Jumlah Pengunjung
Showing posts with label tuan guru. Show all posts
Showing posts with label tuan guru. Show all posts
Friday, 16 September 2016
AL-FATIHAH.. TUAN GURU HARON DIN KEMBALI KERAHMATULLAH!!!
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung kira-kira pukul 10.10 pagi ini (waktu tempatan).
Menurut Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan, seluruh pihak Pas mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Allahyarham Tuan Guru (Haron) serta menggolongkan beliau dalam kalangan hambanya yang soleh.
"Ini merupakan satu kehilangan besar buat Pas khasnya dan seluruh umat Islam," katanya dalam satu kenyataan tadi.
Sementara itu, anak Allahyarham, Najmi dalam satu catatan kiriman WhatsApp mengesahkan pemergian Allahyarham.
"Ayahandaku telah pergi menemui Maha Pencipta..aku terima ketentuan Yang Maha Esa...Ampunkanlah dosanya, kasihanilah jasadnya..doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada bersama-sama dengan para anbia serta solihin,"katanya. - UTUSAN ONLINE
Thursday, 31 January 2013
Dimana Islam PAS Sebenarnya !!!
Tindakan Majlis Syura Ulama Pas memecat Nasharudin Mat Isa tanpa memberi peluang bagi beliau membela diri membuktikan betapa tidak Islamiknya parti itu dalam amalan dan tindak-tanduk mereka.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Islam mewajibkan penganutnya memberi peluang kepada mana-mana pihak membela diri, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan kepada tertuduh.
Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik?
Ini bukan kali pertama Pas bertindak demikian, dalam kes pemecatan tokoh pimpinan Pas, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muka hadapan Utusan Malaysia semalam melaporkan Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Zulkifli khuatir, tindakan kontroversi berkenaan akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat bukan Islam yang melihat seolah-olah ajaran agama tersebut membenarkan perbuatan Pas itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


