Jumlah Pengunjung

Showing posts with label blackout505. Show all posts
Showing posts with label blackout505. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

ADUN DAP MABUK TELANJANG BULAT !!! PAS TETAP SOKONG...

Cerita panas terkini yang di sokong oleh pak lebai pak lebai PAS, kesian jugak aku dengar bila hampir setiap hari pak lebai pas di tipu hidup-hidup. Adakah pak lebai pas ni akan terus di tipu hingga ke hujung nyawa mereka, semuanya adalah kuasa ALLAH TAALA... Apa-apa pon korang baca kat bawah ni, cerita yang aku ambik dari blog semut hitam untuk pengetahuan semua..



Hah! Ini satu cerita panas yang SH terima dari seorang sahabat yang duduk dalam kawasan 'Blackout' di Pahang. Korang tau kan kawasan 'Blackout' tu kat mana?

Al-kisahnya, sahabat SH bagi tau, baru - baru ni ada seorang ADUN DAPigs tu telah dimasukkan ke hospital dan ditahan dalam wad selama dua hari.

Katanya, ADUN DAPigs tu ditemui pengsan tak sedarkan diri dirumah dia dan kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Dalam laporan yang dibuat, katanya ADUN tersebut mengalami masalah semput. Sebab itu dia pengsan sampai tak sedarkan diri. Alamak! Ini dah kira kronik ni.

Macam mana dia boleh jadi ADUN sekiranya dia ada masalah kronik macam ni? Semput sampai boleh pengsan ni dah kira kes berat. Bahaya beb.

Dibantainya satu hari dia tengah meronda kawasan tetiba dia kena semput dan terus pengsan, tak ke naya je. Tak pasal - pasal je Pilihan Raya Kecil pulak.

SH ingatkan dia pengsan sebab terlalu letih menjaga kawasan. Dan baru - baru ni, dia ada buat demo tepi jalan, tengah panas terik membantah kenaikan harga minyak.

Masa tu, dia kutip la Pak Lebai pakai Kopiah Putih dua tiga orang dengan Makcik pakai Tudung Labuh ikut serta dia berdemo tetengah panas terik tu.

Rupanya, ada cerita disebalik kisah ADUN DAPigs yang semput tu. Penyakit semput tu hanya sekadar dalam laporan je. Apa yang dijelaskan oleh sahabat SH tu yang gemparnya.

Kata dia, ADUN DAPigs tu pengsan bukan sebab dia semput. Tapi kandungan alkohol dalam badan dia terlalu tinggi. Tu yang menyebabkan dia pengsan.

Mungkin sebab nak jaga air muka Si ADUN DAPigs tu, maka orang kata la yang dia pengsan sebab diserang dengan penyakit semput. Tak de la malu sangat ye tak.

Orang dikawasan dia memang tau yang ADUN ni ada 'masalah' dengan botol. Kiranya dia ni Kaki Mabuk jugak la. Kuat minum Todi katanya.

Tu pun orang tau selepas dia jadi ADUN sebab ada satu ketika masa diturun ke padang, bau mulut dia memang kuat bau arak. Ianya diakui oleh penduduk tempatan.

Hah! Sekarang apa macam? Adakah Pak Lebai pakai kopiah putih dan makcik pakai tudung labuh tu tau yang ADUN diorang ni seorang Kaki Botol? 

Nasib la diorang dapat ADUN macam tu ye tak. Percaya sangat dengan dakyah ADUN DAPigs tu, penyudahnya diorang sendiri pun kena tipu. Dapat pulak ADUN yang rosak akhlak. Padan la dengan muka diorang!!!

SUMBER


Saturday, 6 July 2013

ANWAR CAKAP MEMANG MACAM KEPALA B?T?H DIA !!!




Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sejurus selepas Mesir menyaksikan kejatuhan Presiden Morsi:

“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.  Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar.”

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.  Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.

Tetapi, berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNews http://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.html pada 15 Mei 2013, bertajuk “BN Akan diTumbangkan Tahun Ini”:

Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya.  Jurucakap di dalam forum yang berlangsung semalam sebulat suara bersetuju bahawa menunggu 5 tahun lagi untuk pilihanraya adalah terlalu lama dan berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui kekerasan.

