Jumlah Pengunjung

Showing posts with label anwar mengamuk. Show all posts
Showing posts with label anwar mengamuk. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Ustaz Haron Din Beri Amaran Pada Anwar Ibrahim !!!



"Saya selama-lamanya akan tetap pertahankan kalimah Allah...tidak akan redha sama sekali kalimah itu diletak ditempat yang jijik(menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).

"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," kata Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz lagi.

"Kita walaupun didalam pakatan rakyat tetapi tidak semua yang dibuat oleh pemimpin tertinggi wajar disokong, jika perbuatan itu melampaui batas sehingga menyekutukan Allah," kata Haron lagi.

Di atas adalah kenyataan terbaru Datuk Dr. Haron Din dalam isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Bahasa Melayu untuk edaran kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Ramai umat Islam diluar sana terus tertanya-tanya, sudah berapa ramai orang dalam PAS yang sudah syirik?

Sebelum ini Hadi Awang, Pok Nik Ajis, Khalid Samad, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin PAS yang menyokong DAP yang mahu menggunakan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu itu.

Mereka ini semua sudah syirik? Adakah mereka sudah mengangkat syahadah semula yang membolehkan mereka kembali kepada Islam?

ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni oleh ALLAH di akhirat kelak jika seseorang itu tidak memohon ampun kepada-NYA semasa hayat. 




Tuesday, 5 February 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG Arahkan Bakar Kilang LYNAS ???



Hari ni Presiden Kumpulan Hijau , Wong Tack dengan berani mengeluarkan satu kenyataan akhbar (menurut laporan Sin Chew Daily) yang dia sendiri akan membakar loji nadir bumi Lynas sekiranya ia tidak ditutup selepas tempoh 30 hari pilihanraya umum berakhir . Kenyataan 'over confident' Wong Tack ini mungkin berasaskan bahawa keyakinan beliau yang Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU-13 . Sebagai seorang Presiden persatuan yang kononnya menjaga kehijauan alam sekitar , tindakan membakar loji berkaitan petrochemical nampaknya macam satu tindakan yang bodoh dan 'contradict' dengan perjuangan beliau yang nak menyelamatkan alam sekitar .





Tahukah beliau sekiranya kilang Lynas itu dibakar tindak balas kimia dan asap yang terhasil akibat proses pembakaran itu akan mengancam penduduk setempat ? Mungkin beliau nak mengukur sendiri kadar keradioaktifan sekeliling sebelum dan selepas proses bakar membakar itu berlaku ? Selain mencemarkan udara dengan bahan2 kimia akibat pembakaran tak terkawal itu , tak mustahil akan berlaku lagi masalah-masalah lain yang bakal menganggu gugat kesihatan penduduk-penduduk setempat . Bodoh bodoh dan bodoh ... ini lah yang dikatakan buat kerja bangang hanya disebabkan nak jadi hero atas perjuangan sempit dek kegagalan memahami sains .

Oleh itu, elok lah diperhatikan gerak geri pejuang alam sekitar yang hipokrit ini , mungkin banyak lagi tindakan2 bodoh yang akan dilakukan beliau . Dan untuk orang2 kampung di sekitar loji Lynas , perbuatan Wong Tack (Worangg Tackde-Otack) ini mungkin bakal membahayakan kesihatan anda , kita tak tahu apa jenis tindak balas kimia yang akan berlaku ,sekiranya perbuatan ini diteruskan oleh si hipokrit ini. Jadi aku nasihatkan , korang bersedia lah apa2 yang patut .. maklum lah malang tak berbau , jangan disebabkan tindakan bodoh seorang , orang lain di sekeliling mati katak !



Friday, 25 January 2013

HEE..HEE..HEE.. ANWAR IBRAHIM !!!



KEBODOHAN ANWAR IBRAHIM mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia  ialah apabila mengeluarkan kenyataan dari sumber jalanan. Anwar Ibrahim menyerlahkan sifat sebenarnya, seorang yang ganas dan rakus, sesuai dengan makna perkataan Anwar; seorang yang terburu-buru, nak cepat sahaja, kemarahan yang melampau,  kerakusan dan keterlanjuran, itulah antara ketibaan makna nama dia menurut seorang ahli sufi muda di negara kita.

RCI di Sabah, Anwar pula menuduh kononnya di Selangor juga wujud pemberian IC atas alasan mengapa pengundi di Selangor bertambah. Anwar nak respon SPRM, tak perlu SPRM budak sekolah pun boleh jawab! Inilah kebodohan yang melampau. 

Apakah rakyat Selangor yang baru berumur 21 tahun tidak pergi mengundi? Adakah ahli-ahli DAP dan PKR yang berumur 21 tahun tidak dikempenken pergi mengundi? Bukankah statistik SPRM tahun 2012 menunjukkan DAP paling banyak mendaftar pengundi diikuti UMNO, PAS dan paaaaaaling terperosok PKR! Kenapalah Anwar Ibrahim menjelang umurnya yang ke-65 tahun semakin kurang menyengat mindanya?

Di Sabah, Anwar Ibrahim mula merosakkan USNO apabila dia datang ke Sabah pada tahun 1986 sebagai Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Hampir 10 tahun kemudian, Anwar datang semula ke Sabah dengan Modus untuk menjatuhkan Kerajaan PBS secara membeli Lajim dan kawan-kawan Lajim. Lajim yang ketika itu hanyalah bekas pekerja Disko dan Tukang Pukul berjaya mendapat sejumlah tidak kurang RM3 Juta dari Anwar dengan syarat tinggalkan kerajaan PBS.

