Jumlah Pengunjung

Showing posts with label sungai limau. Show all posts
Showing posts with label sungai limau. Show all posts

Friday, 8 November 2013

KALAU BABI BOLEH BERCAKAP BABI PON KATA PAS NI KUAT MENIPU !!!



PAS menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) mengenai kewujudan ‘pengundi hantu’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Isnin lalu yang dimenangi oleh parti itu.
 
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengundi hantu yang didakwa adalah anak-anak kepada penduduk tempatan yang dibesarkan dan bersekolah di kawasan tersebut tetapi bekerja di tempat lain.

“Jika Barisan mahu memfailkan petisyen membantah keputusan pilihan raya, mereka berhak berbuat demikian tetapi dakwaan itu tidak benar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata BN akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan kewujudan ‘pengundi hantu’ pada PRK itu.

Beliau berkata masalah utama adalah disebabkan pengundi itu sendiri tidak mengemaskini alamat di MyKad mereka.BACA SETERUSNYA....




Saturday, 26 October 2013

CERAMAH PAS DI SUNGAI LIMAU MATI !!!



Sepanjang aku berada di sungai limau kali ni memang aku hairan dengan kelibat pemimpin PAS pada prk sg limau kali nie. Macam dah tak mendapat sokongan la pulak dari rakyat tempatan. Almaklum la, kempen baru bermula 4 hari pada hari ini.  Mungkin orang kedah memang sebetulnya bercuti dan tidak keluar pada waktu malam macam nie.

ceramah malam tadi diatas lori berlangsung di simpang empat bersebelahan klinik kesihatan Dulang Kecil. Ceramah kali ini biasalah dengan isu lapuk untuk mengaburi dan menipu penduduk kampung. Isu harga minyak kononnya membebankan rakyat padahal rata-rata penduduk disini adalah nelayan dan petani mendapat subsidi untuk tanaman serta hasil tangkapan mereka.  Rasanya tak jalan isu yang dimainkan nie...

Yang paling best adalah memburukkan pemimpin UMNO terutamanya Ketua Wanita dengan NFC. Disini aura tun mahadir banyak memberikan tekanan pada PAS. Mukhriz pulak menjadi ancaman oada pemimpin PAS. Ternyata tomahan menutup mahad tahfiz sains di Pulau Tuba bakal menjadi peluru makan tuan. Isu berkenaan telah selesai...
 
In sha ALLAH... dengan rekod buruk PAS sebelum ini dan rekod yang semakin baik di tunjukkan oleh UMNO di negeri kedah sekarang ini, aku yakin UMNO akan dapat kembali kerusi sungai limau pada PRK kali ini...
 




Tuesday, 22 October 2013

27,287 DEWASA AKAN MENGAMUK DI SUNGAI LIMAU !!!



Sebanyak 27,222 pemilih berdaftar layak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, dekat sini 4 November ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).

Menurut beliau, sebanyak 33 pengundi atau 0.12 peratus pula terdiri daripada kaum-kaum lain, bumiputera Sarawak (tujuh atau 0.03 peratus) dan bumiputera Sabah (dua atau 0.01 peratus).

Tambahnya, jumlah pengundi kali ini berkurangan daripada senarai pemilih Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu sebanyak 27,287 orang.

"Perkara ini kerana terdapat sebanyak 142 pengundi dikeluarkan daripada senarai ekoran kematian dan ada penambahan pengundi baharu," katanya dalam sidang akhbar di pusat penamaan calon bagi PRK Sungai Limau di Dewan Dato' Madi, di sini hari ini.



Yang hadir sama, Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman.

Abdul Ghani berkata, pihaknya mewujudkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau dan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya sepanjang tempoh kempen berlangsung mulai 25 Oktober hingga tengah malam 3 November ini.

Selain itu, katanya, sebanyak 492 petugas pilihan raya akan dilantik mengendalikan proses pilihan raya kali ini dan sebanyak 17 buah pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian yang mengandungi 58 saluran tempat mengundi.

"Pada hari penamaan calon pula, kita menasihatkan para penyokong dan pengundi tidak hadir di pusat penamaan di Dewan Dato' Madi secara beramai-ramai bagi mengelak provokasi dan kejadian tidak diingini.
"Sebanyak 100 orang daripada parti yang bertanding dibenarkan masuk ke pekarangan dewan dengan syarat mempunyai pas sah dikeluarkan SPR," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, SPR dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memantau keadaan hujan berterusan yang mungkin mengakibatkan banjir dalam tempoh terdekat.
"Namun, keadaan sekarang belum membimbangkan. Kita juga mempunyai standard prosedur operasi (SOP) menghadapi kemungkinan banjir pada hari penamaan calon dan pembuangan undi kelak," katanya.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk daripada sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN).







Wednesday, 16 October 2013

2 CALON PAS SUNGAI LIMAU !!! APA NAK JADI JADI LA...



Tindakan Pas menyenarai pendek lapan nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini mencetuskan khabar angin bahawa mereka berdepan masalah untuk memutuskan calon yang sesuai membawa cabaran parti itu.

Ini berikutan terdapat desas-desus mengatakan wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak; kem bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi dan kem Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfuz Omar.

Kumpulan-kumpulan ini dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.

Parti itu juga dikatakan menyenaraikan sehingga lapan nama kerana perlu mencari individu yang boleh diterima oleh kumpulan-kumpulan berkenaan bagi mengelakkan protes terhadap calon yang dipilih nanti.
Mahfuz bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dengan mendakwa Pas menyenaraikan lapan nama kerana semua calon-calon yang tersenarai itu adalah hebat-hebat belaka.

Katanya, ini bermakna dalam DUN Sungai Limau, Pas mempunyai lapan orang yang layak menjadi calon parti itu.

“Kita hendak cari yang terbaik," katanya di sini hari ini.







Member BSK