Jumlah Pengunjung

Showing posts with label artis kantoi. Show all posts
Showing posts with label artis kantoi. Show all posts

Thursday, 8 September 2016

ARTIS WANITA REALITI KANTOI SEDANG MELACUR!!!

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Tembe­lang seorang selebriti laman sosial yang selama ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas tinggi terbongkar apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, dekat sini kelmarin.

Bukan artis ni kot.. 
Wanita berusia 20-an itu ditahan bersama lelaki terbabit yang merupakan seorang ahli pernia­gaan yang sudah beristeri kira-kira pu­kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam.

Dia dan pelanggannya kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, wanita berke­naan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu dan mencari pelanggan terdiri daripada golongan VVIP.

Katanya, wanita itu dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pe­langgannya.

“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” katanya.

Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.

SUMBER BERITA
Biodata siapa sebenar Sasha Abdul Aziz kantoi ditangkap jadi pelacur kelas VVIP. Pada 7 September 2016, seorang artis laman sosial dikenali sebagai Shasha Abdul Aziz ditangkap di sebuah hotel suite mewah di Damansara. Difahamkan, pelanggannya adalah terdiri daripada golongan VVIP dengan kadar perkhidmatan RM30,000 dikenakan untuk satu malam sahaja. Bagi yang tidak mengenali Sasha, beliau hanyalah artis instagram yang selalu muat naik gambar seksi sehingga mempunyai jumlah 55 ribu bilangan pengikut.

Biodata Sasha Abdul Aziz Kantoi Ditangkap Jadi Pelacur VVIP

Nama Penuh: Sasha Abdul Aziz

Umur: 25 Tahun

Pekerjaan: Model, Pramogari dan Usahawan

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Perniagaan: Mempunyai perniagaan di Lembah Klang

Instagram: https://www.instagram.com/sashaabdulaziz/



Sumber: Biodata Sasha Abdul Aziz Ditangkap Jadi Pelacur VVIP | melvister.com 

Friday, 6 September 2013

SIAPA ARTIS TERLEBIH STIM WhatsApp GAMBAR "BIRD" SENDIRI NI !!!



Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila rumah tangganya bergolak kini sekali lagi terbabit dengan kontroversi apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu.


Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah menggunakan WhatsApp.

Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar lucah sebelum dikesan suami wanita berkenaan.


Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.



Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.


Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai.

“Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu.


“Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya.


(nantikan kemunculan filem KL GANGSTER 2 di pawagam pada bulan oktober ini... hahaha...)

Member BSK