Jumlah Pengunjung

Friday 6 September 2013

SIAPA ARTIS TERLEBIH STIM WhatsApp GAMBAR "BIRD" SENDIRI NI !!!



Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila rumah tangganya bergolak kini sekali lagi terbabit dengan kontroversi apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu.


Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah menggunakan WhatsApp.

Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar lucah sebelum dikesan suami wanita berkenaan.


Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.



Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.


Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai.

“Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu.


“Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya.


(nantikan kemunculan filem KL GANGSTER 2 di pawagam pada bulan oktober ini... hahaha...)

No comments:

Post a Comment

Member BSK