Jumlah Pengunjung
Showing posts with label haron din. Show all posts
Showing posts with label haron din. Show all posts
Friday, 16 September 2016
AL-FATIHAH.. TUAN GURU HARON DIN KEMBALI KERAHMATULLAH!!!
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung kira-kira pukul 10.10 pagi ini (waktu tempatan).
Menurut Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan, seluruh pihak Pas mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Allahyarham Tuan Guru (Haron) serta menggolongkan beliau dalam kalangan hambanya yang soleh.
"Ini merupakan satu kehilangan besar buat Pas khasnya dan seluruh umat Islam," katanya dalam satu kenyataan tadi.
Sementara itu, anak Allahyarham, Najmi dalam satu catatan kiriman WhatsApp mengesahkan pemergian Allahyarham.
"Ayahandaku telah pergi menemui Maha Pencipta..aku terima ketentuan Yang Maha Esa...Ampunkanlah dosanya, kasihanilah jasadnya..doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada bersama-sama dengan para anbia serta solihin,"katanya. - UTUSAN ONLINE
Friday, 18 October 2013
HARON DIN BERI PETUNJUK BAHAWA NIK AZIZ SUDAH SESAT !!!
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr
Haron Din sekali lagi menegaskan yang kalimah Allah hanya boleh
digunakan jika merujuk kepada Tuhan Yang Esa bukannya Tuhan bersifat
Trinity sebagaimana yang dipercayai oleh orang Kristian.
''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.
''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya,"
''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini,"
Demikian ditegaskan oleh beliau dari Mekah ketika dihubungi oleh Utusan. Walaupun sibuk dengan ibadah Haji, beliau masih mahu mengulas panjang lebar supaya mesejnya jelas.
''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.
''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya,"
''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini,"
Demikian ditegaskan oleh beliau dari Mekah ketika dihubungi oleh Utusan. Walaupun sibuk dengan ibadah Haji, beliau masih mahu mengulas panjang lebar supaya mesejnya jelas.
Berbeza
dengan pemimpin Pas yang sorang ni, dalam keadaan yang paling penting
untuk menunjukkan ketegasan Pas dalam memperjuangkan Islam, Datuk
Mustafa Ali semasa bercakap bagi pihak Pas dalam mengeluarkan pendirian
bersama PR dalam isu Kalimah Allah hanya mampu berkata -
“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,”- Mkini.
Adeeeeh ..... Itu bukan dalam situasi
spontan ! Bukannya wartawan pergi sergah dia ketika dia sedang memilih
warna spender kegemaran di shopping centre ! Tapi Mustafa bercakap dalam
satu Sidang Akhbar Khas PR bagi menyatakan satu pendirian bersama
mengenai isu Kalimah Allah, dan beliau dipilih untuk mewakili parti Pas
...... dan Mustafa boleh jawap -
“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,”
WOW ! Mustafa telah mengangkat tahap jawapan PlaySafe ke satu level yang baru !
Bandingkan kenyataan yang TERANG dan
TEGAS dari Haron Din, tidak mungkin boleh disalahertikan.Tapi ketegasan
yang sama tidak pernah dapat dipertontonkan oleh pemimpin2 Pas lain
setiapkali pendirian mereka berdepan dengan konflik percanggahan dengan
rakan Tahaluf mereka dalam Pakatan Rakyat.
Contohnya Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim pernah berkata -
Pas tetap menentang keras
penggunaan kalimah ALLAH dalam situasi yang menggambarkan ALLAH sebagai
makhluk atau mempunyai anak, namun tidak menghalang orang bukan Islam
menggunakan kalimah itu dalam penghayatan keagamaan mereka. ( KLiK )
Nik Aziz lagi kelas ....
“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,”
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH) ( KLiK )
Jawapan yang paling ikhlas datangnya dari Presiden Pas Haji Hadi -
Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah Allah dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut."
Alahai Pas .... Payah sungguh ya bab nak
jaga hati rakan Tahaluf anda, kan ... Kalau berdepan dengan Umno,
peeergh ... batu boleh jadi lembut bila kena sergah !
Tapi bila Dap jeling jer ...... semua jadi pondan.
