Jumlah Pengunjung

Showing posts with label anwar liwat. Show all posts
Showing posts with label anwar liwat. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

RAYUAN KES ANWAR BERJUBOR DENGAN LELAKI !!!



Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Disember depan bagi mendengar rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan pada sesi pengurusan kes di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif hari ini.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.





Tuesday, 17 September 2013

KES LIWAT ANWAR... SEORANG CABUT LARI !!!




Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan agar salah seorang ahli panel bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.







Thursday, 21 March 2013

VIDEO ANWAR LIWAT MAHASISWA UMUR 22 TAHUN SUDAH DI KELUARKAN !!! MANA MAU LARI ANWAR...




Semalam bukan main garang lagi Anwar Ibrahim mengarahkan dan menitahkan agar Papagomo menarik balik artikelnya dan gambar-gambar yang dipetik dari blog www.rajagoyang360.blogspot.com yang entah milik siapa. Pada masa yang sama, perlu memohon maaf dan membayar wang gantirugi berjumlah RM100 juta kepadanya.

Tetapi garang itu sampai semalam sajalah terutama apabila blogger berkenaan mengeluarkan sesuatu yang ada dalam simpanannya. Gambar yang dipetik dari salah satu scene dalam klip video membabitkan Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki lembut yang dikatakan sebagai mahasiswa dari Sabah, ternyata memadamkan kegarangan Anwar Ibrahim.

Hari ini, Anwar menyerahkan baki 24 jam yang diberikan kepada Papagomo, kepada para peguamnya. Anwar dah tak garang. Anwar dah tak berbunyi, video dan adegan-adegan di dalam klip video yang bakal disiarkan sekiranya Anwar enggan meminta maaf kepada Papagomo dalam tempoh 48 jam dari semalam, berjaya membuatkan Anwar Ibrahim hilang telur dan tidak lagi bercakap tentang KONSPIRASI dan FITNAH UMNO.

Tak sangka...

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim mempunyai ketakutan luar biasa terhadap seorang blogger bernama Papagomo. Sehinggakan yang tidak dibuat oleh Papagomo pun, disandarkan kepadanya. Dan akibatnya, Anwar Ibrahim terpaksa membayar harga yang mahal apabila video yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang lain dan berada dalam simpanan Papagomo, kini hanya menunggu masa untuk dikeluarkan, disiarkan dan ditatapi oleh rakyat Malaysia, khususnya para penyokong Anwar Ibrahim.

Selama ini, para pecacai Anwar Ibrahim seringkali menggunakan alasan kononnya lelaki yang mirip dan kelihatan seperti Anwar Ibrahim di dalam klip-klip video sebelum ini merupakan seorang PELAKON YANG MEMAKAI TOPENG DAN DISOLEK menyerupai Anwar...

Agak hairan juga, mengapa para pecacai Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim sendiri terus mencabar dan garang terhadap Papagomo agar meneruskan hajatnya menyiarkan klip video yang secara sahihnya akan memalukan Anwar Ibrahim tujuh keturunan!!!



Thursday, 14 March 2013

ANWAR Terketar Bila Di SUMPAH !!!




Menanti Anwar Melakukan Sumpah Laknat

Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.

Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.

Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.

Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.

Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat".

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan."

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.

Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.

Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.








Friday, 25 January 2013

HEE..HEE..HEE.. ANWAR IBRAHIM !!!



KEBODOHAN ANWAR IBRAHIM mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia  ialah apabila mengeluarkan kenyataan dari sumber jalanan. Anwar Ibrahim menyerlahkan sifat sebenarnya, seorang yang ganas dan rakus, sesuai dengan makna perkataan Anwar; seorang yang terburu-buru, nak cepat sahaja, kemarahan yang melampau,  kerakusan dan keterlanjuran, itulah antara ketibaan makna nama dia menurut seorang ahli sufi muda di negara kita.

RCI di Sabah, Anwar pula menuduh kononnya di Selangor juga wujud pemberian IC atas alasan mengapa pengundi di Selangor bertambah. Anwar nak respon SPRM, tak perlu SPRM budak sekolah pun boleh jawab! Inilah kebodohan yang melampau. 

Apakah rakyat Selangor yang baru berumur 21 tahun tidak pergi mengundi? Adakah ahli-ahli DAP dan PKR yang berumur 21 tahun tidak dikempenken pergi mengundi? Bukankah statistik SPRM tahun 2012 menunjukkan DAP paling banyak mendaftar pengundi diikuti UMNO, PAS dan paaaaaaling terperosok PKR! Kenapalah Anwar Ibrahim menjelang umurnya yang ke-65 tahun semakin kurang menyengat mindanya?

Di Sabah, Anwar Ibrahim mula merosakkan USNO apabila dia datang ke Sabah pada tahun 1986 sebagai Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Hampir 10 tahun kemudian, Anwar datang semula ke Sabah dengan Modus untuk menjatuhkan Kerajaan PBS secara membeli Lajim dan kawan-kawan Lajim. Lajim yang ketika itu hanyalah bekas pekerja Disko dan Tukang Pukul berjaya mendapat sejumlah tidak kurang RM3 Juta dari Anwar dengan syarat tinggalkan kerajaan PBS.

