Jumlah Pengunjung

Showing posts with label husam musa. Show all posts
Showing posts with label husam musa. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

WAJIB BACA... PEMIMPIN DAN AHLI PAS TUTOH AMOI PUTIH MELEPAK ???



Jahanam lagi PAS ...

Naib Presiden PAS Husam Musa menganggap dirinya sebagai "separuh ustaz" dan menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama tidak ada halangan untuk calon bukan ulama dipilih menjadi timbalan presiden parti.


Husam berkata sungguhpun beliau sering dikaitkan sebagai calon golongan profesional, beliau tidak melihat keperluan untuk meletakkan pemimpin parti dalam kategori berbeza-beza.


ADUN Salor itu menegaskan polemik ulama dan profesional dalam PAS perlu dihentikan kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan serta kepercayaan umum kepada PAS.


Beliau menyifatkan polemik berkenaan sebagai permainan politik yang sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan PAS.


Polemik berhubung isu golongan profesional dan ulama dalam PAS hangat diperkatakan khususnya di alam siber menjelang pemilihan parti November depan.

BACA LAGI DISINI...


Friday, 14 June 2013

HUSAM MUSA MULA MAKI HAMUN PEMIMPIN PAS !!! Apa hal ni...



Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
 
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"Pada saya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN), saya kena berterus terang di sini. Bayangkan kalau kita tidak kuat kita dianggap angkuh membelakangkan saudara-saudara kita, kalau dalam perang saudara-saudara kita berlumuran darah hasil penipuan tapi kita berdiam diri kerana memang kita pengkhianat.

"Kita harus mencetuskan perubahan politik dalam negara, jangan kerana kita baru menang kerusi Parlimen, mentadbir negeri, kita lupa kepada asal-usul perjuangan kita.

"Kita ada wakil rakyat, dia kayuh basikal siang malam, Parlimen akan bersidang kita nak tengok Ahli Parlimen kita daripada Pas dia kayuh basikal dalam Parlimen nanti, kalau luar Parlimen dia boleh kayuh bukan main hebat, dalam Parlimen kita nak tengok, anda semua akan disaksikan oleh rakyat.

"Kalau pemimpin kita tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin kita dahulu. Kalau kita berjaya menghimpun orang Cina sehingga berpuluh ribu tetapi pemimpin kita pula tidak ada, ini adalah satu pengkhianatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Perhimpunan tersebut yang diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini, turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Himpunan itu yang ditunjangi Anwar bukan sahaja mendapat kritikan daripada rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin Pas terutama Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang lantang menentangnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat melalui laman facebook pada 20 Mei lalu menganggap himpunan itu sebagai perbuatan yang 'gopoh', justeru mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengakui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu dimenangi oleh BN dan kekalahan kepada pakatan pembangkang telah ditakdirkan Allah.

Selain itu, dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Anwar.

Selain Nik Abduh, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam kenyataannya turut meminta rakyat menolak sebarang perhimpunan haram sekiranya didapati boleh membawa masalah, kemusnahan serta mencetuskan huru-hara kepada negara.





Friday, 10 May 2013

SEBENARNYA SULTAN KELANTAN PECAT NIK AZIZ ???



-PADANLAH MARAH SANGAT SAMPAI NAK MELUDAH MUKA ORANG, RUPANYA MURSYIDUR AM PAS NI DIPECAT SEBENARNYA, DAH, DAH, DAH, TUHE TAK SUKE ORE MARAH-MARAH NI! SELAMAT -AHEMM-"BERSARA" POK NIK! KEKEKE!!!-

Sumber dalaman PAS di Kelantan yang mengatakan Nik Aziz sekarang ni tengah kecewa teruk sebab tak dapat sambung jadi MB Kelantan hingga hujung nyawa.

Tak dapat sambung jadi MB Kelantan satu hal..Calon pilihannya pun kena reject juga...