Saturday, 16 February 2013
Ustaz Hasan Ali Londehkan Seluar Nik Aziz !!!
Tertarik aku kepada pendedahan dari Hassan ali tentang penyingkiran PAS dari BARISAN NASIONAL dahulu. Ini memang kenyataan yg nik aziz tidak ceritakan kepada ahli2 PAS. Kenapa ? bagi aku senang je, Nik Azziz cuba menipu Fakta sebenar demi utk menanam kebencian yg lebih mendalam utk rakyat malaysia kepada Kerajaan BARISAN NASIONAL. Pendapat aku juga, dulu Hassan Ali pon kena tipu bulat2 la dengan Nik Aziz ni. ALHAMDULILLAH kerana ALLAH sentiasa melindungi BARISAN NASIONAL dari sebarang kesesatan yg Syaitan cuba sesatkan.
Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.
Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.
Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah samada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.
Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa. Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu. Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.
Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.
Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing. Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingjkiran tersebut.
Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.
Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai unyuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, professional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.
Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.
Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam dinegara kita. Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri
yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.
Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS. Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.
Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung disebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya. Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombogan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apapun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksutujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.
Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua- dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.
Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013
Kecoh Kisah Haron Din Keluar Parti PAS !!!
Ini berita yang baru terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..
Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.
Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.
Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.
Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din d
engan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.
Cerita lagi tentang kisah punca haron din bengang KLIK SINI
Friday, 15 February 2013
Anwar Arah Maki Haron Din !!!
Walaupun Datuk Dr. Haron Din ni kena maki dengan puak - puak Haramjadah tu, rupa dia tetap macam ni. Sentiasa tersenyum. Itu la yang membuatkan diorang menyirap sangat dengan dia!!!
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.
Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu.
Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.
"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?
"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.
Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.
"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau.
Tuesday, 12 February 2013
Haron Din Scan Anwar 2X, Tetap Nampak Apa ???
Apakah hanya disebabkan pengundi berdaftar telah meningkat sebanyak 1.2 juta dalam tempoh setahun SPR wajar dituduh menyelewengkan daftar pemilih?
Tanpa menunjukkan apa-apa bukti yang valid, Anwar cuba menimbulkan "rasa ragu" dalam pemikiran umum terhadap ketelusan daftar pemilih.
Perangai Anwar ini ibarat "budak pemalas dan nakal" dalam kelas yang sering melindungi perbuatan buruk dan sikap pemalasnya dengan cara mempertikaikan kredibiliti guru di setiap kali mesyuarat PIBG.
Ibubapa yang tak tahu hujung pangkal kisah sebenar terus terpengaruh dan mempertikaikan guru tanpa usul pereksa.
Ini sebenarnya yang dikehendaki oleh Anwar apabila dia terus menuduh SPR menyelewengkan daftar pemilih tanpa sebab yang menasabah, sedangkan satu dunia tahu antara tugas utama SPR adalah memastikan sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih.
SPR turut memberikan tugas mendaftar kepada parti-parti politik. SPR juga mempamer senarai yang didaftarkan ini kepada umum untuk disemak dan diperbetulkan jika wujud kesilapan dalam daftar tersebut.
Anwar tidak berminat untuk semua kerja ini. Dia hanya cenderung untuk memanipulasi apa saja isu yang boleh menimbulkan rasa "tidak percaya" pengundi kepada SPR. Itu saja.
Budak pemalas dan nakal memang perangai macam tu. Budak-budak macam ni selalu tutup perangai malas dan nakal mereka dalam kelas dari pengetahuan ibubapa dengan cara menyalahkan guru.
Kalau dia bodoh, guru yang salah kerana tak tau ajar murid. Kalau dia dihukum kerana masalah disiplin, guru yang salah. Kalau dia dibuang sekolah, guru besar yang salah. Kalau dia gagal exam, itu salah guru yang mendidik. Kalau dia tak dapat masuk "U", kerajaan yang salah. Kalau dapat masuk "U" tapi tak dapat pendidikan percuma, kerajaan yang salah.
