Jumlah Pengunjung

Sunday, 29 December 2013

PEMUDA UMNO IPOH TIMOR BONGKAR RAHSIA SULIT AMK PERAK !!!



Penganjuran perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini terus dibantah pelbagai pihak dengan sebanyak 1,005  laporan telah di buat terhadap pihak Polis sehingga petang semalam. 

Daripada keseluruhan jumlah itu, negeri perak telah mencatatkan jumlah laporan yang tertinggi iaitu 210 laporan diikuti sabah (148) Selangor (139) Pahang (93) Melaka (80) johor (78) kedah (75) Terengganu (58) Kelantan (44) perlis (41) pulau pinang (13) kuala lumpur (12) Sarawak (8) dan negeri Sembilan (6).

Semalam bertempat dibalai polis pasir puteh ipoh, lebih 30 PEMUDA UMNO IPOH TIMOR  yang telah di ketuai  oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Ipoh Timor ( Hishron ) telah membuat laporan polis bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir penyokong pembangkang yang sedang menghasut rakyat untuk berhimpun bagi manggulingkan kerajaan yang sah pada malam 31 Disember 2013 di dataran Merdeka. Menurut laporan Hisron, “amat jelas sekali  penganjur himpunan ini sememangnya berniat jahat dan cuba untuk menidakkan system demokrasi yang telah diamalkan di Malaysia semenjak sekian lama.”  

“Mereka juga dengan jelas cuba untuk melanggar teras penubuhan Negara ini  iaitu perlembagaan persekutuan yang diguna pakai  semenjak kemerdekaan Negara. Himpunan ini juga dilakukan dengan niat begitu jelas untuk menjadikan keadaan huru-hara serta mengancam keselamatan Negara. Justeru itu PERGERAKAN PEMUDA UMNO IPOH TIMOR mendesak pihak berkuasa untuk menahan dan mendakwa individu-individu yang di dapati cuba meletakkan keselamatan Negara serta keselamatan orang awam dalam bahaya. “ 

Dalam laporan polis itu juga PERGERAKAN PEMUDA UMNO IPOH TIMOR turut membuat laporan tentang hasutan AMK PERAK yang ingin mengadakan himpunan di tempat awam iaitu di hadapan stesen keretapi tanah melayu ipoh. “Lokasi himpunan ini seharusnya mendapat permit daripada pihak PDRM serta kelulusan daripada majlis bandaraya ipoh berikutan lokasi adalah sememangnya menjadi tumpuan awam dan juga pengguna sistem keretapi.  Himpunan ini juga dikhuatiri akan mengakibatkan kesesakan, keselamatan dan juga kerosakan harta benda yang kebiasaannya tidak dapat di kawal oleh pihak penganjur.  Himpunan ini juga bertujuan untuk memesongkan pemikiran rakyat terhadap dasar kerajaan. “

Apa-apa pon syabas dan tahniah aku ucapkan kepada PERGERAKAN PEMUDA UMNO IPOH TIMOR kerana berasa bertanggungjawab terhadap keselamat rakyat Malaysia. Aku harapkan segala laporan polis yang telah di buat di seluruh Malaysia akan di ambil tindakan sewajarnya oleh pihak PDRM. Aku juga percaya dengan kewibawaan ketua polis Malaysia yang baru ini dan cara beliau untuk menangani kebiadapan pihak pembangkang.






No comments:

Post a comment

Member BSK