KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D'herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.
Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.
“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.
“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.
Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.
“Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.
"Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya. (SUMBER)
Assalammualaikum, rasa diri aku terpanggil untuk menulis tentang kes penduduk Kg. Sri Kinta yang kononnya diabaikan Ketua Kampung, pemimpin UMNO Ipoh Timor dan Sri Kinta.
Memang mula-mula aku malas nak ambik port bila dapat gambar dari Group Whatsapp keratan akhbar dari Sinar Harian Perak (rujuk sini) kedatangan pemimpin DAP kerumah makcik ni beri bantuan. Aku anggap biar la, sebab diorang bukan tahu cerita sebenar pon masalah keluarga tu walaupun dalam masa yang sama aku agak terkilan dalam penulisan artikel tersebut mengatakan makcik tu langsung tak pernah dapat bantuan dari pemimpin kampung. Yang aku agak tergelak sikit bila dalam masa yang sama dalam artikel tersebut tulis dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Nampak tak makcik tu cakap tak serupa bikin ?
Takpe la, bukan aku nak salahkan makcik tu 100% pun..
Bagi aku ok la DAP datang bagi bantuan, sebab memang tanggungjawab diorang pun.. Kg. Sri Kinta dibawah DUN Tebing Tinggi.. DUN Tebing Tinggi pula adalah diwakili oleh DAP.. (dah korang yang bangang undi DAP sebelum ni) Sejak DAP menang Pilihanraya 13 lalu pun baru ini la dia datang nak melawat bagi sikit bantuan.. lagi pun tak lama lagi nak pilihan raya balik kan...? bagi makcik tu sikit beras, minyak masak dan bawak wartawan Sinar (yg makan dua kolam tu) cukup la.. terus la pengundi-pengundi bangang percaya kononnya pemimpin DAP lebih perihatin dari pemimpin UMNO kawasan ni.. padahal sejak menang 4 tahun dulu tak pernah lawat dan bantu orang kampung pon.. bila sampai masa nak mengundi balik baru datang bawak bantuan bersama wartawan SINAR HARIAN (dua kolam).
Ok, berbalik pada tujuan cerita aku yang sebenar, aku terpanggil nak menulis cerita ni sebab nak menjawab satu status FB (sila rujuk sini) yang seolah-olah nak menyalahkan ketua kampung, pengerusi masjid dan nama aku terpalit sekali. Sedangkan hakikat sebenarnya orang yang punya Fb menulis tu pun langsung tak bantu apa-apa sedangkan rumah emak dia dekat juga dengan rumah makcik tu.
Ada beberapa perkara yang korang perlu tahu tentang keluarga tu yang di gelar keluarga 69 dalam kampung.
(1) Suami makcik tu (telah meninggal dunia) pernah dipenjarakan kerana disabitkan kes rogol anak sendiri suatu masa dahulu.(Maaf aku tiada niat nak mengaibkan arwah)
(2) Anak perempuan makcik tu yang tinggal bersamanya mempunyai ramai anak yang berlainan bapa.
(3) Anak perempuan makcik tu setahu aku tak pernah kawin, sedar-sedar dah mengandung.
(4) Kebanyakan lelaki yang hamilkan anak makcik tu semuanya penagih dadah dan penjual dadah (korang boleh rujuk kes ini pada balai polis Pasir Putih Ipoh).
(5) Salah seorang anak perempuan tu adalah anak dari hasil hubungan haram dengan lelaki cina, juga merupakan seorang penjual dadah.
(6) Dua orang anak lelaki perempuan tersebut selalu ditangkap kerana mencuri duit tabung masjid, tabung surau jalan 1 Sri Kinta dan surau tengah sri kinta. (ini juga korang boleh rujuk dengan pengerusi surau-surau tersebut)
(7) Dibawah aku sertakan bukti video bagaimana cucu makcik ni mencuri duit tabung masjid Sri Kinta sewaktu jemaah masjid sedang mengerjakan solat jumaat. Korang nilai sendiri kepakaran budak ni mencuri.
Ulasan tentang kes kejadian dalam video diatas :
Polis Pasir Putih berjaya menahan dua budak tersebut dan menahan ibu budak tersebut kerana menurut keterangan dua budak tu mereka disuruh oleh ibu mereka berbuat demikian dan diberi upah seorang seringgit (RM1) sahaja.
Ibu budak tersebut ditahan dan diserahkan kepada AADK Kinta dan ujian air kencingnya POSITIF dadah jenis SYABU, di lepaskan dengan pantauan pihak AADK Kinta setiap bulan. (kes ini juga korang boleh tanya pada pegawai AADK Kinta)
(8) Rumah yang didiami mereka bukanlah milik mereka, tanah tersebut adalah milik bekas suami anak perempuan makcik tersebut (anak perempuannya yang lain pulak dan tinggal berasingan dengannya) kerana sebelum ini UMNO bahagian Ipoh Timor, Ketua Kampung Sri Kinta dan Penghulu Lahat pernah cuba mahu membantu untuk memberikan bantuan rumah baru atas tanah tersebut, namun bila makcik tersebut gagal menunjukkan bukti geran tanah tersebut milik mereka maka bantuan memang tak boleh diberikan. (bab ni korang kena berfikir secara waras, takkan nak buat rumah atas tanah orang, nanti dah siap tiba-tiba tuan tanah datang tuntut nak rumah tu sebab dibina atas tanah miliknya).