Khabarnya Nik Aziz memang berhasrat nak menjadi MB Kelantan satu penggal lagi dan kemudiannya menyerahkan jawatan tersebut kepada Husam, itupun kalau semuanya okay, kalau tak okay, jawatan tersebut akan diserahkan pada Husam seperti yang dijanjikan.
Tapi, ingatkan cerah hingga ke petang...rupa-rupanya hujan di tengah hari. Segala perancangan Nik Aziz hancur berderai. Nik Aziz dipaksa bersara awal dan kerana dilihat menjadi ejen kepada pepecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. 

Jadi tidak hairanlah mengapa penyokong Husam mengamuk sakan, menuntut penjelasan dan Nik Aziz hanya mampu menjawab, "itu bukan kerja saya"...

Patut la kenyataan Nik Aziz sampai sanggup nak meludah muka orang, rupa-rupa marah sangat setelah dicop menjadi ejen kepada pepecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia.



Sunday, 28 April 2013

HUSAM MUSA RELA LUDAH MUKA IBU KANDUNG ???






Husam dikatakan membuat kenyataan biadap pada satu ceramah di Putrajaya semalam mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.



  • kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu dan wajib diambil tindakan tegas supaya tidak sewenang-wenangnya mencari keuntungan Politik dengan menabur fitnah melampau
  • Beliau sepatut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.
  1. Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam yang dilakukan oleh dua individu bermotosikal
  2. Pakatan Pembangkang  tidak sepatutnya mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.
  3. Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.
  4. Undilah BN demi kestabilan serta keamanan Negara jangan gadaikan keamanan Negara serta terpedaya dengan dakyah politik Pakatan Pembangkang yang cuba memecahbelahkan serta menghasut Rakyat supaya membenci Kerajaan.



Saturday, 20 April 2013

HUSAM MUSA MUNGKIR JANJI PADA UMAT ISLAM !!!





Mesti ramai yang rasa Dato’ Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya. Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan akan bertanding di Putrajaya. Perkara ini dianggap sebagai satu simbol keberanian PAS kerana mencabar BN di pusat pemerintahan negara.

Tetapi, jangan kita lupa bahawa setiap calon veteran yang bertanding akan dinilai melalui 'track record'. Setiap perkara yang dilakukan calon akan dinilai di saat menjelang kepada pilihan raya. 

Ianya umpama semakan report card rakyat kepada mereka yang bertanding. Jadi, cuba semak semula apa kejayaan dan khidmat yang telah dicurahkan beliau di Kelantan. 

Nampaknya, beliau sama sahaja dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain. Sebab janji hanya tinggal janji, janji pembangkang tak mungkin ditepati.  Tindakan yang ingin bertanding di Putrajaya dilihat sebagai melarikan diri setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan.

Sudah semestinya ini bakal meninggalkan rasa kecewa rakyat Kelantan. Mana tak nya, sudah berjanji, tidak dilaksanakan. Rakyat sudah semestinya mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka kerana percaya beliau akan berkhidmat untuk masyarakat. 

Tetapi inilah resam pembangkang, menabur janji untuk meraih undi. Bukan berjanji untuk ditepati. Jadi, macam mana pula gayanya jika beliau ke Putrajaya. Jangan mudah percaya kepada janji-janji semudah itu. 

Kaji semula adakah ianya relevan untuk dilaksanakan. Ini sebagai langkah awal untuk berjaga-jaga dari kecewa. Apa yang kita nampak, Husam ingin mencuba nasib di Putrajaya dengan strategi baru. 

Ekoran sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan, beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah atau menetap di Putrajaya. 

Tetapi, apa yang kita pasti, rakyat sudah bijak menilai. Sama-sama kita berfikir sebelum buat keputusan agar tidak kecewa di kemudian hari. 




Saturday, 6 April 2013

NYAWA HUSAM MUSA DI HUJUNG TANDUK !!! 5 Individu telah muncul...




Husam Musa yang gila menyaman orang lain, khususnya blogger, kini bakal berhadapan dengan lima saman daripada individu berprofil tinggi kerana melakukan fitnah. Antara yang akan menyamannya adalah Dato' Seri Mustapha Mohammad serta seorang bekas pemimpin tertinggi PAS.

Seperti yang diketahui dan dimaklumi oleh semua orang, nama Husam Musa berada dalam senarai calon-calon PAS Kelantan untuk bertanding dalam PRU-13. Walaupun sebelum ini, diberitakan yang Husam Musa bercita-cita untuk bertanding di Putrajaya, namun berdasarkan kepada senario, Husam Musa tidak akan berani keluar dari sarangnya.

Bahkan, keberanian Husam Musa juga sebenarnya sedang tercalar dengan teruk sehinggakan dia perlu menyaman mana-mana blogger pro-UMNO yang dirasakannya menggugat kredibilitinya.

Pun begitu, Husam Musa akan melahirkan perasaan gundah-gulananya apabila kes samannya dibawa keluar dari Kota Bharu dan hakim yang digemarinya, ditukarkan kepada hakim lain!


Husam Musa tidak pernah berhadapan dengan realiti semasa. Sebaliknya dia lebih banyak syok sendiri dan berasakan orang lain semua akan terpedaya dengan tipu helah dan kenyataannya.

Hanya kerana sekeping gambar yang menunjukkan dia berjalan bersama-sama seorang wanita Cina yang dikatakannya sebagai PENTERJEMAH, Husam Musa cuba menunjukkan bahawa gambar-gambar berkenaan sebagai fitnah.

Fitnahkah atau sebenarnya Husam Musa cuba nak tutup mulut dan cerita tentang AMOI berbaju merah itu tidak lagi diperkatakan oleh sesiapa pun kerana ADA RAHSIA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN?

TERLALU BANYAK PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN yang telah dilakukan oleh Husam Musa kepada rakyat Kelantan. Kalaulah Husam Musa itu seorang pemimpin UMNO, barangkali sekarang ini UMNO telah dikaitkan dengan pembohongan dan pendustaan oleh para pengikut PAS. Malangnya, Husam Musa adalah pemimpin dan ahli PAS. Justeru, para pengikut PAS yang lain, cuba menutup mulut daripada bercerita tentang pembohongan dan pendustaan Husam Musa yang telah menjadi darah dagingnya, sebagaimana dia menyebat duit rakyat Kelantan yang kemudian 'diamanahkan' kepada orang lain untuk menjaganya, sedangkan dia sendiri kelihatan seperti seorang yang 'bersih'.

Apa projek di bawah Husam Musa yang berjalan lancar atau disiapkan?

LANGSUNG TIDAK ADA!

Kerana itulah, Husam Musa beria-ia nak menyaman sesiapa sahaja yang bercakap tentangnya dan penipuan-penipuan yang dilakukannya.

Nah, sekarang giliran dia pula berhadapan dengan saman.

Diharapkan Mustapha Mohammad tidak sekadar menerima permohonan maafnya tetapi menuntut agar Husam Musa membayar lebih dari RM100 juta. Tidak perlu risau kerana KEKAYAAN KELANTAN YANG ADA DALAM SIMPANAN HUSAM MUSA, bernilai lebih tinggi dari itu. Sesiapa pun yang menyaman Husam Musa dengan nilai tinggi, Husam Musa tidak akan hairan sama sekali!!!


Tuesday, 19 February 2013

HUSAM MUSA BANGSATKAN diri Sendiri Di Hadapan TAIB MAHMUD !!!


Cerita Yang baru  aku terima, Husam Musa perhi ke Sarawak untuk bermesyuarat dengan Taib Mahmud. Apa tujuan dia kesana sampai sanggup bermesyuarat dengan Kerajaan BARISAN NASIONAL Sarawak,  berani sungguh Husam Musa ni, khabarnya mesyuarat tidak berkisar tentang politik, tapi apa cerita sebenarnya ? Nak Tahu cerita penuh (KLIK SINI)





Monday, 4 February 2013

Makin Teruk Husam Musa Pening Sekarang ni !!!



Hari ni dah setengah bulan dah Si Husam ni tak menjawab soalan yang diberikan berkaitan dengan dana kutipan derma untuk membina Lebuh Raya Kuala Krai - Kota Bharu.

