Jumlah Pengunjung

Showing posts with label angkat sumpah. Show all posts
Showing posts with label angkat sumpah. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

32 BABI LIAR DI TAHAN DI HADAPAN PARLIMEN !!!





Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.

Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.
Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.

Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.
Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.

Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli.
"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin.
Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.





Thursday, 20 June 2013

PERANGAI PEMIMPIN PEMBANGKANG TAK UBAH MACAM BABI SESAT !!!



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.
"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk "PRU13: Terima Keputusan Rakyat" di sini hari ini.
Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.


"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.
"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.
Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.


"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.
"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya. -

Member BSK