Jumlah Pengunjung

Showing posts with label husam musa menipu. Show all posts
Showing posts with label husam musa menipu. Show all posts

Friday, 14 June 2013

HUSAM MUSA MULA MAKI HAMUN PEMIMPIN PAS !!! Apa hal ni...



Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
 
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Pada saya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya kena berterus terang di sini. Bayangkan kalau kita tidak kuat kita dianggap angkuh membelakangkan saudara-saudara kita, kalau dalam perang saudara-saudara kita berlumuran darah hasil penipuan tapi kita berdiam diri kerana memang kita pengkhianat.

"Kita harus mencetuskan perubahan politik dalam negara, jangan kerana kita baru menang kerusi Parlimen, mentadbir negeri, kita lupa kepada asal-usul perjuangan kita.

"Kita ada wakil rakyat, dia kayuh basikal siang malam, Parlimen akan bersidang kita nak tengok Ahli Parlimen kita daripada Pas dia kayuh basikal dalam Parlimen nanti, kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak tengok, anda semua akan disaksikan oleh rakyat.

"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Perhimpunan tersebut yang diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini, turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Himpunan itu yang ditunjangi Anwar bukan sahaja mendapat kritikan daripada rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin Pas terutama Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang menentangnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat melalui laman facebook pada 20 Mei lalu menganggap himpunan itu sebagai perbuatan yang 'gopoh', justeru mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengakui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu dimenangi oleh BN dan kekalahan kepada pakatan pembangkang telah ditakdirkan Allah.

Selain itu, dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Anwar.

Selain Nik Abduh, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam kenyataannya turut meminta rakyat menolak sebarang perhimpunan haram sekiranya didapati boleh membawa masalah, kemusnahan serta mencetuskan huru-hara kepada negara.





Monday, 4 February 2013

Makin Teruk Husam Musa Pening Sekarang ni !!!



Hari ni dah setengah bulan dah Si Husam ni tak menjawab soalan yang diberikan berkaitan dengan dana kutipan derma untuk membina Lebuh Raya Kuala Krai - Kota Bharu.

Rasanya dah cukup jelas bahawa Si Husam tu memang tak mampu nak memperjelaskan perkara tersebut kepada rakyat secara terperinci.

Mungkin sebab itulah dia asyik nak lari dari tajuk. Asyik timbulkan isu yang bukan - bukan untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan tersebut.

Sekarang pun, Si Husam ni dah semakin pening nak menjawab isu - isu baru yang dibangkitkan. Jadi, memang tak de harapan la nampaknya rakyat nak tau ke mana pergi duit derma diorang sebelum ni. Jangan lesap jugak sudah la!!!
TUMPAT - Lebih 2,000 penduduk daerah ini menyertai demonstrasi aman, Himpunan Selamatkan Bumi Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di bulatan Pasir Pekan di sini hari ini. 
Himpunan yang diketuai Presiden MTRK, Azmi Ali itu diadakan bagi membantah salah guna kuasa dan penyelewengan Kerajaan Pas Kelantan dalam isu pengambilan tanah dan penjelasan oleh bekas-bekas pemilik tanah yang dirampas di Gua Musang, Kuala Krai, Jeli serta Pasir Pekan di sini. 
Dalam perhimpunan tersebut, tiga individu dari kawasan Hulu Kelantan yang mendakwa tanah mereka dirampas oleh kerajaan negeri turut menyampaikan ucapan. 
Mereka menyeru rakyat Kelantan ini supaya menolak Pas dalam pilihan raya umum nanti sekiranya mahu memastikan tanah di negeri ini tidak bertukar tangan kepada orang luar. 
Wakil penduduk dari Relai, Gua Musang, Mohd. Zaid Awang, 51, berkata, beliau bersama 120 penduduk meneroka tanah tersebut sejak tahun 1998 tetapi hilang begitu sahaja selepas ia diserahkan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan. 
"Saya tidak tahu sama ada tanah ini untuk dibangunkan sebagai Ladang Rakyat atau ladang komersial tetapi apa yang penting tanah ini diambil seolah-olah tidak ada had walaupun kami sudah menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan. 
"Kami hanya mengambil seorang enam ekar tanah sahaja kerana tidak ada duit untuk membayar premium, kami teroka tanah ini disebabkan 'ulama itu' kata sekali cangkul tanah di negeri ini ia akan menjadi hak kamu tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ulama ini tidak tahu suka duka kami berkejar dengan gajah dan harimau, orang Kota Bharu dan seluruh negeri ini kena ambil perhatian kalau sayangkan negeri kita. 
"Dulu kerajaan negeri kata bekas askar boleh teroka tanah tetapi selepas tujuh tahun kami menanam getah dan tiga bulan menoreh, mereka datang tolak (tebang) semua tanaman kami, saya percaya semua ini berlaku selepas kerajaan negeri berkompromi dengan bangsa asing, golongan ini terlebih dahulu 'jolok' wakil rakyat dan tok lebai Pas sebelum ini berlaku," katanya ketika ditemui selepas himpunan tersebut.