Anwar adalah manusia "U"turn. Dia akan "U" turn semua jenis pemikiran manusia. Sikap hormat kepada kerajaan akan di U-turn jadi benci. Benci kepada perangai dia, akan di U-Turn jadi sayang. Orang yang faham akan di U-Turn jadi keliru. Orang yang rasional akan di U-Turn jadi emosional. Orang yang bersangka baik akan di U-Turn jadi manusia prejudis. Elok-elok di depan, dia akan "U turn" ke belakang.
Dia pergi mengadap Dr Haron Din pun mungkin untuk cuba "U turn" pemikiran Dr Haron Din supaya tukar pendirian kepada bersetuju kalimah Allah digunasama oleh semua agama.
Atau, sekurang-kurangnya nak nasihat Dr Haron Din supaya jangan bising-bising. Anwar mungkin nasihat Haron Din supaya dengar pesanan nabi, "diam itu lebih baik dari berkata-kata".
Ana takpa...ana lain.. "Ana lebih baik berkata-kata daripada diam". Nabi tau ana siapa. Ana pun dah terkeluar dari senarai umat nabi. Nabi tak ngaku umat dah pun..
Friday, 8 February 2013
Pengakuan Anwar Ibrahim Kepada Haron Din !!!
Saya mengaku, saya terlalu banyak berbohong, merekacipta pelbagai fitnah dan pendustaan, sehingga ramai rakyat Malaysia dan dunia luar telah timbul rasa benci yang teramat sangat terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan yang memerintah.
Saya tiada pilihan, melainkan terpaksa melakukannya. Jika saya tidak lakukan, pasti saya akan menjadi "pemimpin paling hina dan keji pada pandangan seluruh rakyat" sebaik saja saya didapati bersalah di atas pelbagai kesalahan sebalik tabir yang saya lakukan.
Tujuan saya melakukan pelbagai "fitnah dan fabrikasi dusta" ini adalah semata-mata kerana mahu supaya rakyat "jangan sekali-kali percaya" dengan apa yang telah saya lakukan di belakang tabir. Saya sedar kalau rakyat percaya, saya pasti habis.
Antara fitnah dan fabrikasi dusta terang-terangan yang saya lakukan, dan telah berjaya meracuni pemikiran ramai dan memberi impak sokongan yang cukup besar di sepanjang kerjaya saya melakukan fitnah dan dusta, antaranya ialah;
1. Menyebarkan pamplet dan sms ke seluruh negara "pengakuan seorang pegawai tinggi Bukit Aman yang kononnya telah diarah oleh Dr Mahathir untuk mencucuk saya dengan kuman HIV.
Pendekatan menyebar rekacipta sebegini di dalam "suasana yang sedang keliru" sangat berkesan. Dengan kaedah dusta ini, Saya berjaya mengaut sokongan yang cukup besar khususnya di kalangan rakyat yang "naive dan tidak ambil peduli tentang politik", khususnya kalangan wanita yang kita amat tahu, "mudah tersentuh jiwanya" apabila melihat insan yang dilihat berimej alim teraniaya.
2. Dusta yang tidak kurang hebatnya yang telah berjaya menambah "vitamin kebencian" rakyat yang naive politik terhadap Mahathir dan UMNO yang telah saya lakukan dengan cukup berkesan ialah, mengarahkan Wan Azizah, dengan berbekalkan imej "seorang wanita dan isteri yang tabah", mengumumkan kepada dunia bahawa saya telah diracun dengan "racun arsenik".
3. Jika saudara-saudari masih ingat, Sewaktu ibu saya meninggal dunia, saya sekali lagi berpeluang membuat satu lakonan terbaik, yakni, "pura-pura lumpuh setengah badan". Dengan berbekalkan bengkung di pinggang dan di leher, saya berupaya memperlihatkan kepada dunia betapa zalimnya Mahathir dan UMNO terhadap saya.
Rakyat dan dunia terpegun melihat saya telah menjadi mangsa kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yanng dilakukan oleh Mahathir dalam usahanya mengekang pengaruh saya. Walhal, mereka tak tahu saya sebenarnya "segar bugar". Saya tergelak sendiri bila mengenangkan lakonan saya menjadi.