Rasanya dah cukup jelas bahawa Si Husam tu memang tak mampu nak memperjelaskan perkara tersebut kepada rakyat secara terperinci.

Mungkin sebab itulah dia asyik nak lari dari tajuk. Asyik timbulkan isu yang bukan - bukan untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan tersebut.

Sekarang pun, Si Husam ni dah semakin pening nak menjawab isu - isu baru yang dibangkitkan. Jadi, memang tak de harapan la nampaknya rakyat nak tau ke mana pergi duit derma diorang sebelum ni. Jangan lesap jugak sudah la!!!
TUMPAT - Lebih 2,000 penduduk daerah ini menyertai demonstrasi aman, Himpunan Selamatkan Bumi Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di bulatan Pasir Pekan di sini hari ini. 
Himpunan yang diketuai Presiden MTRK, Azmi Ali itu diadakan bagi membantah salah guna kuasa dan penyelewengan Kerajaan Pas Kelantan dalam isu pengambilan tanah dan penjelasan oleh bekas-bekas pemilik tanah yang dirampas di Gua Musang, Kuala Krai, Jeli serta Pasir Pekan di sini. 
Dalam perhimpunan tersebut, tiga individu dari kawasan Hulu Kelantan yang mendakwa tanah mereka dirampas oleh kerajaan negeri turut menyampaikan ucapan. 
Mereka menyeru rakyat Kelantan ini supaya menolak Pas dalam pilihan raya umum nanti sekiranya mahu memastikan tanah di negeri ini tidak bertukar tangan kepada orang luar. 
Wakil penduduk dari Relai, Gua Musang, Mohd. Zaid Awang, 51, berkata, beliau bersama 120 penduduk meneroka tanah tersebut sejak tahun 1998 tetapi hilang begitu sahaja selepas ia diserahkan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan. 
"Saya tidak tahu sama ada tanah ini untuk dibangunkan sebagai Ladang Rakyat atau ladang komersial tetapi apa yang penting tanah ini diambil seolah-olah tidak ada had walaupun kami sudah menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan. 
"Kami hanya mengambil seorang enam ekar tanah sahaja kerana tidak ada duit untuk membayar premium, kami teroka tanah ini disebabkan 'ulama itu' kata sekali cangkul tanah di negeri ini ia akan menjadi hak kamu tetapi apa yang berlaku sebaliknya, ulama ini tidak tahu suka duka kami berkejar dengan gajah dan harimau, orang Kota Bharu dan seluruh negeri ini kena ambil perhatian kalau sayangkan negeri kita. 
"Dulu kerajaan negeri kata bekas askar boleh teroka tanah tetapi selepas tujuh tahun kami menanam getah dan tiga bulan menoreh, mereka datang tolak (tebang) semua tanaman kami, saya percaya semua ini berlaku selepas kerajaan negeri berkompromi dengan bangsa asing, golongan ini terlebih dahulu 'jolok' wakil rakyat dan tok lebai Pas sebelum ini berlaku," katanya ketika ditemui selepas himpunan tersebut.



Wednesday, 30 January 2013

Husam Musa Panas Hati Dengan Siapa Ni !!!



RM300,000 diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada Persatuan Pemandu Kereta Sewa Pasir Puteh sedangkan PAS Kelantan pula mencekik mereka. Itulah yang telah berlaku.

Pada tahun 1981, Kerajaan Barisan Nasional Kelantan telah memberikan sebuah tanah kosong di Bandar Pasir Puteh, Kelantan untuk pemandu kereta sewa menjadikan stesen mereka. 

Tapak itu diberikan percuma dengan janji bahawa mereka boleh menggunakan tapak tersebut selagi mereka mahu. 

Tetapi apabila PAS mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan, sewaan telah mula dikenakan ke atas persatuan tersebut. PM Najib Razak melawat tapak stesen kereta sewa Pasir Puteh, Julai 2011. 

Penolong Pengurus Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuantan mengesahkan bahawa PKINK telah mengenakan sewa ke atas persatuan itu. 

