Laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain
luncur salji di sebuah resort terkenal di Switzeland adalah palsu
semata-mata.
Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata,
laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini sedang berada
di Cape Town, Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.
"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor
untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel
tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar
sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global
Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman
sosial lain.
Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal
papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur
dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.
Bagaimanapun kami mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu.
No comments:
Post a Comment