Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Search. Show all posts
Showing posts with label Search. Show all posts

Monday, 25 May 2015

#FBP2015 VIDEO KONSERT SEARCH FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!

Yazid, selaku pemain drum kumpulan Search, ramai yang tidak mengetahui tentang kesihatannya sekarang. Pelbagai penyakit yang sedang dihadinya sekarang langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bersama Search dalam persembahan penutup Festival Belia Putrajaya 2015 semalam. 

Sayu aku melihat depan mata aku sendiri bila setiap soalan yang wartawan tanyakan hanya dijawab oleh isterinya sahaja, menurut kata isterinya, Yazid tidak mempunyai kekuatan badan dan fikirannya. Namun aku begitu kagum dengan permainan Drum yang Yazid tunjukkan semasa persembahan semalam. 

Bayangkan, selesai sahaja persembahan, Yazid tidak boleh terus bagun begitu sahaja, anak lelakinya perlu mengurut belakang pinggangnya dan Yazid memerlukan masa paling cepat 5 minit untuk bangun dan Yazid juga tidak mampu bangun sendirian, Yazid harus di angkat dan dipapah turun dari pentas drum. Selepas itu, Yazid harus berjalan dengan tongkatnya sambil dipimpin oleh anak lelakinya menuju ke belakang pentas. 

Sebelum Search beraksi Akim and The Majestret juga beraksi di pentas yang sama.

Apa-apa pun aku memang respek dan tabik spring pada Yazid atas semangat jitu yang di pamerkan hanyalah untuk memenuhi permintaan peminat-peminat Search. Di bawah aku sediakan sedikit video semasa konsert berlangsung semlam untuk tatapan yang tidak dapat hadir semalam.

SEARCH... LU MEMANG LEGEND....



PUTRAJAYA- Persembahan kumpulan lagenda rock tanah air , Search di pentas utama malam tadi sememangnya hebat dan bertenaga serta memukau hampir 10 ribu pengunjung yang hadir di Festival Belia 2015.

6 buah lagu yang dinyanyikan ternyata menarik perhatian pengunjung yang dilihat bernyanyi bersama-sama kumpulan yang dianggotai oleh, Din , Kid, Nasir, Yazid dan Amy.

Antara lagu yang memukau pengunjung di pentas utama ialah,Isi dan Kulit, Pawana , Isabella ,Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, dan Satu Bangsa dan Satu Arah.

Turut mencuri tumpuan ialah kemunculan Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin diatas pentas utama.Rata-rata pengunjung yang hadir memberi maklum balas yang positif tentang konsert serta pengisian Festival Belia kali ini .

Festival Belia Putrajaya berakhir malam tadi, dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung sejak Khamis lalu. Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan ianya mengikut kesesuaian dan citarasa anak muda hari ini. 4 zon diwujudkan dengan tema “Showcase Of Talent”, dimana ianya dipecahkan mengikut konsep Rakan Muda yang telah dijenamakan semula mulai tahun ini.

Terima kasih kepada mereka yang hadir dan semua yang terlibat tahun sama ada secara langsung dan tidak langsung, jumpa lagi tahun hadapan.

SUMBER ORANG MUDA TV

AKIM AND THE MAJESTRET









Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 SOUND CHECK SEARCH BIKIN GEGAR PENONTON !!!



Sound Check SEARCH dipentas utama sebentar tadi dah memang gempak,  berpusu-pusu penonton memenuhi depan pentas mahu melihat sendiri artis rock lagenda Negara dari jarak dekat. Yazid selaku pemain drum telah mempamirkan ketukan yang padu walaupon dari wajahnya yang menampakkan dirinya tidak sihat, ini semua dilakukan demi untuk memberi hiburan yang maksimum kepada peminat-peminatnya.




Kid, Nasir dan amy sememangnya berbisa kerana pengalaman mereka yang selama ini sentiasa memukau penonton yang seolah-olah sudah tidak sabar menantikan persembahan mereka pada mala mini. Dalam masa yang sama, penonton bertanya dimanakah Din selaku pemian gitar kedua Search ? Jangan bimbang, mala mini Din akan beraksi bersama-sama Search untuk menghiburkan semua.



Dapat penulis berikan sedikit gambar dan video untuk tatapan pembaca-pembaca sementara kita menantikan persembahan yang sentiasa dinantikan oleh semua peminat rock tanahair. Apa-apa pon penulis minta maaf kerana kualiti bunyi dalam rakaman video ini tidak begitu memuaskan.


Jom Rock and Roll…










Wednesday, 20 May 2015

KONSERT PERCUMA SEARCH DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!


SEACRH, siapa yang tidak kenal dengan band otai ni ? Sememangnya persembahan kumpulan lagenda malaysia ini sentiasa di nantikan oleh semua peminatnya di seluruh tanah air. Kemunculan mereka amat jarang sekali kerana persembahan pentas mereka sentiasa akan memukau setiap penonton yang telah hadir menyaksikan persembahan mereka. 

Sememangnya tindakan berani mati penganjur Festival Belia Putrajaya 2015 yang telah menjemput kumpulan Search membuat persembahan di malam terakhir festival amat mengejutkan ramai peminatnya. Ditambah pula dengan tiada dikenakan tiket terhadap peminat-peminat Search untuk menyaksikan persembahan sememangnya akan menjadikan bandar Putrajaya akan dilimpahi dengan mat rock mat rock berbaju hitam.

Search pernah membuat persembahan paling bersejarah di stadium merdeka pada tahun 2004 dengan kehadiran peminat hampir 200ribu peminat dari seluruh negara. 
Dan kini, Search kembali lagi di dalam Festival Belia Putrajaya 2015 untuk menghiburkan belia-belia malaysia semperna festival yang akan berlangsung selama 3 hari 4 malam dan mampukah penganjur menyediakan tempat untuk peminat Search dari seluruh negara berkumpul di festival belia putrajaya nanti ?

Tidak kira sama ada anda belia atau pun tidak, sekiranya anda adalah peminat tegar kumpulan Search, anda wajib hadir di konsert paling gila dalam sejarah kumpulan Search ini nanti.

sama-sama kita hadir untuk menyaksikannya...




Pelan diatas merupakan arah tempat setiap acara difestival belia 2015.



Thursday, 15 August 2013

PEMAIN DRUM KUMPULAN SEARCH KRITIKAL ???



Pemain drum kumpulan rock popular Search, Yazid Ahmad, 52 kini menderita sakit buah pinggang dan telah dimasukkan ke Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu lalu.

Yazid berkata, sewaktu sedang beraya bersama keluarga di rumahnya di Johor Bahru, dia berasa mengah dan penat sebelum berkunjung ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

"Pihak klinik mengarahkan saya untuk ke Hospital Sultanah Aminah sebelum dimasukkan ke wad di sini.
"Buat waktu ini, doktor masih melakukan rawatan untuk memastikan langkah seterusnya," katanya yang ditemani oleh anak lelakinya, Shamir, 29.

Dalam pada itu, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) melalui Presidennya, Datuk DJ Dave menziarahi beliau di HKL sambil menghulurkan sumbangan wang tunai.




Member BSK