Ismail Shauqi Ibrahim yang menjadi saksi kepada YB Dato’ Husam dalam kes saman fitnah ke atas pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, memberitahu mahkamah pada 19 Disember 2012 bahawa sewaan telah dikenakan. 

Kemudian PKINK telah menjual tanah itu kepada pemandu kereta sewa dengan harga RM150,000.00. Pada 2 Julai 2011, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Razak telah melawat tapak tersebut. 

Wakil persatuan kereta sewa telah mengadu kepada PM mengenai status tanah tersebut. Menurut pemandu kereta sewa mereka telah memohon untuk membeli tanah tersebut pada harga RM100,000 bagaimanapun PKINK enggan menjualnya dengan alasan PKINK mahu tanah itu dijual pada harga pasaran iaitu RM150,000 seperti yang dinilai agensi Kerajaan Negeri tersebut.

Akibatnya persatuan merasa terancam dan akan kehilangan tanah tersebut bila PKINK turut mempertimbangkan beberapa tawaran dari pihak lain. 

Risau dengan ura-ura bahawa akan kehilangan tapak tersebut kepada tauke cina, mereka telah meminta bantuan Perdana Menteri.

Perdana Menteri telah berjanji untuk membela nasib pemandu-pemandu kereta sewa itu dan Syed Azidi kemudiannya mengenengahkan isu tersebut. 

Dato’ Husam Musa, Exco Kerajaan PAS Kelantan telah bertindak menyelar PM dan Syed Azidi ini. Husam juga mendakwa PM telah diberi maklumat yang salah.

Isu ini adalah antara kandungan saman Husam. Setelah dua bulan menyampaikan kegusaran kepada PM, isu itu selesai setelah peruntukan diluluskan oleh PM sebanyak RM300,000. 

Ianya bertujuan untuk membayar harga tapak itu sebanyak RM150,000 setelah PKINK enggan berganjak dengan harga yang telah mereka tetapkan. 

Bakinya pula adalah untuk membina bangunan stesen kereta sewa di situ. Pada 2012 tanah itu telah menjadi milik persatuan secara rasmi.

Inilah kerajaan berkebajikan PAS Kelantan. Pimpinan DAP Perak dan tauke-tauke dari luar Kelantan mendapat berpuluh-puluh ribu ekar. 

Di dalam kes Ladang Rakyat, lebih 79 ribu ekar dipajak kepada tauke-tauke. Tetapi di dalam kes pemandu-pemandu kereta sewa, RM50,000 pun PAS berkira.


Thursday, 24 January 2013

HUSAM MUSA Harus berhenti menipu !!!



Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan, Husam Musa nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN). 

Menurut Husam, pengumuman tersebut dilihat sengaja meniru projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan terutama melibatkan pembinaan lebuhraya dan stadium baru. 

"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian. 

Rupanya Husam agak tersinggung dan tentunya resah bila mana janji manisnya yang ditaburi kepada rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kuala krai dan Kota Bharu serta sebuah stadium baru telah 'diciplak' oleh BN. 

Tapi bagi majoriti rakyat negeri ini rata-ratanya tidak pernah ambil serius pun dengan janji pembangunan yang ditaburi Husam dan parti PAS yang didukungnya itu, apatah lagi selama ini khalayak sudah semakin sedar antara janji dicapati oleh PAS bila dibandingkan dengan janji oleh BN, banyak jurang bezanya. 

BN yang sudah sekian lama terkenal dengan reputasi menepati janji tentunya lebih diyakini kredibilitinya di mata rakyat. 

Lebih-lebih lagi selama ini pun sudah terlalu banyak banyak yang mengarut ditabur oleh PAS dari hal lebuhraya, stadium, keretapi laju, kompleks petrokimia, jambatan palekbang, Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra dan bermacam lagi janji politik lain yang kesemuanya hanya gah semasa perlancaran namun sampai sekarang tiada satu pun yang menjadi realiti. 

Sebaliknya dalam isu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra, Kerajaan Pusat pimpinan BN pula yang terpaksa mengambil alih pembinaannya disebabkan ketidakmampuan Kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkannya. 




Member BSK