Wednesday, 30 January 2013

Husam Musa Panas Hati Dengan Siapa Ni !!!



RM300,000 diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pasir Puteh sedangkan PAS Kelantan pula mencekik mereka. Itulah yang telah berlaku.

Pada tahun 1981, Kerajaan Barisan Nasional Kelantan telah memberikan sebuah tanah kosong di Bandar Pasir Puteh, Kelantan untuk pemandu kereta sewa menjadikan stesen mereka. 

Tapak itu diberikan percuma dengan janji bahawa mereka boleh menggunakan tapak tersebut selagi mereka mahu. 

Tetapi apabila PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan, sewaan telah mula dikenakan ke atas persatuan tersebut. PM Najib Razak melawat tapak stesen kereta sewa Pasir Puteh, Julai 2011. 

Penolong Pengurus Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuantan mengesahkan bahawa PKINK telah mengenakan sewa ke atas persatuan itu. 

Ismail Shauqi Ibrahim yang menjadi saksi kepada YB Dato’ Husam dalam kes saman fitnah ke atas pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, memberitahu mahkamah pada 19 Disember 2012 bahawa sewaan telah dikenakan. 

Kemudian PKINK telah menjual tanah itu kepada pemandu kereta sewa dengan harga RM150,000.00. Pada 2 Julai 2011, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Razak telah melawat tapak tersebut. 

Wakil persatuan kereta sewa telah mengadu kepada PM mengenai status tanah tersebut. Menurut pemandu kereta sewa mereka telah memohon untuk membeli tanah tersebut pada harga RM100,000 bagaimanapun PKINK enggan menjualnya dengan alasan PKINK mahu tanah itu dijual pada harga pasaran iaitu RM150,000 seperti yang dinilai agensi Kerajaan Negeri tersebut.

Akibatnya persatuan merasa terancam dan akan kehilangan tanah tersebut bila PKINK turut mempertimbangkan beberapa tawaran dari pihak lain. 

Risau dengan ura-ura bahawa akan kehilangan tapak tersebut kepada tauke cina, mereka telah meminta bantuan Perdana Menteri.

Perdana Menteri telah berjanji untuk membela nasib pemandu-pemandu kereta sewa itu dan Syed Azidi kemudiannya mengenengahkan isu tersebut. 

Dato’ Husam Musa, Exco Kerajaan PAS Kelantan telah bertindak menyelar PM dan Syed Azidi ini. Husam juga mendakwa PM telah diberi maklumat yang salah.

Isu ini adalah antara kandungan saman Husam. Setelah dua bulan menyampaikan kegusaran kepada PM, isu itu selesai setelah peruntukan diluluskan oleh PM sebanyak RM300,000. 

Ianya bertujuan untuk membayar harga tapak itu sebanyak RM150,000 setelah PKINK enggan berganjak dengan harga yang telah mereka tetapkan. 

Bakinya pula adalah untuk membina bangunan stesen kereta sewa di situ. Pada 2012 tanah itu telah menjadi milik persatuan secara rasmi.

Inilah kerajaan berkebajikan PAS Kelantan. Pimpinan DAP Perak dan tauke-tauke dari luar Kelantan mendapat berpuluh-puluh ribu ekar. 

Di dalam kes Ladang Rakyat, lebih 79 ribu ekar dipajak kepada tauke-tauke. Tetapi di dalam kes pemandu-pemandu kereta sewa, RM50,000 pun PAS berkira.


Thursday, 24 January 2013

HUSAM MUSA Harus berhenti menipu !!!



Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan, Husam Musa nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN). 

Menurut Husam, pengumuman tersebut dilihat sengaja meniru projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan terutama melibatkan pembinaan lebuhraya dan stadium baru. 

"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian. 

Rupanya Husam agak tersinggung dan tentunya resah bila mana janji manisnya yang ditaburi kepada rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kuala krai dan Kota Bharu serta sebuah stadium baru telah 'diciplak' oleh BN. 

Tapi bagi majoriti rakyat negeri ini rata-ratanya tidak pernah ambil serius pun dengan janji pembangunan yang ditaburi Husam dan parti PAS yang didukungnya itu, apatah lagi selama ini khalayak sudah semakin sedar antara janji dicapati oleh PAS bila dibandingkan dengan janji oleh BN, banyak jurang bezanya. 

BN yang sudah sekian lama terkenal dengan reputasi menepati janji tentunya lebih diyakini kredibilitinya di mata rakyat. 

Lebih-lebih lagi selama ini pun sudah terlalu banyak banyak yang mengarut ditabur oleh PAS dari hal lebuhraya, stadium, keretapi laju, kompleks petrokimia, jambatan palekbang, Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra dan bermacam lagi janji politik lain yang kesemuanya hanya gah semasa perlancaran namun sampai sekarang tiada satu pun yang menjadi realiti. 

Sebaliknya dalam isu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra, Kerajaan Pusat pimpinan BN pula yang terpaksa mengambil alih pembinaannya disebabkan ketidakmampuan Kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkannya. 




Member BSK