Pemuda BN yang disempurnakan oleh DS Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN bagi PRK Permatang Pauh.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Gambar-gambar dibawah pasti membuka mata pihak-pihak yang membuat tohmahan ke atas jentera Pemuda. Kalau bukan Pemuda, siapa lagi?



Nak Lihat lagi gambar Pemuda UMNO dan pelbagai cerita di PRK Rompin Sila Klik  SINI dan SINI...








Sunday, 26 April 2015

BOOTH PALING RARE DALAM KARNIVAL BELIA PERAK 2015 !!!



Semperna Festival Belia Perak 2015 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, P.O.R.T. (PEOPLE OF REMARKABLE TALENT) telah hadir memeriahkan lagi aktiviti di dalam Festival Belia Perak ini. 

P.O.R.T. merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri Perak sebagai lokasi atau hub bagi seluruh karyawan dan peminat-peminat bidang seni Negeri Perak. Segala jenis seni seperti tarian, lukisan, grafik, lakonan, pementasan, muzik, suara dan pelbagai lagi merupakan fokus P.O.R.T. untuk menghasilkan dan membantu seluruh rakyat Negeri Perak untuk mendapatkan pendedahan dan mendapat peluang untuk di ketengahkan pada industri masing-masing.
Peranan P.O.R.T. juga untuk memelihara seni dan budaya negeri Perak dan memberi pendedahan kepada belia Perak. Fokus P.O.R.T. ialah untuk 'Penyatuan Melalui Seni' bertujuan menyatupadukan seluruh masyarakat negeri Perak dalam pelbagai kaum dalam bidang seni. Ini akan menjaminkan kemajuan ekonomi dan keunikan tumpuan dan hala tuju Negeri Perak.
Syed Zarul Shah

Menurut Syed Zarul Shah Bin Syed Khairuddin selaku penolong pengurus P.O.R.T., penyertaan P.O.R.T. pada Karnival Belia kali ini adalah untuk memberi fokus kepada pembangunan insan khasnya untuk anak-anak muda yang tinggal di dalam kampung mempelajari seni-seni baru seperti T.Shirt, Printing, Muzik, Kalikatur dan belbagai lagi, agar anak muda mendapat pendedahan yang lebih frofesional. Ini juga merupakan salah satu stok kami yang berada di bawah daerah kinta agar dapat kami memberi ilmu secara percuma kepada anak muda, contohnya bagaimana mereka mahu membuat motor klasik, bagaimana mereka mahu mempelajari muzik dengan lebih teratur dan tersusun tidak kira apa jenis alat muzik yang mereka mainkan.

Antara aktiviti yang P.O.R.T. sediakan dalam Festival Belia kali ini, pada 25 April semalam P.O.R.T. telah membawa dua group Buskins dari Kuala Lumpur MBC (Malaysian Buskins Conner) dan telah membuat persembahan di Booth P.O.R.T. dan telah berjaya memeriahkan lagi suasana di Booth P.O.R.T. Di Booth P.O.R.T. juga kami menyediakan Kalikatur dari Boy PJ dan Gie dari PPP membuat lukisan muka, Sadat membuat live inai, dari pekan kartun juga hadir menjual buku-buku kartun yang sangat popular sebelum ini hingga sekarang. Terdapat juga kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh anak muda disini.

Harapan P.O.R.T., dapatlah sekiranya anak muda terus menyokong P.O.R.T., kerana P.O.R.T. adalah satu-satunya tempat anak muda Perak belajar dan mempamirkan bakat mereka kerana P.O.R.T. sememangnya sentiasa fokus pada pembangunan seni anak muda Perak.

Untuk anak-anak muda, sekiranya anda mempunyai idea dan cadangan untuk diketengahkan, anda digalakkan untuk hadir ke pejabat P.O.R.T. di alamat, No 9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. No telefon 05-2412287 Faks 05-2412394  Email :  portipoh9@gmail.com

















Anda juga boleh melawati lawan web P.O.R.T. disini..   (P.O.R.T.)


Member BSK