Tambah laporan itu lagi:

Hishamuddin Rais menyatakan bahawa tiada gunanya membawa ketidakpuasan hati mereka ke mahkamah kerana sistem perundangan dikawal oleh kerajaan.  “Kerana itulah kita mesti membawanya ke jalanraya.  Kita mesti keluar.  Apa yang Najib suka adalah salah dan apa yang dia tidak suka, itulah yang kita mesti lakukan.  Kita akan gerakkan kumpulan yang besar ke jalanraya.  Ini bukan ugutan, ini adalah janji!”

Dan ini pula laporan dan wawancara Anwar dengan Interpress Service News Agency http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/ pada 24 Februari 2012:



BANGKOK, Feb 24 2012 (IPS) – Pemimpin pembangkang Malaysia yang berkarisma, Anwar Ibrahim, menyentuh semangat ‘Arab Spring’ bagi menamatkan 55 tahun pemerintahan UMNO dan parti komponennya di negara Asia Tenggara itu.   “Malaysia tidak boleh tersisih dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam,” kata ketua Parti Keadilan Rakyat yang berumur 64 tahun itu.  “Bagi kami di Malaysia, ini adalah tanda yang meyakinkan:  trend ke arah demokrasi, kebebasan dan lebih ketelusan di dunia Arab.”

dan: “Arab Spring, adalah berguna bagi kami di dunia Islam dalam hal ini.  Ia mempunya impak bagi erti demokrasi.”

Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.   Mungkinkah Anwar lupa bahawa beliaulah yang ke hulu ke hilir meragam tidak mahu menerima keputusan pilihanraya dan beliau jugalah yang menggerakkan ‘lembu dan kambingnya’ ke jalanraya kerana ingin melakukan rampasan kuasa.

Walaupun sering menafikan yang beliau ingin merampas kuasa melalui keganasan, tetapi perkataan Arab Spring yang dipilih oleh Anwar itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang beliau ingin mencetuskan anarki.

Arab Spring sehingga kini telah menyaksikan hampir 130,000 kematian di semua negara yang terlibat.  Paling ramai adalah di Syria iaitu hampir 100,000, tetapi dikhuatiri lebih ramai lagi yang belum dilaporkan.  Diikuti Libya 30,000 dan beberapa ratus atau ribu lagi di Mesir, Tunisia, Algeria, Yemen dan lain-lain.

Justeru, bagaimana Anwar boleh menjadikan Arab Spring sebagai sumber inspirasi tetapi di masa yang sama menafikan ingin mencetuskan anarki?   Bagaimana Anwar mengutuk rampasan kuasa melalui kekerasan tetapi di masa yang sama turut ingin melakukannya?  Bagaimana Anwar meminta orang lain menerima keputusan pilihanraya sedangkan beliau sendiri tidak mahu menerimanya?

Kesimpulannya, benarlah kata orang-orang di keliling Anwar, bahawa Anwar sudah gila.




       (SUMBER)

Wednesday, 26 June 2013

HASRAT SEBENAR ANWAR UNTUK BUNUH NAJIB !!!





KUALA LUMPUR 25 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.
"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.
Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.
"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.

Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.
"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya.




Monday, 24 June 2013

TINGGAL BERAPA KERAT JE YANG TIDUR DALAM KHEMAH !!! KESIAN...




Sebahagian kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam untuk mengosongkan kawasan tersebut manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.
 
Kira-kira 150 orang yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja.
Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu.

Tinjauan Bernama sehingga 4.30 petang semalam mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok.
Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguatkuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar.

DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi semalam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam.
Katanya seramai 246 orang bermalam di Padang Merbok itu. - BERNAMA






Sunday, 23 June 2013

VIDEO ANWAR HASUT RAKYAT LAWAN KUASA ALLAH !!!



Jerebu yang sedang melanda negara kita sekarang semuanya sedia maklum, bahawasanya itu adalah satu petanda kepada hambanya tentang kekuasaan ALLAH yang menciptakan sesuatu yang mempunyai sebab-sebabnya. Semua juga sedia maklum disebabkan jerebu semalam juga ALLAH telah menggagalkan perancangan jahat anwar untuk menghuru harakan negara malaysia yang selama ini aman dan damai. Walau apa jua petanda yang ALLAH berikan, anwar tidak pernah mahu menyedarinya kerana anwar yakin dengan keangkuhan yang dimiliki oleh PAS akan membutakan mata pengikiutnya.