(9) Makcik tu menipu kononnya mereka telah tinggal disitu selama 25 tahun.. mereka bukan penduduk asal Kg. Sri Kinta.
(10) Makcik dan anak perempuanya memang menggalakkan anak cucunya mencuri dalam kampung dan selalu merayap hingga pukul 3 pagi sekitar kampung. (ini juga korang boleh rujuk dengan cikgu sekolah KEMAS Kg. Sri Kinta tentang perilaku sebenar budak-budak ni).
Nak ceritakan semuanya memang panjang, silap-silap sampai tahun depan pun tak habis, cuma bagi aku dalam kes ni sepatutnya pihak Masjid Jamek Al-Dinniah Kg. Sri Kinta yang harus bertanggung jawab. Rumah Makcik tu pulak memang belakang rumah Pengerusi Masjid jer.. Korang fikir la, hingga kini duit tabung masjid sri kinta berjumlah RM50K (Lima Puluh ribu lebih). Nak buat apa dibiar duit banyak-banyak tu dalam akaun masjid ? Bukankah duit tu sumbangan orang ramai ? Orang bersedekah sebab nak pahala.. takkan duit masjid tu untuk buat pembangunan sahaja.. Kutipan jumaat untuk setiap kali jumaat paling kurang RM1500.00 ke atas.. sebulan kutipan duit tabung melebihi Lapan Ribu sebulan..
(Sedikit catatan kewangan masjid tahun 2016)
PENDAPATANRM
Baki Dalam Bank (31/7/2016)41413.25
Baki di tangan (31/7/2016)1664.31
Kutipan Hari Jumaat7415.00
Bayaran dari Jabatan Agama untuk Bilal dan Siak1200.00
JUMLAH PENDAPATAN51697.97
JUMLAH PERBELANJAAN11511.00
Baki di Bank38918.66
Baki di tangan1268.31
Baki 31.8.201640186.97
Catatan kewangan masjid diatas tu korang fikir la sendiri..
Pernah AJK Masjid suarakan mahu setiap kematian dalam kariah masjid untuk keluarkan sedikit sumbangan, namun di bantah oleh Pengerusi Masjid atas alasannya nanti semua orang nak... (bodoh punya alasan.. macam la tiap-tiap hari orang mati dalam kawasan kariah Masjid tu..)
Bab pengurusan Masjid ni biar la buat masa ni aku ceritakan sikit sahaja.. aku nak tengok lepas ni kalau banyak bunyi tak puas hati apa yang aku tulis ni pengurusan Masjid boleh saman aku, dan lepas tu boleh la aku bogelkan semua terutama berkenaan dengan kontraktor yang satu-satunya sahaja dapat tender buat pembangunan masjid tu..(Lepas dia..dia..lepas dia..dia..lepas dia..dia...)
Ok la.. sebelum aku melalut bogel cerita yang bukan-bukan lagi baiklah aku berhenti disini dahulu, cuma aku sedikit terkilan bila nama aku juga terpalit seolah-olah aku yang bertanggung jawab semuanya atas kesusahan dan makan minum penduduk kampung. Yang lain boleh cakap dan komplen apa sahaja, tapi harus diingat, orang lain juga ada anak bini dan keluarga.. takkan 24 jam hidup aku nak kena pantau masalah orang kampung jer... ( makcik dah makan.. makcik sihat.. makcik nak bantuan apa-apa tak..? )
Phuiii.... hahahaha... habis anak bini aku biar kebulor kat rumah...
Sampai setakat ini sahaja buat masa ni, sapa-sapa tak puas hati apa yang aku tulis ni boleh mai jumpa tumbuk muka aku.. korang ada tangan aku tangan.. korang makan nasi aku makan nasi...
ASSALAMMUALAIKUM......
(dibawah merupakan bukti gambar pemberian bantuan pada makcik tu.. gambar yang lain-lain aku tak jumpa buat masa ni..)
Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti.
Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.
Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.
Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual dan beli yang ditandatangani oleh pekebun-pekebun kecil tersebut sekitar tahun 2005 dan 2006 disediakan sendiri oleh Christina Liew walaupun peguam mereka adalah Samsuri Baharudin. Jual beli tanah tersebut telah menyebabkan 819 orang pemilik tanah itu terdedah kepada kesalahan melanggar perjanjian dengan syarikat Kerajaan Negeri Sabah bagi pemilikan tanah berkenaan.
Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.
Sejarah tanah dalam kes ini adalah seperti berikut:
Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma kepada setiap pemilik.
Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk membangunkannya.
Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat, Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman kelapa sawit.
Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun.
SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.
Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd, anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.
Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 9 Julai 1998.
Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah RM49,150 setiap orang.
Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN Api-Api.
Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.
Pada 28 Oktober2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.
Pelik tak?
Tidak ada satu pun tentang kes ini disebut-sebut oleh PKR sebaliknya mereka sangat sibuk dengan isu-isu lain yang digembar-gemburkan, seolah-olah PKR cuba menutup kejalangan Christina Liew!