Jumlah Pengunjung

Saturday 26 January 2013

Mengaku Edar Bible Di Sekolah !!!





Dari maklumat yang diterima, pihak yang sebarkan Bible telah dikenalpasti dan mengaku terlibat. Mereak adalah dari sebuah organisasi antarabansga bernam Gideon.



Dua lelaki berumur 50 tahun dan 40 tahun serta empunya kereta wanita berumur 50an mengaku mengedar Bible di Sekolah Menengah Jelutong. 




Lelaki 50 tahun itu mengaku adalah sebahagian dari pertubuhan peniaga dan profesyenal Kristian bernama Gideon.



Kumpulan ini adalah kumpulan sukarela Kristian dan mereka hanya wakil di Pulau Pinang. mereka tidak punya pejabat di Pulau Pinang. Ada 10 orang wakil di Pulau Pinang yang berperanan menyebarkan Bible di Pulau Pinang.



Selama ini mereka beroperasi di Georgetown Pulau Pinang dan sudah 10 kali mengedarkan di kawasan itu.



Sumber Bible ini datang dari Kuala Lumpur dan dibekalkan oleh Pertubuhan Gideon. Menurut Sel13:



Bible tersebut mempunyai Kulit Hadapan berukuran 3 inci X 4.8 inci dan mempunyai 643 helaian muka surat. Pada muka hadapan tertulis ‘NEW TESTAMENT’ *PSALM PROVERBS’ dan mempunyai lambang salib dalam bulatan dengan tulisan berwarna emas.
Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.
Isi kandungan kitab kecil tersebut diambil daripada THE NEW TESTAMENT OF OUR LORD AND SAVIOUR JESUS CHRIST WITH PSALMS AND PROVERBS yang telah diterbitkan oleh THE GIDEONS INTERNATIONAL beralamat di P.O BOX 140800, NASHVILLE, TN 37214-0800. Alamat website penerbit adalah www.gideons.org.
bible
Mukaddimah kitab tersebut tertulis: ‘The verse is John 3:16 dalam 25 bahasa iaitu Afrikaans, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Icelandic, Itali, Jepun, Korea, Norway, Poland, Portugis, Russia, Sinhalese, Sepanyol, Sweden, Tamil dan Vietnamese. Tiada sebarang tulisan dalam Bahasa Melayu dan Jawi dikesan dalam kitab berkenaan.
Semakan juga mendapati, istilah Tuhan hanya menggunakan perkataan ‘GOD’ dan ‘LORD’ sahaja. Tiada perkataan ‘ALLAH’ digunakan.



Dalam hal ini, lelaki berumur 40 tahun itu mengaku telah memberi kepada seorang pelajar Melayu kerana pelajar itu meminta mahu tengok. Namun begitu, mengikutnya dia telah mengambil balik Bible tersebut. [Penang negeri Kristian?]



Menurut mereka, tujuan Bible itu diedar adalah kepada pelabar bukan Islam. Sebanyak 170 naskhah telah dibawa dan 70 naskhah telah diedar.



Guru Besar sekolah, Encik Teh telah memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengedarkan naskah bible di kawasan sekolah. Namun mereak berdegil dan edarkan di luar kawasan sekolah.





No comments:

Post a Comment

Member BSK