Jumlah Pengunjung

Tuesday 10 December 2013

LIM GUAN ENG SUSAH HATI DENGAN SEMUT !!!



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan berhubung pembabitan tiga wakil rakyat parti itu yang mengetuai perhimpunan di depan Pejabat Presiden Taiwan bagi membantah projek pembinaan loji penapis minyak di Pengerang, Johor oleh sebuah syarikat petrokimia dari negara tersebut.
 
Tiga wakil rakyat berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Chua Wee Beng; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, tindakan tersebut penting berikutan Guan Eng cuba menafikan perkara itu dan minta ditunjukkan bukti.

Menurutnya, adalah mustahil Ketua Menteri itu tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut sedangkan terdapat laporan mengenainya dalam media massa.

“Adakah dia (Guan Eng) sudah buta? Adakah dia tidak sedar langsung tentang perkara ini? Ternyata slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang diuar-uarkannya selama ini hanya omong kosong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 pada Khamis lalu mendedahkan tindakan pembangkang menakut-nakutkan pelabur Taiwan berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang menyebabkan negara kehilangan pelaburan asing hampir RM40 bilion dari negara itu.

Walau bagaimanapun, Guan Eng dalam laporan sebuah portal berita menyifatkan dakwaan tersebut sebagai melampau dan mahukan bukti.
Guan Eng turut menganggap dakwaan itu sebagai serangan politik kosong.
Sementara itu, media massa di Taiwan dan tempatan termasuk The Rocket milik DAP ada menyiarkan laporan protes berkenaan di depan Pejabat Presiden Taiwan di Taipei pada 18 Julai lalu.

Cheng Guan yang juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) kesal kerana ramai pemimpin pembangkang sanggup berdusta dan memutar belit fakta demi perjuangan politik sempit mereka.

Dalam isu berkenaan, katanya, amat jelas pemimpin DAP tiada prinsip jujur, amanah dan bertanggungjawab.

“Lebih teruk lagi, golongan oportunis ini meletakkan kepentingan diri sendiri melebih kepentingan rakyat dan negara.

“Layakkah mereka bergelar Yang Berhormat? Sudah tentunya bukan, tetapi lebih kepada Yang Berdusta, Yang Berbohong dan Yang Berputar Belit," tegasnya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK