HUJUNG tahun seiring musim tengkujuh datang kembali! Ketika inilah
penduduk yang berada di kawasan tanah rendah mula gusar dan susah hati
takut kediaman ditenggelami air. Banyak hal perlu dilakukan sekiranya
terkena tempias bencana ini.
Itu kisah bagi mereka yang dalam keadaan siap sedia tapi bagi empat
negeri yang sudah dilanda banjir teruk seperti Johor, Kelantan,
Terengganu dan Pahang, mereka hanya mampu berserah dan menanti bantuan
pihak berkuasa. Dikhabarkan lebih 35,000 mangsa dipindahkan ke pusat
pemindahan kerana rumah mereka ditenggelami air. Kasihan.
Dengan kesibukan pihak berwajib datang membantu, ketika itu jugalah
ada kelompok manusia yang sibuk bersuka ria. Banjir bukannya datang
sebulan sekali, kesempatan kawasan rumah digenangi air membuatkan
kanak-kanak dan remaja wujudkan pesta air sendiri. Tanpa fikirkan
bahaya, apa yang penting keseronokan main air.
Menurut rekod Wikipedia, banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sumatera pada Disember 2006 dan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun. Dalam tragedi itu, dianggarkan lebih 100,000 orang terpaksa dipindahkan dan tinggal di pusat pemindahan banjir seluruh negeri Johor.

Bencana alam ketiga terbesar ragut nyawa
Berdasarkan kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran Air Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, banjir dikategorikan bencana alam yang diberi perhatian kerana mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk.
Menurut kajian Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir adalah bencana alam ketiga terbesar yang banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Jumlah kerosakan akibat banjir ditaksirkan sebanyak RM100 juta menurut kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1981. Difahamkan, masalah banjir wujud kerana musim tengkujuh iaitu hujan turun tanpa henti sekali gus turut mengakibatkan banjir kilat.
Bertambahnya bilangan penduduk selain pembangunan lebih tertumpu di kawasan lembangan dan lurah sungai menyebabkan kawasan itu mudah ditenggelami air. Boleh dikatakan hampir saban tahun negara terpaksa menghadapi masalah ini. Banjir kerap meningkat disebabkan perubahan guna tanah di mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu mengalirkan aliran air hujan selain sistem saliran yang mendap akibat pembangunan.
Kematian pertama tahun ini
Keempat-empat negeri yang terjejas akibat banjir memperlihatkan Pahang sebagai negeri paling teruk dilanda bencana itu. Meskipun bantuan dan pasukan penyelamat bertungkus-lumus namun bencana itu meragut nyawa pertama iaitu Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Dalam kes berlainan, dua beranak, Jamal Ali, 40-an memegang jawatan anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap, Pahang.
Taman tema air percuma
Bagi kanak-kanak dan remaja khususnya, banjir adalah musim yang dinanti-nantikan. Lagi dalam air menenggelamkan rumah, lagi banyak aktiviti yang ada di dalam kepala untuk dilakukan bersama rakan.
Yang selalu kita lihat, banjir ibarat kolam renang semula jadi percuma untuk kanak-kanak. Mereka leka mandi dan berenang di kawasan rumah. Bola tampar air, gunakan besen sebagai sampan untuk meredah lautan air antara aktiviti yang boleh kita nampak ketika musim banjir. Kurang bahaya jika air hanya di paras lutut tetapi jika melebihi pinggang dan lebih dalam, mungkin perkara tak diingini boleh berlaku seperti lemas.
Bahayanya, ada kanak-kanak atau remaja yang lebih berani untuk pergi memancing, tangkap ikan atau bermain rakit buatan sendiri di kawasan sungai atau tali air tanpa pengetahuan ibu bapa. Jika berlaku pusaran air ataupun aliran arus deras tiba-tiba, kanak-kanak antara golongan yang paling mudah terdedah kepada bahaya. Bayangkan tanpa pertolongan sesiapa, mana mungkin mereka boleh terselamat.
Meskipun bahaya banjir diterangkan di televisyen dan media massa namun kesedarannya kurang diambil perhatian lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang sukakan cabaran. Makin dilarang, makin membuak semangat. Di sini, peranan ibu bapa untuk mengawal anak perlu lebih tegas untuk keselamatan keluarga.
Hiraukan penyakit
Mereka yang dewasa mungkin faham mengenai jangkitan penyakit ketika banjir tetapi kanak-kanak cuma tahu berseronok tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan mereka.
Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri mangsa. Pada musim banjir, penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun selalunya mudah merebak jika langkah sewajarnya tidak diambil.
Gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot dan demam. Bayi khususnya berisiko tinggi untuk dijangkiti. Dicadangkan, sekiranya gejala itu serius dan berlarutan, mangsa perlu segera dibawa berjumpa doktor. Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan beracun naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia.
Antara penyakit lain yang mungkin berisiko menanti mangsa termasuk cirit birit, Hepatitis A, penyakit parasitic dan leptospirosis. Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang disebarkan oleh air kencing tikus. Kuman leptospira boleh menyebabkan demam, sakit sendi, muntah dan jika berlarutan boleh menyebabkan kegagalan fungsi ginjal dan hati.
Manakala kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan hingga boleh memburukkan lagi keadaan pesakit sedia ada.
Bencana alam adalah ujian diturunkan Allah SWT. Bantu membantu sesama masyarakat dapat ringankan beban sesama kita. Untuk kehidupan masa depan lebih terjamin dan gembira, jaga tingkah laku dengan buang sampah di tempat sepatutnya, jaga aliran sungai di kawasan anda dan awasi ahli keluarga dan orang sekeliling. Hidup lebih bermakna tanpa sebarang masalah disebabkan kecuaian sendiri. Fikirkanlah!

No comments:
Post a Comment