Jumlah Pengunjung

Showing posts with label rafizi ramli. Show all posts
Showing posts with label rafizi ramli. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

RAFIZI RAMLI Mengaku Buat Kerja BODOH !!!




Rafizi Ramli dan para pecacai cuba menimbulkan persepsi bahawa blogger Papagomo adalah Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, bekas anggota polis yang dikatakan terlibat dalam satu kes SPRM. Wajah seorang lelaki dikatakan sebagai Papagomo menghiasi laman blog, portal dan Facebook mereka. Isu yang ditimbulkan oleh Papagomo iaitu perangai hodoh Anwar Ibrahim, cuba ditutup dengan cerita masalah peribadi Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.
Dan menariknya, Rafizi Ramli serta para pecacai Pakatan Rakyat cuba memberikan gambaran seburuk-buruknya tentang Papagomo dan Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang mereka katakan, orang yang sama.
Isu sebenar iaitu KEGHAIRAHAN SI KOTE BENGKOK terhadap jantan-jantan muda jambu, cuba dihilangkan dengan cerita Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli, pengesahan berhubung identiti lelaki yang menyerupai Anwar Ibrahim dalam klip video yang dikeluarkan oleh Papagomo, telah pun dibuat. Di sebalik alasan dan dalih para pecacai kononnya, lelaki tersebut bukannya Anwar Ibrahim dan pembuatan klip video tersebut menggunakan khidmat pelakon yang menyerupai Anwar Ibrahim, Pengarah Strategik PKR itu pula mengesahkan bahawa lelaki tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Dan menariknya, Anwar Ibrahim di dalam klip video tersebut digambarkan sebagai seorang pemimpin yang amat mesra dengan anak-anak  muda sehingga membahasakan diri 'I, YOU, I, YOU'. Rafizi Ramli cuba memberikan gambaran kononnya, klip video tersebut sekadar perbualan biasa di dalam sebuah bilik hotel tanpa mahu mengulas apa sebenarnya yang berlaku di hujung penggambaran atau klip video tersebut kerana beranggapan klip video itu berhenti setakat itu sahaja.

Untuk menghilangkan keraguan para penyokong, Rafizi Ramli bersama-sama para pecacai Pakatan yang kerja mereka memang membesar-besarkan isu, melancarkan serangan peribadi kepada Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang telah dicop sebagai PAPAGOMO.
Dan untuk menambahkan lagi menariknya cerita tentang Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, Rafizi Ramli cuba mengelirukan orang ramai menerusi 'pendedahan' yang sebenarnya mendedahkan kebangangan, kebodohan dan kelam-kabutnya dia dalam usaha membela Anwar Ibrahim.

Anda perhatikan kebodohan ketara Rafizi Ramli menerusi gambar di atas apabila butiran dua orang lelaki bernama Wan Muhammad Azri dan Wan Muhd Azri yang mempunyai tarikh lahir berbeza dan nombor kad pengenalan yang juga berbeza.
Apakah dalam dunia ini, hanya ada seorang Wan Muhammad Azri atau Wan Muhd Azri? Apakah Rafizi Ramli cukup yakin di dalam dunia ini hanya dia seorang bernama Rafizi yang berbinkan Ramli?

Konon-kononnya nak bunuh dua burung dengan seketul batu, tetapi semakin mengesahkan, Rafizi Ramli memang sebengap-bengap manusia yang kerjanya tidak lain hanyalah untuk menjilat jubur Anwar Ibrahim.
Besarkan gambar di atas untuk melihat sendiri kepastian tentang kebodohan Rafizi Ramli!!!



Tuesday, 12 March 2013

TERKINI... RAMAI KAKITANGAN AWAM Akan Di Buang Dari KERJA !!!


Aku memang benci jenis manusia yang suka memutar belit fakta khususnya manusia-manusia keparat dalam Pakatan Rakyat termasuk Anwar dan Rafizi Jambu. Terbaru Rafizi Jambu menafikan Pakatan Rakyat akan mengecilkan saiz sektor awam negara. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini membidas tuduhan perdana menteri yang mendakwa salah satu fokus manifesto Pakatan Rakyat (PR) mahu mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai "politik murahan.". Adeeh! Muka penipu ni suka spin dan putar belit fakta sebenar. Sudah menjadi tugas Rafizi Jambu ni untuk menipu rakyat dan memutar belitkan fakta. Nama pun "Pengarah Strategi". Hanya mencari strategi untuk memenangi isu walaupun apa cara pun waima terpaksa menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar dengan hujah-hujah palsu dan direka-reka. Mudah je kerja dia ni..


Jika Rafizi Jambu ni anak jantan sila singkap balik apa yang Tony Puaka ni cakap dalam akhbar SinChew Daily yang menyebut " Jika Pakatan Rakyat memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun ikut peringkat". Ini apa? Ingat ke tak?



Lagi satu artikel yang kawan aku kutip dari Blog Anwar Ibrahim dan JalanTelawi menyebut "satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini.....". Habis tu, ini apa? BODOH!!! Ingat mudah aje ke lu orang nak menipu rakyat! Hakk...tuiii..!!!





Monday, 28 January 2013

Rafizi Ramli Mabuk Selepas Minta Maaf !!!




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan laporan beberapa media sosial mendakwa beliau telah memohon maaf kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sambil menegaskan akaunnya digodam.
Sebaliknya, tegas Rafizi, seperti yang dikatakan dan dilaporkan media sebelum ini, beliau akan menghadapi saman fitnah dibawa oleh Zahid Jumaat lalu.

"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.

"Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salah guna dana Angkatan Tentera Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media lewat petang ini.

Rafizi berkata, "kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat."
Katanya, apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.
"Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan (PKR)."
Rafizi berkata, beliau mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh 'cybertrooper' Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah.

"Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Datuk Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah," katanya lagi.
Semalam, Rafizi memberitahu Sinar Harian Online bahawa beliau sudah bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru, yang  difailkan oleh Zahid, seperti dua kes sebelum ini.
"Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata beliau.
"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.
Laporan media kelmarin menyebut Zahid yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog.
Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman
Internet.

Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan beliau dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.

Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kini berhadapan dengan kes saman fitnah dibawa Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan skandal NFC.
Rafizi juga menghadapi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.



Member BSK