Jumlah Pengunjung

Sunday 27 January 2013

Janji Kelantan Nik Aziz Wajib Jawab Di Akhirat Nanti !!!



Kerajaan Pas Kelantan digesa menepati janji mereka untuk memberi tanah seluas 0.8 hektar tanah kepada pesara tentera yang berasal dari negeri ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan Pas dikatakan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti penerima yang layak, namun janji yang dibuat pada April tahun lalu itu terus menjadi tanda tanya dalam kalangan pesara tentera.
“Sehingga kini seramai kira-kira 14,000 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang berasal dari Kelantan belum memiliki tanah dan rumah sendiri. Justeru, kerajaan negeri seharusnya menunaikannya kerana janji wajib ditepati.
“Sehubungan itu, anggota dan bekas tentera perlu melihat kembali janji kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada mereka yang tidak tertunai sehingga kini. Tetapi pada masa sama, sudah puluhan ribu hektar tanah dipajakkan kepada pihak luar termasuk pemimpin parti dalam pakatan pembangkang," katanya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK