Jumlah Pengunjung

Showing posts with label harakah. Show all posts
Showing posts with label harakah. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

WARTAWAN SINAR HARIAN KENA KENCING DENGAN PEMIMPIN PAS DI SUNGAI LIMAU !!!



DALAM keghairahan Pas menyerang bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, parti itu akhirnya terperangkap dengan 'kegelojohan' sendiri.

Ia berikutan terdedahnya taktik parti itu menerusi teknik photoshop bagi menampal wajahnya calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan akhbar itu sendiri menyifatkan ia taktik terdesak Pas untuk meraih sokongan.
Biar pun Pengarah Operasi Pas bagi PRK DUN Sungai Limau, Ir. Datuk Amiruddin Hamzah mengatakan parti itu langsung tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada, namun ia belum memuaskan hati banyak pihak.

Ini memandangkan adalah tidak munasabah Pas yang dianggap 'cukup hebat dan bijak' menghasilkan risalah-risalah boleh terlepas pandang kepada satu produk yang cukup penting dalam pilihan raya.

Bayangkan apa yang akan berlaku jika 'kesilapan' itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), sudah pastilah Pas akan menyerang habis-habisan parti lawannya itu dan akan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mendesak BN meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan.

Oleh itu, kalau benarlah, Pas dalam tempoh seminggu berkempen ini begitu menjaga perasaan ahli keluarga Allahyarham Azizan maka mereka perlu meminta maaf secara terbuka. 

Pas harus mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dengan berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita".

Apakah alasan "kita semua manusia biasa…" ini akan terpakai kalau ia terjadi kepada BN dan UMNO, sudah pasti tidak. Oleh itu tidak perlulah Pas cuba menunjukkan seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa dalam soal ini.

Namun apa yang berlaku bukanlah perkara pelik kerana Pas sememangnya sejak awal kempen memang mahu mengaitkan calon mereka dengan Allahyarham Azizan, apabila menyatakan Mohd. Azam adalah anak didik Allahyarham sedangkan dakwaan itu tidak benar.

Sekarang ini pun, oleh kerana mengetahui pengaruh Allahyarham Azizan yang cukup hebat di Sungai Limau, Pas cuba menggunakan sentimen Allahyarham Azizan dengan memasang kain rentang memaparkan wajah Allahyarham. Tetapi semua orang tahu bagaimana layanan politik sesetengah pemimpin Pas Kedah terhadap Allahyarham Azizan ketika Allahyarham menjadi menteri besar.

Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin Pas bersandiwara lagi dalam soal ini dan janganlah berpura-pura kerana akhirnya kebenaran pasti akan menewaskan kepalsuan, begitulah juga dalam kempen pilihan raya ini. Percayalah!.



Monday, 10 June 2013

INI KE CERITA ISLAM DALAM PAPER HARAKAH ???



Dia nak kantoikan orang tapi dia pulak terkantoi.. Harakah snap gambar signboard yang Pakej 2A.. Sebenarnya yang runtuh tu Pakej 3A dan kontraktornya Cergas Murni SB.. Bukan UEM Builders.. Tak tahulah nak cakap bebal ke tak.. Nak cakap bodoh marah pulak.. Tapi tu la tahap mentaliti pembangkang.. Gerenti lepas tahu terkantoi mesti Harakah tarik balik berita tu..


islam sesangat ni...


Friday, 29 March 2013

SERANGAN YANG AMAT HEBAT TERHADAP TV3 !!!



Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. 

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media. 

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan  menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut. 

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini? 

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.


Tuesday, 19 March 2013

TERKINI...HarakahDaily.Net Hina NIK AZIZ !!!




Akibat bodek kuat dan terlampau taksub dengan pemimpin PAS, Mursyidul Am PAS duduk bersila makan laksapun dijadikan berita utama oleh Haprakdaily, lihat di sini. Apa hebatnya duduk makan bersila? Macamlah kita semua tidak pernah duduk makan bersila. Macamlah semua pemimpin UMNO tidak pernah duduk bersila. Untuk apakah majlis makan laksa ini diadakan? Tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memungut derma untuk PAS Cawangan Pohon Kandis, dalam Dun Chempaka. Ooo majlis kutip derma ... makan laksa ...

Cuba lihat pula gambar-gambar di bawah. Ini adalah juga gambar seorang Menteri Kanan Kerajaan Barisan Nasional. Beliau duduk bersila bukan kerana hendak makan laksa. Beliau duduk di dalam majlis bukan untuk mengutip derma untuk tujuan PRU-13. Beliau duduk bersila tanpa kekok dan malu semata-mata untuk melawat Rakyat Kelantan yang sakit, ditimpa bala bencana dan keuzuran. Kenapa gambar-gambar ini tidak disiarkan di Haprakdaily? Bukankah gambar-gambar ini lebih baik dari gambar seorang tua makan laksa duduk bersila?







(SUMBER)

Wednesday, 13 March 2013

PEMUDA PAS Kecam HARAKAH DAILY !!! Bukti HARAKAH Tepat Menyebar FITNAH...




Awas Permainan Harakah Lindungi SuaraPakatanRakyat.com

Walaupun pernah dikecam hebat oleh perwakilan Pemuda Pas di dalam Muktamar Tahunan yang diadakan tidak lama dahulu, Harakah Daily yang merupakan portal berita dan lidah rasmi parti itu nyata tidak serik dan bermuhasabah. Perwakilan Pemuda Pas sebelum ini mengecam hebat peranan yang dimainkan oleh Harakah Daily kerana dilihat sebagai gedung fitnah serta menjadi alat dalam melaga-lagakan pimpinan Pas.


Ekoran daripada itu, Muktamar Dewan Pemuda Pas yang bersidang telah meluluskan dengan sebulat suara usul mendesak agar pimpinan pusat menstrukturkan semula sidang editorial parti itu. Malah mereka juga turut mendesak agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah.


Namun setelah hampir sekian lama, usul yang diluluskan itu hanya dipandang sepi oleh kepimpinan Pas pusat yang merasakan ia bukan satu isu yang mendesak. Malah lebih mengecewakan kepimpinan pemuda Pas bila mana, Hadi Awang selaku Presiden parti telah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh dan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh Harakah selama ini.


Mengikut sumber, ekoran pendirian yang dikeluarkan oleh Hadi itu, ramai ahli dan penyokong Pas khususnya ‘orang muda’ telah mula memboikot portal tersebut sebagai satu pendekatan bagi menyuarakan bantahan. Mereka merasakan kredibiliti dan kandungan berita yang dilaporkan lebih menjurus untuk kepentingan sesetengah pihak demi survival politik sempit.


Peralihan minat pembaca setia lidah rasmi Pas ke portal-portal yang dilihat lebih ‘neutral’ telah menyebabkan ‘hits’ harakah merudum jatuh, dan perkembangan itu telah menyebabkan sidang editorial gusar dan tidak senang duduk.


Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengembalikan semula kredibiliti dan minat pembaca agar terus menjadikan Harakah sebagai medium rujukan utama. Oleh yang demikian saban hari, mereka mengunapakai strategi untuk ‘membunuh’ portal-portal pembangkang lain yang dilihat tidak sehaluan dan cuba melawan arus.


Terbaru, mereka berusaha untuk cuba menyakinkan pembaca kononnya, pengendali portal suarapakatanrakyat.com adalah milik Bn/Umno. Ia secara tidak langsung akan menimbulkan keraguaan di kalangan pembaca dan kembali menjadikan harakahdaily sebagai sumber rujukan.


Pendekatan menyerang mana-mana portal pembangkang yang ‘tidak sehaluan’ itu juga secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan peranan Harakah terus relevan dalam berdepan dengan media arus perdana dan portal-portal pro-kerajaan. 



Sedangkan semua sedia maklum, mengenai pengakuan yang telah dibuat oleh mantan Ketua Pengarang suarapakatanrakyat tidak berapa lama dahulu yang mendedahkan mengenai penglibatan Anwar secara langsung dengan portal tersebut. Ketua Pengarang tersebut juga dilaporkan berkata, hanya dia dan Anwar sahaja yang tahu mengenai hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh portal tersebut.


Penulis tidak berhasrat untuk membela portal tersebut, kerana merasakan kedua-dua portal tersebut (harakahdaily dan suarapakatanrakyat) adalah merupakan ‘sampah’ yang tidak mempunyai sebarang nilai. Laporan berita yang dimuatnaikan juga tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh di sandarkan, tambahan pula keduanya sering melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan.


Cuma apa yang menarik ialah, permainan politik yang digerakkan untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berkongsi objektif dan motif yang sama. Kesimpulannya kedua-dua portal dan gedung fitnah tajaan pakatan pembangkang ini wajar ditutup diambil tindakan oleh pihak berkuasa.






Member BSK