Jumlah Pengunjung

Showing posts with label x. Show all posts
Showing posts with label x. Show all posts

Sunday, 10 February 2013

Anwar Ibrahim Sedang Main Dengan Siapa Sekarang ???





Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.

Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.

Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.

Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung.

Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha.

Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.

Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO.

Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu.

Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.

Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah.

Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia.

BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan.

Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya.

Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.

Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad.

Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim.

Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut.

Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.

Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.

Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee.

Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan.

Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.

Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13.



Hobi Isteri Lim Guan Eng Lawat Laman LUCAH !!!



Makin dekat dengan pilihan raya makin banyak timbul perangai-perangai pelik yang ada di kalangan pemimpin Pakatan Haprak.Malah sudah ada yang menjual agama sendiri demi mendapatkan sokongan dunia.Itu belum masuk bab pecat rakan seperjuangan hanya kerana melakukan dakwah secara profesional contohnya Nasharudin.

Dalam pada tu timbul pula pemimpin yang kini tersepit dan takut dengan bayang-bayang sendiri yang sampaikan majlis orang pun dia buat macam majlis dia.Lagi memalukan sebelum tu bukan main tapi tiba-tiba boleh setuju pula siap nak mai sekali.Apa punya haprakkkk pemimpin macam ni.....

Yang lagi sorang pula tok sah ceritalah dok berkira-kira dah bangku dengan meja apa nak pakai nanti , maklumlah dia kata orang nak lantik dia jadi perdana menteri kihkihkih malaun sekor tu tak habis-habis berangan.

Kadang-kadang bila di fikirkan balik puak-puak ni kalau himpun semua sekali boleh buat sarkas pusing seluruh negara..mesti laku punyalah..

Namun dalam kita dok bercakap bab perangai-perangai pelik pemimpin Pakatan Haprak ni tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita yang menyatakan isteri seorang pemimpin Pakatan Haprak turut mempunyai perangai pelik.

Apa yang peliknya ? kalau nak diikutkan tu , tak lah berapa pelik tapi sebab isteri seorang pemimpin ni kalau bab lucah pun ambik kira lepas tu siap LIKE page lagi kira kalut laa..


nak bukti lagi best KLIK KT SINI

Thursday, 7 February 2013

YB Pembangkang Kantoi Simpan Gambar Lucah Isteri Dalam Handfone !!!



YB Mohd Ariffin Abdullah adalah YB yang sering menjadi topik pembangkang yang sememangnya suka menangguk di air keruh.Beberapa kali beliau menjadi sasaran putar belit yang di buat oleh PAS.

Mengambil isu rumah kotak yang diutarakan oleh Buletin online, Angin melihat betapa buruknya sikap manusia yang cuba membesarkan perkara tersebut tanpa memberikan fakta yangsebenar (kisah ini akan Angin ceritakan dalam artikel yang akan datang)

Selepas isu rumah kotak, sekali lagi YB Zakaria atau lebih mesti dengan panggilan Pak Ya menjadi bahan serangan apabila kes tuntutan cerai dibuat oleh isteri kedua beliau yang di panggil Kak Mas (sila rujuk video kak mas dalam youtube).

Kak Mas membuat tuntutan cerai di mahkamah alasan Pak Ya tidak menjaga  air muka keluarga mereka. Yang menyedihkan Kak Mas menyatakan bagaimana beliau melihat handphone PakYa dan melihat kemaluan seorang perempuan. dan apabila ditanya kepada Pak Ya, Pak Ya mengaku bahawa itu adalah isteri beliau.

Perihal kemaluan di dalam handphone telah menjadi bahan perbualan di dalam fb dan lain-lain. Ianya begitu diperbesarkan seolah-olah Pak Ya telah melakukan kesalahan besar.

Angin ini bertanya sekali lagi... Gambar itu gambar siapa?? jawapannya...gambar seorang isteri yang sah kepada suaminya. 

Persoalan yang ingin Angin timbulkan kenapa dibuat seolah-olah satu kesalahan melihat "barang" kepunyaan isteri yang halal di sisi ALLAH?? Gambar itu pula hanya dilihat oleh isteri kedua dan suaminya. Tidak dilihat oleh orang lain termasuk orang-orang yang bawa perkara ini ke FB.  Orang-orang ini, mungkin pernah melihat sendiri video-video pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim dengan China Doll atau perbualan antara Mat Sabu dengan isteri orang atau Badrol Amin yang ditangkap khalwat bersama isteri orang di dalam bilik di sebuah hotel di awal pagi. Semua itu perbuatan HARAM!!!

Sebaliknya mereka menyatakan bahawa mereka tidak percaya kepada video-video tersebut yang dianggap besi karat. Inilah sebenarnya sifat manusia yang tidak nampak gajah dihadapan mata tapi melihat kuman diseberang laut.

Apa salahnya Pak Ya sebenarnya? Bukankah Pak Ya boleh berkahwin 4 sekiranya Pak Ya mampu?? Dengki ke Pak Ya dapat nikah dengan kakak kepada penyanyi rock terkenal Ella??

Angin : kadang-kadang heran jugak.. apabla kena ke puok dia, bukan main dia kata tak baik buruk-burukkan orang, tak baik buka aib orang. Kena ke dia plak,  bukan main dia perbesar-besarkan kisah rumah tangga orang. macam kawan angin kata, yang halal dia bising yang buat perkara haram dia nok susuk bawah karpet. Kepada Pak Ya teruskan perjuangan membela rakyat kerana Pak Ya tidak melakukan perkara yang boleh memesongkan akidah atau berdosa di sisiNya.





Member BSK