Jumlah Pengunjung

Tuesday, 22 October 2013

27,287 DEWASA AKAN MENGAMUK DI SUNGAI LIMAU !!!



Sebanyak 27,222 pemilih berdaftar layak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, dekat sini 4 November ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).

Menurut beliau, sebanyak 33 pengundi atau 0.12 peratus pula terdiri daripada kaum-kaum lain, bumiputera Sarawak (tujuh atau 0.03 peratus) dan bumiputera Sabah (dua atau 0.01 peratus).

Tambahnya, jumlah pengundi kali ini berkurangan daripada senarai pemilih Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu sebanyak 27,287 orang.

"Perkara ini kerana terdapat sebanyak 142 pengundi dikeluarkan daripada senarai ekoran kematian dan ada penambahan pengundi baharu," katanya dalam sidang akhbar di pusat penamaan calon bagi PRK Sungai Limau di Dewan Dato' Madi, di sini hari ini.



Yang hadir sama, Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman.

Abdul Ghani berkata, pihaknya mewujudkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau dan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya sepanjang tempoh kempen berlangsung mulai 25 Oktober hingga tengah malam 3 November ini.

Selain itu, katanya, sebanyak 492 petugas pilihan raya akan dilantik mengendalikan proses pilihan raya kali ini dan sebanyak 17 buah pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian yang mengandungi 58 saluran tempat mengundi.

"Pada hari penamaan calon pula, kita menasihatkan para penyokong dan pengundi tidak hadir di pusat penamaan di Dewan Dato' Madi secara beramai-ramai bagi mengelak provokasi dan kejadian tidak diingini.
"Sebanyak 100 orang daripada parti yang bertanding dibenarkan masuk ke pekarangan dewan dengan syarat mempunyai pas sah dikeluarkan SPR," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, SPR dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memantau keadaan hujan berterusan yang mungkin mengakibatkan banjir dalam tempoh terdekat.
"Namun, keadaan sekarang belum membimbangkan. Kita juga mempunyai standard prosedur operasi (SOP) menghadapi kemungkinan banjir pada hari penamaan calon dan pembuangan undi kelak," katanya.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk daripada sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN).







No comments:

Post a comment

Member BSK