Jumlah Pengunjung

Showing posts with label balik pulau. Show all posts
Showing posts with label balik pulau. Show all posts

Friday, 18 March 2016

WANITA UMNO PULAU PINANG MALUKAN TUN MAHADHIR !!!

Norliza (duduk tiga kanan) bersama ahli Wanita Umno negeri menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.



BALIK PULAU - Wanita Umno tersinggung dan kesal dengan tindakan tidak wajar beberapa pemimpinnya yang bersekongkol dengan parti lawan.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan perlu dihormati walaupun keterbukaan itu tertakluk kepada adab dan etika parti terutama apabila melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Menurutnya, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa wakil Umno lain yang bersama-sama parti pembangkang tidak seharusnya berlaku kerana parti lawan itu adalah musuh utama Umno.

"Kami melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah bagi dan menyokong penuh kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pertukaran Perdana Menteri boleh dilakukan namun ia perlu mengikut lunas undang-undang iaitu Raja Perlembagaan. Negara kita mengamalkan saluran dan ruang demokrasi untuk menukar pemimpin secara bersistem dan terhormat," katanya kepada media semalam.

Oleh itu, beliau berkata, usaha untuk mengguling dan menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang dianjurkan parti pembangkang dan beberapa pemimpin Umno lain dalam Deklarasi Rakyat tidak sepatutnya berlaku kerana tidak melambangkan ketamadunan Malaysia.

"Kita sendiri tahu, pihak lawan mempunyai agenda sendiri yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan menghuru-harakan negara selain merosakkan kestabilan ekonomi," katanya.
Norliza berkata, tindakan kumpulan yang ingin menjatuhkan Najib dilihat menjengkel dan memuakkan.

"Mereka sengaja mengadakan gerakan ini bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang membelenggu negara.
"Belajarlah dari sejarah seperti yang disarankan Mahathir iaitu pepecahan dan usaha menggulingkan pemimpin melalui jalan belakang hanya akan merosakkan negara dan membuka pintu kepada anasir luar menakluki negara," katanya.

Sehubungan itu, Wanita Umno Pulau Pinang tetap menyokong kepimpinan Najib dan akan berusaha bersamanya untuk mengatasi pelbagai cabaran termasuk isu ekonomi yang mencengkam poket rakyat Malaysia masa kini.




Tuesday, 14 May 2013

TERKINI... DAP HALAU MELAYU BALIK PULAU PULAU PINANG ???



Haha...  ni nak crita pasai apa dah jadi kat pulau pinang la ni... cek nk crita sikit pasai kt belah balik pulau.. hehe.. pening aku brcakap loghat pinang ni.

Cerita ni tentang status perumahan TAMAN KUALA SG PINANG di Balik Pulau. Dengar khabar dari orang balik pulau mereka hairan dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yg masih tidak mahu menyerahkan kunci rumah di taman tersebut pada yg HAK. Projek perumahan ini telah lama siap, dengar khabarnya telah hampir 5 tahun perumahan ini telah siap. Sebuah projek perumahan yg telah di luluskan bajetnya oleh kerajaan BARISAN NASIONAL dan di bangunkan juga oleh kerajaan BARISAN NASIONAL semasa pemerintahan BARISAN NASIONAL yg lalu.

Kini bila kerajaan DAP mengambil alih pentadbiran negeri pulau pinang hak rakyat yg majoritinya berbangsa melayu yg terpilih untuk menduduki perumahan ini telah di nafikan. Kita sedia maklum majoriti penduduk di balik pulau pulau pinang ini adalah berbangsa melayu. Adakah ini salah satu lagi cara DAP untuk menghalau bangsa melayu keluar dari balik pulau atau pon ini adalah salah satu strategi DAP pulau pinang untuk mengurangkan penduduk melayu di kawasan ini. 

Sememangnya DAP pulau pinang menjalankan dasar GAMPANG HARAM JADAH di pulau pinang. Apa2 pon seronoklah PAS pulau pinang dengan berita ini dan tahniah juga kepada PAS pulau pinang kerana sekali lagi berjaya tidak mendapat menjadi EXCO AGAMA pulau pinang. Wah..  bertambah lagi la maksiat di sana...  Dosa maksiat di sana PAS tak tanggung ke nanti ? Perjuangkan ISLAM LA KONON...  PIIII....RRRAAA..........









Pemandangan waktu malam dah macam rumah hantu...






Member BSK