Jumlah Pengunjung

Showing posts with label suarapakatanrakyat. Show all posts
Showing posts with label suarapakatanrakyat. Show all posts

Thursday, 23 May 2013

TINGKAH LAKU PAS DI KETAHUI ALLAH !!!



Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.

Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.

Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.

Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.

Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS dalam PR.

Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan peserta.

Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih, ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.

Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505 serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu?

Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. Ini semua politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan, ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.

Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu, awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS.

Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.

Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta penyokongnya untuk menghindarinya.




Thursday, 7 March 2013

TERKINI...Suara Pakatan Rakyat Samakan Pejuang Negara Dengan Babi !!!




Dasar BANGSAT!!!! Itulah perkataan pertama yang terungkap apabila melihat watak karikatur (SINI) yang dipaparkan di dalam salah sebuah portal pembangkang. Ia mengambarkan watak anggota keselamatan seperti seekor babi sedang menembak kearah seorang lelaki yang memegang tasbih. 


Signifikasi yang difahami melalui watak-watak di dalam karikatur tersebut ialah, kononnya para anggota keselamatan negara sedang berperang dengan warga Filipina berketurunun Sulu yang lemah, tanpa sebarang kelengkapan senjata.


Walaupun dari satu sudut, ia mempunyai kebenaran kerana memang tidak dinafikan pasukan keselamatan memang dilengkapi dengan senjata dan peralatan yang canggih. Namun itu bukan bermakna mereka itu tidak wajar untuk diperanggi, kerana masyarakat mengetahui sehingga kini tragedi berdarah ini telah mengorbankan 8 orang perwira negara.


Namun itu bukanlah persoalan utama yang ingin dibincangkan, kerana apa yang ingin dikatakan ialah mengenai kebiadapan melampau mereka dalam mencari simpati rakyat. Dimanakah kewajarannya untuk mereka memanipulasikan isu ini disaat seluruh masyarakat Malaysia sedang bersedih terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah?


Perasaan ini juga seolah tidak dapat dikawal, bercampur baur antara sebak dan sedih dengan marah dan benci terhadap puak-puak pembangkang atas sikap kurang ajar yang dipamerkan. Sifat perikemanusian seolah telah luput dan hilang dari jiwa mereka hanya kerana ingin memastikan kerajaan BN/Umno dapat ditumbangkan.


Betul, di dalam arena politik semua yang terlibat pasti mengharapkan kemenangan, namun ia sepatutnya tidak dilakukan dengan cara yang melampau dan melangkaui norma keberadaban seorang insan. Lantaran sikap rakus dan tamakkan kuasa itu, mereka seolah-olah telah terikut-ikut dengan fitrah binatang yang hidup tanpa sempadan dan batasan.


Ada perkara yang wajar dan boleh digunakan untuk kepentingan parti-parti politik, namun isu-isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara memerlukan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik agar bersatu hati. Sungguh menyedihkan, apabila melihat pimpinan pakatan pembangkang hanya memberikan perhatian kepada isu-isu populis yang dilihat boleh memberikan kelebihan kepada mereka.




Member BSK