4. Selepas bebas dan kembali aktif politik, Mahathir yang selama ini menjadi sasaran serangan saya sudah bersara. Walaupun sudah tua tapi mukanya semakin bercahaya dan tak seperti muka saya yang semakin kelihatan berkarat. Mahathir berjaya melepasi segala duri ranjau yang saya pasang. Jelas, memang Allah bersama dia dan tidak bersama saya. Saya sudah jangka kerana saya, Azizah dan Allah tahu saya siapa.
5. Watak Dollah Badawi sangat berbeza dengan watak Mahathir. Jadi saya terpaksa ubah pendekatan. Saya tidak boleh pakai perkataan mahazalim, paranoid dan segala gelaran yang melambangkan gaya Marcos. Rakyat takkan percaya kalau saya kata Dollah zalim dan paranoid. Saya tahu Dollah seorang yang lemah. Jadi saya guna gelaran lain seperti lembik, bodohwi, takut bini dan yang sewaktu dengannya. Itu lebih cocok untuk Dollah. Kaedah ini berjaya menimbulkan rasa tidak hormat dan hilang kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dollah yang diakui sendiri oleh majoriti ahli UMNO. Jadi zaman Dollah saya tiada banyak masalah. paspot pun saya boleh kowtim.
6. Bila BN lemah dan hilang 2/3, saya selaku seorang yang sangat pintar membaca politik, faham bahawa Najib pasti akan menggantikan Dollah sebagai PM. Lantaran itu saya berkewajiban menjadikan Najib dan Rosmah sebagai target utama. Pembunuhan karakter adalah cara terbaik untuk menjahanamkan keperibadian seseorang pemimpin. Jika Najib naik dalam keadaan yang bersih tanpa kecacatan, saya jamin cita-cita saya untuk menjadi PM akan berkubur. Saya harus berbuat sesuatu.
7. Saya bernasib baik dan bersyukur kepada Allah kerana Altantuya telah dibunuh dengan penuh tragis. Malah lebih bernasib baik lagi Razak Baginda, orang yang hampir dengan Najib terlibat dan menjadi suspek utama. Apatah lagi Razak Baginda menggunakan pula pegawai polis merangkap pengawal peribadi orang tertentu untuk melindunginya dari ugutan Altantuya.
8. Saya ambil kesempatan sepenuhnya situasi ini untuk memalitkan Najib dan Rosmah sekali gus. Segala yang didedahkan oleh bekas peguam saya Zulkifli Nordin sesungguhnys adalah benar! Saya terlibat mengarahkan agar nama Najib dn Rosmah dipalitkan "walau dengan apa cara sekali pun".
9. Saya kecewa kerana Zulkifli Nordin tidak mahu menurut arahan saya untuk memujuk pegawai polis yang juga OKT dalam kes Altantuya membuat Akuan Bersumpah yang menyatakan Najib dan Rosmah terlibat. Jika Akuan bersumpah ini berjaya dibuat, saya yakin Najib dan Rosmah pasti jatuh. Tapi akhirnya perancangan Allah juga yang mengatasi perancangan saya. Ayat Quran wamakaru yang selalu saya guna telah "backfire".
10. Personaliti alternatif terpaksa diwujudkan sebagai ganti kepada akuan bersumpah yang gagal dibuat disebabkan keengkaran Zul Nordin terhadap arahan saya. Itu sebabnya kenapa tiba-tiba nama Balasundram SD muncul mensensasikan isu akuan bersumpah. Karakter Deepak yang "tidak kena-mengena dengan ini gambar" pun boleh muncul. Semua ini adalah modus operandi yang saya terpaksa lakukan untuk terus memalitkan Najib dan Rosmah.
11. Zulkifli Nordin telah menyebabkan "program saya rosak terok". Akhirnya saya sedar, Allah lebih berkuasa dari saya. Sesungguhnya Allah lebih berkuasa "ke atas hati Zul Nordin" daripada saya. Sekali lagi ayat wamakaru telah "backfire" dan terkelepuk ke muka tuan direktor.
12. Saya berdosa besar kepada Najib dan Rosmah di atas fitnah dan dusta yang saya lakukan. Saya juga berdosa besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah "termakan" fitnah dan dusta yang saya lakukan.
13. Saya ingin memberitahu seluruh rakyat Malaysia suatu "rahsia tentang pemakanan saya" yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa, iaitu,
"Sejak tahun 1974, iaitu fitnah pertama dalam kerjaya fitnah dan dusta yang saya lakukan terhadap kepimpinan Tun Razak, "seorang rakyat miskin di Baling mati kebuluran" sehinggalah kepada fitnah dan dusta yang tak terkira banyaknya yang saya buat terhadap kepimpinan anakandanya, DS Najib Tun Razak, hingga kini, saya sudah terlalu banyak "memakan daging manusia", iaitu daging saudara semuslim yang telah diperuntukan oleh Allah khusus kepada saya kerana keistimewaan dan kebolehan saya dalam bidang "fitnah dan dusta"."
Saya yakin, suatu hari nanti saya akan menerima "aib yang lebih besar sebelum saya mati", jika saya tidak bertaubat dan masih terus mengadakan fitnah demi fitnah yang memporakperandakan seluruh rakyat dan negara.
Sekian dan pengakuan ini adalah sebagai iktibar untuk sdr/sdri.
Thursday, 31 January 2013
Dimana Islam PAS Sebenarnya !!!
Tindakan Majlis Syura Ulama Pas memecat Nasharudin Mat Isa tanpa memberi peluang bagi beliau membela diri membuktikan betapa tidak Islamiknya parti itu dalam amalan dan tindak-tanduk mereka.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Islam mewajibkan penganutnya memberi peluang kepada mana-mana pihak membela diri, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan kepada tertuduh.
Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik?
Ini bukan kali pertama Pas bertindak demikian, dalam kes pemecatan tokoh pimpinan Pas, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muka hadapan Utusan Malaysia semalam melaporkan Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Zulkifli khuatir, tindakan kontroversi berkenaan akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat bukan Islam yang melihat seolah-olah ajaran agama tersebut membenarkan perbuatan Pas itu.
HARON DIN Mangsa Anwar Seterusnya !!!
Hah!!! Ini satu pendedahan menarik. Sebelum ini, kita dah dengar cerita pasal seorang lagi pemimpin PAS yang bakal digugurkan oleh Majlis Syura.
Tapi, dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini, nama peminpin tu belum lagi dapat dipastikan siapa. Jadi, ramai jugak la yang tertanya - tanya.
Tup-tup, hari ini muncul pulak satu surat mengenai aduan terhadap pemimpin - pemimpin yang berkenaan. Yang menariknya, surat tu ditulis oleh puak - puak Pakatan tu sendiri.
Heh! Tak sangka. Rupanya ada jugak orang yang tak puas hati dengan Datuk Dr. Haron Din ni ye? Agak - agaknya, kenapa la diorang tak suka dengan ye?
Adakah sebab dia tak suka berPolitiking macam pemimpin - pemimpin lain dalam Parti Angguk Saja tu? Adakah sebab dia suka bersendirian?
Atau adakah sebab dia banyak tak menyokong dasar perjuangan baru yang dijadikan agenda dalam PAS hari ini? Mungkin sebab dia tak nak tunduk pada DAPigs kot.
Tu pasal la ada pihak yang tak puas hati dengan dia. Soalnya sekarang, berani ke PAS nak ambik tindakan terhadap Datuk Dr. Haron Din ni?
Kita semua memang dah sedia maklum. Haron Din ni ramai pengikut dia. Kalau PAS ambik tindakan terhadap dia, mau mengamuk pengikut - pengikut dia nanti.
Tapi rasanya, PAS takkan berani nak ambik risiko tu. Nak pulak dah nak dekat dengan Pilihan Raya Umum ni. Lagi la diorang tak berani nak buat apa - apa. Lain la kalau diorang tu bongok sangat!!!
Sunday, 27 January 2013
PAS bakal berpecah dua !!!

Penyokong Harun Din sudah mula bangkit. Mereka nampaknya dah letakkan banner di beberapa kawasan antaranya Bandar Baru Bangi dan Sg Besi. Orang PAS yang sudah tidak sehaluan dengan pendirian Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berkenaan penggunaan Kalimah Allah nampaknya akan menolak Pakatan. Sumber gambar ambil kat SINI

Menurut sumber Shah Alam Rebels, Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.
Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.
Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din dilihat tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.
Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.
Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















