Tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin memotong barisan"
anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.
"Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun...hanya menelan air liur kerana ada pemimpin short cut yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.
"Mereka tengok agaknya berniaga tak bagus, mungkin juga mereka suka berceramah atau mungkin ada perkara yang mereka tidak persetujui (ketika berkhidmat dalam kerajaan), jadi mereka fikir kalau aku masuk parti pembangkang ada peluang jadi calon agaknya," katanya.
Bagaimanapun, katanya tindakan golongan berkenaan tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) kerana mereka adalah suara minoriti. - BERNAMA
Aku memang benci jenis manusia yang suka memutar belit fakta khususnya manusia-manusia keparat dalam Pakatan Rakyat termasuk Anwar dan Rafizi Jambu. Terbaru Rafizi Jambu menafikan Pakatan Rakyat akan mengecilkan saiz sektor awam negara. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini membidas tuduhan perdana menteri yang mendakwa salah satu fokus manifesto Pakatan Rakyat (PR) mahu mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai "politik murahan.". Adeeh! Muka penipu ni suka spin dan putar belit fakta sebenar. Sudah menjadi tugas Rafizi Jambu ni untuk menipu rakyat dan memutar belitkan fakta. Nama pun "Pengarah Strategi". Hanya mencari strategi untuk memenangi isu walaupun apa cara pun waima terpaksa menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar dengan hujah-hujah palsu dan direka-reka. Mudah je kerja dia ni..
Jika Rafizi Jambu ni anak jantan sila singkap balik apa yang Tony Puaka ni cakap dalam akhbar SinChew Daily yang menyebut " Jika Pakatan Rakyat memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun ikut peringkat". Ini apa? Ingat ke tak?
Lagi satu artikel yang kawan aku kutip dari Blog Anwar Ibrahim dan JalanTelawi menyebut "satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini.....". Habis tu, ini apa? BODOH!!! Ingat mudah aje ke lu orang nak menipu rakyat! Hakk...tuiii..!!!
Hari ini penjawat awam berpeluang mendengar amanat YAB Perdana Menteri di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13.
Dengar cerita Kerajaan akan umumkan beberapa insentif untuk menambah baik perkhidmatan awam termasuk kenaikkan gaji beberapa skim serta mengemaskini elaun-elaun untuk penjawat awam.
Bila dapat kerajaan baik dan bertanggungjawab seperti yang ada sekarang, aku cuma terfikir, apa yang berlaku kepada penjawat awam jika puak sebelah sana memerintah.
Jom kita tengok kenyataan pemimpin mereka sebelum berkuasa.
Kenyataan Nurul Izzah supaya bilangan polis tidak perlu ditambah.
Ini pula kenyataan Tony Pua dalam akhbar Cina.
Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)
Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee
‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri Chinakurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk“ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Jadi kepada penjawat awam atau ahli keluarga penjawat awam, adakah anda setuju dengan cadangan pembangkang (yang belum lagi jadi Kerajaan) atau Kerajaan sedia ada yang terbukti prihatin?
Untuk penjawat awam yang mahu mendengar amanat YAB Perdana Menteri, bolehlah menontonnya secara langsung di www.rtm.gov.my/tv1/
*Undi anda akan menentukan masa depan keluarga anda. Fikir-fikirkanlah.