Kemudian Anwar membeli semua Ketua-Ketua Bahagian ketika percaturan dia melawan Tun Ghafar Baba. Bagaimana Tun Ghafar hendak menang apabila Anwar melalui orang-orangnya memasukkan wang dalam sampul ke dalam semua bilik-bilik hotel perwakilan UMNO. Bagaimana Ketua-Ketua Bahagian di Sabah tidak kelabu apabila Anwar yang kebetulan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengedarkan Lot-Lot Saham kepada semua Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan, Ketua-Ketua Pemuda dan Wanita, di mana Lot-Lot Saham itu bawa sahaja ke Bank Bumiputera dan tukarkan kepada Wang Ringgit.

Anwar turut terlibat memberi bajet, menambah pengundi dan mempermudahkan pendatang di Sabah. Kalau tidak, bagaimana Badrul Amin yang dilahirkan di Indonesia itu boleh bla bla bla, kamu cari sendirilah.

Ini semua kerja Anwar, merosakkan UMNO, merosakkan Bank Bumiputera tapi menguntungkan Hong Leong Bank, merosakkan Integriti Negara. Nasib baiklah Tun Dr. Mahathir bijak dengan perbuatan Anwar di belakang tabir.

Seorang Pengawal Peribadi Anwar semasa Anwar menjadi TPM berkata kepada kami, katanya, "antara 8.00pagi hingga 5.00petang memanglah kami menjaga dan mengawal Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri di aman sahaja. Tetapi selepas pukul 5.00 petang, " Anwar akan dijemput oleh Taukeh Judi Nallakarupan dengan kereta hitam entah ke mana", "Mereka pergi mana kami tidak tahu, sebab Anwar kata kepada kami cukup sampai di sini sahaja (5.00petang), esok pagi jumpa lagi macam biasa".

Sekarang Anwar sudah rosakkan PAS, Bible Melayu Kitab Kristian sudah mula diedar di sekolah-sekolah di Pulau Pinang, dan PAS langsung tidak boleh berkata-kata walau sepatah pun. Perumpamaannya, Walaupun Hadi Awang berkahwin 2 dan 3, namun batangnya layu tak mampu nak menegak-negak lagi, gara-gara takutnya berkata tidak kepada Lim Guan Eng!



Wednesday, 23 January 2013

ANWAR mengamok bila wartawan tanya tentang pendiriannya terhadap kalimah ALLAH !!!



ANWAR TENSION BILA DITANYA PENDIRIAN KALIMAH ALLAH

Anwar Ibrahim mengelak ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH.

Anwar tidak mahu menjawab soalan tersebut... Ingatkan, Ketua Pembangkang itu semakin faham erti kebebasan media setelah acap kali ‘angin’ pada wartawan yang bertanya soalan-soalan demikian yang beliau anggap ada kaitan dengan UMNO.

“You (kamu) mana punya? Ini media UMNO... UMNO ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media UMNO. Kita jawab apa pun, dia pusing,” katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai dekat kuala Lumpur malam Isnin.

Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu dan harap agar pendirian PAS agar tidak bercanggah dengan keputusan dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

Malam Isnin lalu Majlis Syura Ulama yang dianggotai 15 orang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, semua pihak termasuk pemimpin PR harus menerima keputusan Majlis Syura.

Itulah cara Ketua Pembangkang tersebut jika enggan jawab soalan-soalan ‘cepumas’ – medialah jadi sasaran lepas geram.

Mungkin dengan cara beliau boleh mengelak diri dari menjawab.

Siapa tahu beliau gabra nak suarakan pendirian kerana bimbang DAP dan PAS 'angin' padanya.

Dalam kontek politik... ini boleh bikin rosak program.

Jangan lupa Karpal Singh ialah chief peguam dalam kes liwatnya.

Haji Hadi pula sudah backing beliau sakan dalam isu video seks dengan mengeluarkan ' fatwa' video besi tidak boleh dijadikan bukti.

Lagipun, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah menyatakan pihaknya berpegang kepada pendirian Haji Hadi pada mesyurat Majlis Pimpinan PR itu.

Haji Hadi ketika itu mengatakan PAS berpendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalah guna.

Apabila Majlis Syura buat ketetapan, Azmin menyatakan itu hanya pendirian Masjlis Syura – entiti lain dalam PAS bukannya parti PAS yang sedang bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Sebab itu juga tidak pelik apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Anwar menyatakan pendiriannya terhadap pemimpin PAS yang tidak berganjak daripada keputusan Majlis Syura dalam isu penggunaan kalimah tersebut.

"Saya nak tanya, apa pendirian dia sekarang, nak berlakon lagi dengan menyatakan kami (pakatan pembangkang) ini bersatu padu, mantap dan sebagainya.

"Saya nak tanya dia, tolong jawab apa pendiriannya dengan keputusan terbaru pemimpin PAS iaitu bahawa mereka akan ikut (keputusan Majlis) Syura (Ulama).

"Jangan membohongi rakyat kerana rakyat nampak semua ini, rakyat nampak mereka ini berlakon dan jangan cari alasan lain dan sebagainya," katanya di Ipoh pada Isnin.

Anwar boleh terus berdiam atau cakap macam-macam kepada wartawan yang menjalankan tugas mahu melaporkan apa sepatutnya.

Ini semua hanya mendedahkan kepada umum siapa Anwar dan apa pendiriannya dalam isu Kalimah Allah.



Member BSK