Jumlah Pengunjung

Wednesday 23 January 2013

Bukti sebenarnya PAS tidak berjuang dijalan ALLAH TAALA !!!




APA dosa rakyat Palestin terhadap NGO 'mesra' PAS, Mampat dan "R" sehingga Pengerusinya, Fauzi Abu Samah sanggup keluarkan kenyataan yang menggambarkan hatinya cukup busuk! 

Jika Israel 'hadiahkan' kepada Palestin bom, peluru dan kekejaman, apa salahnya Malaysia tawarkan biasiswa kepada pelajar Pelestin yang mahu lanjutkan pelajaran di Malaysia peringkat ijazah Sarjana Pertama dan Sarjana.

Harapan rakyat Malaysia, pelajar Palestin yang bertuah itu pulang ke negara mereka sebagai pemimpin atau sumber manusia yang bakal membangunkan rakyat dan negara mereka. Pada saya, ia merupakan bantuan jangka panjang.

Mungkin bagi PAS, Mampat atau R, tawaran Najib Razak tidak menguntungkan mereka kerana kumpulan itu tidak mengundi PAS pada pilihan raya dan sukar untuk diheret ke jalan raya sekiranya ada demontrasi atau perhimpunan. 

Fauzi Abu Samah mungkin sudah lupa, ramai pelajar Malaysia yang terpilih telah menerima BIASISWA daripada pihak kerajaan mahupun swasta seperti JPA, MARA dan Yayasan Terengganu. 

Jika Fauzi Abu Samah tidak mampu menyumbang, tidak perlulah beliau pertikaikan sumbangan Malaysia kepada Palestin. Jangan sampai Israel dan Zionis 'bertepuk tangan' dengan kenyataan pemimpin NGO parti PAS ini.




No comments:

Post a Comment

Member BSK