Jumlah Pengunjung

Tuesday 29 January 2013

Pemuda PAS Larut Nak Ludah Dato Fauzi !!!


Pemuda Pas Larut desak Pas Pusat pertimbangkan untuk gugurkan pencalonan Dato Fauzi sebagai Ahli Parlimen Larut. Ketuanya menantu Presiden Pas Hadi Awang, Mohd Akmal Kamaruddin difahamkan berkata sudah sampai masa Pas perlu memikirkan kepentingan parti dan imej Parti sendiri.

Mereka juga mempertikaikan bagaimana seorang yang hanya berjawatan seorang Pengarah mampu memperolehi rumah mewah sebegini besar.

Sebelum ini beberapa blog telah mendedahkan bahawa Dato Fauzi yang hanya berjawatan sebagai Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mampu membina sebuah rumah di kawasan segitiga emas Shah Alam yang berharga lebih RM5 Juta.
Sebelum ini hampir semua pemimpin Pas daerah Larut sudah bersepakat untuk memilih Mohd Akmal Kamaruddin sebagai ahli Parlimen Larut tetapi ditentang oleh Pas negeri kerana hormat kepada bekas Pengarah Siasatan jenayah Bukit Aman Dato Fauzi yang boleh dipergunakan oleh Pas untuk tujuan promosi.



No comments:

Post a Comment

Member BSK