Jumlah Pengunjung

Showing posts with label tarian bogel. Show all posts
Showing posts with label tarian bogel. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

SHILA HAMZAH menari tarian kuda, SHARNAAZ menari tarian BABI !!!



Sudah tentu ramai yang tak sabar untuk bersama Park Jae Sang dengan Gangnam Stylenya yang sangat popular tu di Pulau Pinang pada 11 haribulan Februari nanti. Maaf sebetulnya kedatangan artis Korea itu tidak akan menjejaskan periuk nasi artis Malaysia. Maaf ya Seniman. Banyak lagi isu lain.

Sebetulnya apa salahnya PSY datang Malaysia? Sama juga seperti artis Indon, Singapura. Kalau mereka itu yang memang sedang 'ngetop' apa salahnya.Bermakna Malaysia maju, artis yang top pun mahu datang ke sini. Kita akan buat bising kalau yang dibawa ke sini adalah artis sampah sarap atau yang sudah tak laku lagi di tempatnya. Itu baru kena kalau nak protes.

Pada saya, apa pulak salahnya PSY buat show di sini? Biarlah sebab yang bawak pun adalah orang Cina yang sekadar nak meriahkan perayaan Tahun Baru mereka, biarlah. Apa salahnya, takkan pulak nak panggil Rabbani untuk Tahun Baru Cina, tak kenalah pulak, kan?

Tak perlulah sikit-sikit nak melenting. Sebab khabarnya Konsert PSY di Pulau Pinang itu, selain tarian singa dan tarian naga, khabarnya, penyanyi kita, Shila Amzah juga akan muncul di konsert yang sama.

Wah! tahniah Shila kerana dapat berkongsi pentas dengan Park Jae Sang. Ini bermakna, orang Cina mengiktiraf Shila yang juga boleh bertutur dan menyanyi dalam bahasa mereka.

Satu hakikat yang harus kita terima, bukan senang orang cina nak terima penyanyi Melayu. Dan jika mereka terima, bermakna, artis itu pastinya ada sesuatu yang mereka suka. Menang di Asian Wave 2012 telah membolehkan Shila memenangi hati orang Cina. Apatah lagi dia juga boleh bertutur dan menyanyi dalam bahasa mereka.

Dengan semua ciri dan kualiti yang ada tersedia depan mata, kita sudah nampak hala tuju Shila sebagai penyanyi yang bakal mencipta nama yang lebih besar. Dia boleh pergi jauh, tambahan pula dia masih muda.

Dia boleh pergi jauh, jika lebih memberikan perhatian dan kesungguhan pada kerjaya. Dengan perkataan lain, Shila kena fokus pada bidang seni jika mahu mencipta nama dan kejayaan yang lebih besar.

Fokus bermakna memberikan tumpuan dan perhatian pada kerjaya seratus peratus. Itu kalau dia mahu pergi jauh lagi dengan membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Fokus bermakna juga memberikan keutamaan pada kerjaya kerana tidak ada jalan pintas, percayalah, boleh tanya sendiri pada Datuk Siti Nurhaliza. Bagaimana dia mampu cipta nama seperti hari ini.

Nak berjaya dalam hidup dan kerjaya, bukanlah senang. Kenalah kerja kuat semangat dan tabah berdepan dengan segala rintangan dan dugaan. Tak perlulah layan benda-benda remeh temeh kerana zaman main gaduh-gaduh dan pondok-pondok tu sudah lama berlalu.

Saya percaya, ramai yang mahu melihat Shila jadi penyanyi yang lebih besar namanya dari hari ini, jadi penghibur yang lebih dihormati kerana bakat seni, bukan kerana kontroversi. Kerana kontroversi, lama-lama orang jadi mual dan benci.

Sekadar pesanan buat Shila,  dalam apa juga keadaan, restu dari keluarga itu mengatasi segala-galanya. Sepatah kata Ramli Sarip, selain bakat dan diri dan Tuhan, restu orang tua itulah yang akan bawa kejayaan dalam hidup kita.

Dan, oh ya...tak usahlah risau pasal cinta cintan, semua itu akan ada masa dan ketikanya bila tiba waktunya. Jodoh itu akan sampai bila tidak dicari.

Cuma sekarang ini, bukalah mata dan hati, pandang keluar kerana..Dik, dunia ini luas sebenarnya. Kumbang pun bukan seekor tu, melambak lagi!agendadaily 







Thursday, 7 February 2013

Anwar Tak Kisah Menari Bogel Sikit2...!!! kah..kah..kah...



Mungkin kerana melihat keberkesanan program transformasi yang dibawa oleh YAB PM dan TPM maka juak pembangkang juga turut mahu melakukan perkara yang sama.Malah program transformasi yang dilakukan oleh pembangkang melalui bakal perdana menteri mereka Anwar Ibrahim sememangnya cukup hebat hinggakan ianya mampu menenggelamkan terus program-program yang disusun oleh kerajaan.

Oleh kerana itu maka program transformasi pembangkang ini pun mengambil tempat dan ianya terbukti berkesan apabila pendedahan tentang tarian separuh bogel anjuran PKR Kedah benar-benar menggunakan proses transformasi pembangkang yang dimaksudkan.


Kedah negeri yang turut diperintah oleh Pas. Parti sama, perlembagaan sama dan presiden pun sama.Namun apa yang mengejutkan ketika mengulas isu tarian separuh bogel berkenaan , tahukah anda apa yang dikatakan oleh Kerajaan Pas Kedah ? 
Pertunjukkan seksi PKR ikut peraturan, kata Exco
Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu. 
Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.
Ghani berkata ADUN PKR itu menepati segala keperluan untuk mengadakan pertunjukkan pentas yang mencetuskan kontrovesi dengan penampilan dua penghibur wanita Cina yang berpakaian menjolok mata. 
"Sebelum dia buat dia minta kebenaran, lepas itu buat di tempat dia, tanpa libatkan orang Melayu. (Pertunjukan ini) sempena Tahun Baru Cina. Pandangan saya dia buat itu mengikut prosuder,” kata Ghani pada Antarapos.
Di tanya tindakan Soo Nee membawa artis berpakaian menjolok mata, Ghani berkata perkara itu di luar kawalan beliau. 
"Bila penganjur bawa penari itu dia tidak lah tahu selidik pakaian mereka,ini yang dimaklumkan kepada saya,” kata beliau. 
Ghani berkata bukan tempatnya untuk merumuskan sama ada pakaian artis berkenaan menjolok mata atau tidak. 
"Adakah gambaran seperti itu? Cara berpakaian itu saya tidak pasti sebab gambaran kata menjolok mata tapi sejauh mana pakaian itu menjolok mata saya tidak pasti...sebab orang Cina ini sudah menjadi satu lumrah dia berpakaian begitu,” kata beliau.antarapos
Sememangnya program transformasi yang dilakukan Anwar dan konco-konconya berjaya ! Tahniah PAS kerana membenarkan transformasi songsang ini melekat dan diamalkan.Sesungguhnya kerana penerimaan inilah barangkali ratusan ahli-ahli PAS kini sudah mula berhijrah mencari TRANSFORMASI SEBENAR Baca Sini 

Mengambil kenyataan blogger rbfonline , 

Di Kelantan potong rambut kena saman....di Kedah tarian separuh bogel dibenarkan....

Jadi , apa ceritanya ni ?

Cerita apa lagi ???? Itulah Pas, Parti Ajaran Sesat......




Member BSK