Jumlah Pengunjung

Monday, 2 December 2013

DRAMA HARAMJADAH TERBARU DARI ANWAR DAN AZMIN !!!



Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak emasnya, Azmin Ali terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disifatkan sebagai 'drama minggu ini'.
 
Menurut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, Anwar dan Azmin dilihat sengaja mahu menjadi hero dalam isu berkenaan apabila bukan sahaja melemparkan kritikan terbuka kepada Abdul Khalid, malah turut mengarahkan Menteri Besar menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji.

Selain itu beliau berkata, Anwar dan Azmin juga diyakini sengaja mahu mengeksploitasi isu kenaikan gaji tersebut kerana mereka melihat 'perang' berkenaan mampu mengalihkan perhatian rakyat terhadap insiden pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang bertindak keluar parti secara beramai- ramai Selasa lalu.

"TIBAI menganggap komen Anwar dan Azmin tidak ubah umpama drama minggu ini yang sedang memaparkan adegan retak menanti belah. Saya juga yakin Azmin marahkan Abdul Khalid kerana Menteri Besar itu tidak menaikkan gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sehingga kekal dengan bayaran RM1.

"Namun, jika Abdul Khalid kekal dengan pendirian untuk melaksanakan kenaikan gaji itu tanpa mempedulikan bantahan pemimpin PKR agar ditangguhkan, ini membawa maksud bahawa Anwar sudah tidak laku dan perlu berundur sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Anwar dalam kritikannya terhadap kepemimpinan Abdul Khalid berkata, sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan cara untuk berkhidmat kepada rakyat dan beliau menyifatkan kenaikan gaji itu agak tinggi berbanding apa yang diuar-uarkan sebelum ini.

Azmin pula meminta kenaikan berkenaan ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar itu lebih munasabah dan mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan kepada rakyat berhubungan pelaksanaan tersebut.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam reaksi segera kepada kritikan berkenaan menjawab; "Itu hak Azmin untuk tolak dan bantah. Beliau boleh ambil semua duit (gaji baharu) itu atau dermakan sebahagiannya untuk kerja amal".






No comments:

Post a comment

Member BSK