Kemudian Anwar membeli semua Ketua-Ketua Bahagian ketika percaturan dia melawan Tun Ghafar Baba. Bagaimana Tun Ghafar hendak menang apabila Anwar melalui orang-orangnya memasukkan wang dalam sampul ke dalam semua bilik-bilik hotel perwakilan UMNO. Bagaimana Ketua-Ketua Bahagian di Sabah tidak kelabu apabila Anwar yang kebetulan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengedarkan Lot-Lot Saham kepada semua Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan, Ketua-Ketua Pemuda dan Wanita, di mana Lot-Lot Saham itu bawa sahaja ke Bank Bumiputera dan tukarkan kepada Wang Ringgit.

Anwar turut terlibat memberi bajet, menambah pengundi dan mempermudahkan pendatang di Sabah. Kalau tidak, bagaimana Badrul Amin yang dilahirkan di Indonesia itu boleh bla bla bla, kamu cari sendirilah.

Ini semua kerja Anwar, merosakkan UMNO, merosakkan Bank Bumiputera tapi menguntungkan Hong Leong Bank, merosakkan Integriti Negara. Nasib baiklah Tun Dr. Mahathir bijak dengan perbuatan Anwar di belakang tabir.

Seorang Pengawal Peribadi Anwar semasa Anwar menjadi TPM berkata kepada kami, katanya, "antara 8.00pagi hingga 5.00petang memanglah kami menjaga dan mengawal Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri di aman sahaja. Tetapi selepas pukul 5.00 petang, " Anwar akan dijemput oleh Taukeh Judi Nallakarupan dengan kereta hitam entah ke mana", "Mereka pergi mana kami tidak tahu, sebab Anwar kata kepada kami cukup sampai di sini sahaja (5.00petang), esok pagi jumpa lagi macam biasa".

Sekarang Anwar sudah rosakkan PAS, Bible Melayu Kitab Kristian sudah mula diedar di sekolah-sekolah di Pulau Pinang, dan PAS langsung tidak boleh berkata-kata walau sepatah pun. Perumpamaannya, Walaupun Hadi Awang berkahwin 2 dan 3, namun batangnya layu tak mampu nak menegak-negak lagi, gara-gara takutnya berkata tidak kepada Lim Guan Eng!



Monday, 21 January 2013

ANWAR..... Buat Apa Tuu.....!!! hahaha....


Ketua pembangang Anwar Ibrahim termalu besar apabila beliau tidak dapat membezakan tweet handle milik Harian Metro (ori) @hmetromy dan akaun parodi Twitter – Marian Hetro @mhetromy. Yang kelakarnya Anwar siap reply tweet Marian Hetro... Wahahaha.... baru tulis satu para dah pecah perut.. gelak terguling-guling atas meja! Bikin panas laaa Anwar Ibrahim ni.... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Mynewshub - Nampaknya…dari sesuatu yang menyeramkan…isu hantu dan kes rasuk di UiTM Lendu, Melaka sudah ada sedikit unsur-unsur lawak politik.

Bila sebut hantu…dan dipolitikan…sudah tentu ada yang akan melawak dengan mengaitkan aspek pengundi hantu.

Itulah yang berlaku apabila sebuah akaun parodi Twitter – Marian Hetro ?@mhetromy cuba melawak kes rasuk di UiTM Lendu dengan menggunakan status berikut:

PRU13: Bersih mahu SPR siasat dakwaan pengundi hantu di UiTM #Lendu.
Hashtag yang digunakan adalah #Lendu yakni salah satu hashtag yang trending beberapa hari lalu ketika UiTM di Melaka itu dikatakan dilanda kes histeria dan rasuk seperti yang dilaporkan Mynewshub.


Yang lawaknya…Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki hampir 233,000 pengikut di akaun Twitternya, memilih untuk respon kepada dakwaan yang dibuat @mhetromy apabila ada pihak mention tweet itu kepada beliau.

Gaya bahasa siap ada ! …macam marah aje…cuba tengok:

Mungkin Anwar ingat ia adalah tweet akhbar terkuat negara ini, Harian Metro kot.

Sabar datuk seri…kalau ada hantu kat UiTM Lendu pun…mungkin diaorang pun tak faham RCI dan Pati kat Sabah itu apahal. Pasal hantu tak perlu hendak pohon Mykad…

Sebagai seorang yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri, tak perlulah respon kepada akaun parodi dari ratusan ribu akaun yang menjadi pengikut datuk seri.

Punya ramai-ramai…boleh yea datuk seri respond pada lawak pengundi hantu dan hantu UiTM Lendu…

Menarik jugaklah bila Anwar Ibrahim pun boleh terpalit sikit isu hangat rasuk di UiTM Lendu….


Member BSK