Kebiasaannya beliau sering menyalahkan kerajaan khasnya FRU yang menggunakan alat pemedih mata bagi menyuraikan mereka, namun petang semalam kuasa Allah dengan cuaca yang berjerebu menyebabkan sebahagian besar penyokong PR tidak hadir dan ada juga yang bersurai awal.

Maka perancangan mereka untuk gulingkan kerajaan tidak tercapai, selepas ini apa pula perancangan Anwar yang keseterusnya. Semoga ALLAH taala akan sentiasa menggagalkan perancangan jahat dari mereka.


(KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK VIDEO )


POLIS SEDANG GIAT MENCARI KUMPULAN YANG MEMUKUL PEGAWAI DBKL !!!




Polis sedang memburu kumpulan yang terlibat mencederakan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram di Padang Merbok di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, sekumpulan peserta dipercayai daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia menyerang dua anggota terbabit ketika cuba menghalang kumpulan itu untuk mendirikan beberapa buah khemah.

"Keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL itu telah dikasari dan dipukul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat yang pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa.










PAS PERBODOHKAN HUKUM HUDUD PADA ANAK MUDA !!!





Ramai org pas menuduh umno tolak hudud.. Menolak hudud umpama menjatuhkan diri menjadi kafir atau murtad !

Mereka juga menuduh umno mengatakan hudud itu kejam dan tidak adil.. Tapi mereka lupa bahawasanya umno maksudkan hudud ala pas bukan hudud islam yang adil..

Tiada sesiapa pun blh menolak hudud islam. Umat islam wajib brusaha melaksanakan tanpa ragu2.. Usahakan supaya suasana menjadi kondusif, usahakan supaya dap mca mic gerakan menerima hudud secara bsama..

Hudud dizaman rasullullah saw adalah plaksanaan hudud contoh org kristian, yahudi menerima hukum hudud. Ini adalah kerana taurat dan injil hukum adalah lebih kurang sama dgn hudud. Maka akan muncul lah keadilan dlm pelaksanaan hudud pada ketika itu..

Tapi adakah plaksanaan hudud di malaysia dpt dilaksanakan dgn adil.. Org kafir x menerima hudud. Hanya umat islam menerima hudud. Adakah sama hukuman nya diatas plaksanaan dua2 undang ? Adakah manusia mendapat keadilan ?

Inilah yang dikatakan hudud ala pas yang kejam dan zalim..

Nasihat aku marilah kita bersatu. Tunjuk kan tauladan yang baik. Majukan lah majoriti umat islam. Disaat itu isyallah semua akan terima hudud dan barulah keadilan islam tercapai. Isyallah..













Saturday, 22 June 2013

GAMBAR ALLAH LAKNAT PERHIMPUNAN BLACKOUT505 DI KUALA LUMPUR !!!




Hairan orang yang kononnya mengangkat rukun iman percaya kepada qada dan qadar rupanya mereka inilah yang sebenarnya makhluk jahat yang mempertikaikan qada dan qadar Allah s.w.t

Beringatlah! Insaflah wahai teman! Tolak perhimpunan haram 505...






















Thursday, 20 June 2013

PERANGAI PEMIMPIN PEMBANGKANG TAK UBAH MACAM BABI SESAT !!!



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.
"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk "PRU13: Terima Keputusan Rakyat" di sini hari ini.
Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.


"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.
"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.
Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.


"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.
"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya. -

Saturday, 8 June 2013

INI CERITA UNTUK BALACI ANWAR IBRAHIM !!!




Mana Laporan Polis Tentang Pengundi Hantu?

Setelah beberapa minggu PRU berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu.  Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri, namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri. 

Kata Anwar, SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut.   Justeru, benar ada kes dakwat tidak kekal, tetapi itu bukan satu bukti penipuan, hanya bukti kelemahan.  

Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu, beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik, contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh, dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh.





Masalahnya, walaupun sudah berminggu berlalu, Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.  

Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu.  Sehingga kini, tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu.  Jangankan senarai nama mereka, tetapi satu nama pun tidak ada.   Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri. 

Antaranya, Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu.  Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi ‘perang mulut’ sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.  Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.  

Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.  

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR, akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah. 

Oleh itu, inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas, adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu.   Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya. 

Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini, maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu. 

Lebih penting, di manakah mereka sekarang?  Apakah mereka telah dihantar pulang atau terus menjadi warganegara Malaysia? 

Seharusnya, inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas.   Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini?   Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ?   Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku?

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir.  Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya. 


Member BSK