Jumlah Pengunjung

Showing posts with label perempuan kena pukul. Show all posts
Showing posts with label perempuan kena pukul. Show all posts

Friday, 16 August 2013

LAGI PEREMPUAN KENA BELASAH DENGAN TUKUL BESI OLEH TEMAN LELAKI YANG AMAT DI SAYANGI SELAMA-LAMANYA !!! HAHAHA.... PUIIIII.....



SEREMBAN 15 Ogos - Seorang peniaga yang menjual kepak ayam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya dengan tukul besi, setelah perbuatannya itu tersebar luas di laman sosial di internet baru-baru ini.

Sion Khong Poh, 33, dituduh dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, dengan alat tersebut di rumah beralamat No. 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya, dekat sini kira-kra pukul 8.30 pagi, 10 Ogos lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,200 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 4 Oktober ini.

Sebelum ini, kejadian mengejutkan dan kejam yang menimpa Pui Leen itu telah sempat dirakamkan oleh anak perempuannya yang berusia 13 tahun dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika tertuduh memukul mangsa dengan tukul besi sehingga menerima 30 jahitan di kepalanya.

Kejadian berkenaan menggemparkan negara apabila ia tersebar secara meluas dalam Facebook melalui halaman `Malaysian Crime Awareness Campaign' serta telah dikongsi lebih 160 kali sejak ia dimuat turun pada Isnin lalu.
Ketika ini, sudah lebih 6,800 kali video berkenaan ditonton menerusi YouTube.





LAGI DUA PEREMPUAN KENA LIPAT MACAM LEPAT !!!




Keadaan Lim yang dirawat di hospital selepas dipukul oleh bekas teman lelakinya.
GEORGE TOWN: Dua wanita yang dipukul dengan kejam oleh pasangan masing-masing di sini dan di Seremban, secara ganas oleh kedua-dua lelaki dirakam menerusi kamera.
Rakaman video kini tersebar luas.
Polis di sini sedang memburu seorang lelaki 36 tahun yang memukul isterinya dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Seberang Perai.
Kelakuan ganas penjawat awam itu dirakamkan menerusi kamera dan video berkenaan kini tersebar luas di Facebook selepas ia dimuat naik pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, video berdurasi dua minit dan 20 saat itu menunjukkan lelaki menyerang isterinya di hadapan dua anak-anak mereka yang kecil dalam lif pada Isnin.
Mazlan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Wanita itu, seorang pekerja kilang berusia 36 tahun, kemudian menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama kerana cedera di bahagian kepala, pergelangan tangan dan badan.
"Kita telah membantunya untuk mendapatkan perintah perlindungan interim terhadap suaminya," katanya.
Mengenai alasan serangan, Mazlan berkata, pasangan itu mempunyai masalah dalaman.
Insiden pukulan dilihat ganas apabila tudung wanita itu tertanggal.
Anak perempuan mereka yang kecil menangis dan merayu supaya bapanya berhenti mencederakan ibunya.
Apabila pintu lif dibuka, wanita itu keluar dan suaminya menendangnya dari arah belakang, menyebabkan dia terjatuh tersungkur.
Dia kemudian ditendang lagi beberapa kali lagi ebelum meninggalkan anak-anak di dalam lif yang sama.
Wanita itu berkata, mereka pergi ke hospital untuk melawat anak bongsu mereka yang dimasukkan kerana demam panas.
"Suami saya memberitahu saya untuk membawa dua anak-anak kami yang lain bersama. Dia hilang sabar apabila anak perempuan kedua kami enggan ikut.
"Dia kemudian melepaskan kemarahannya kepada saya.
"Walaupun dia menyerang saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan berjumpa saya di Mahkamah Syariah," kata wanita itu.
Wanita itu, yang memfailkan perceraian pada bulan lalu, berkata dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap suaminya, yang dikahwininya selama 12 tahun, sambil menambah bahawa ini adalah kali pertama dia diserang suaminya.
Difahamkan pasangan itu tinggal berasingan pada Disember lepas dan suaminya bekerja di Jerantut, Pahang.
Di SEREMBAN, Lim Pui Lee, 29, mendakwa diserang dengan tukul besi oleh bekas teman lelaki dan mempunyai 30 jahitan di kepalanya.

Lim, yang telah mengusahakan gerai menjual kepak ayam di medan selera berkata, dia membayar RM4,000 kepada suspek berusia 33 tahun, sebulan hanya untuk membantu menjalankan gerainya.
Pada Sabtu lalu, dia pergi ke rumah lelaki itu untuk menyelesaikan pertikaian apabila lelaki itu didakwa menyerangnya menggunakan tukul.
Dalam pergelutan itu, seluar lelaki itu tertanggal.
Kedua-dua mereka, yang pernah bercerai, menjalinkan hubungan selama hampir 10 tahun.
Lim mengakui dia mengambil tukul itu, "bekas teman lelakinya mengambil keluar tukul itu sendiri dan memukulnya berulang kali di kepala".
Wanita itu, yang mendakwa hubungan mereka semakin tidak baik tahun lepas, berkata bahawa keadaan bertambah buruk apabila lelaki itu membuka gerai menjual kepak ayam berhampiran gerainya di medam selera di Lobak.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis sedang menunggu laporan perubatan sebelum mengambil tindakan seterusnya.
Lim pada Selasa berkata, lelaki itu meminta maaf kepadanya, mengatakan bahawa "segala-galanya yang berlaku secara tiba-tiba".
"Saya tiada niat untuk mencederakannya," katanya, yang mendakwa bahawa bekas teman wanitanya datang ke rumahnya dalam keadaan yang begitu agresif.

SUMBER



Member BSK