Jumlah Pengunjung

Thursday 8 November 2012

Anwar dicabar berentap di Parlimen Pekan !!! berani ke...?



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13.
“Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Ketua umum pakatan pembangkang itu diuar-uar menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang, semalam mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.
Syed Ali berkata sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau  benar-benar ‘anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.
“Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu),” katanya seperti dipetik laman web Umno Cheras.
Bagaimanapun, Syed Ali berkata beliau percaya Anwar tidak berani bertanding di Pekan mahupun di Marang kerana beliau tahu pasti ditolak pengundi di kawasan berkenaan.
"Saya yakin pengundi di Pekan dan Marang, sebahagian besarnya pengundi Melayu, belum bersedia menerima pemimpin politik seperti Anwar yang menyokong gerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” ujarnya.
Syed Ali mendakwa cabaran Anwar supaya Najib, yang menyandang kerusi Pekan, bertanding di Marang adalah perancangan sulitnya untuk ‘menghapuskan kerjaya politik Hadi.
Beliau berkata Hadi merupakan penghalang besar kepada niat Anwar hendak menjadi perdana menteri. Bekas perdana menteri itu dipecat dari jawatannya dan Umno pada Sept 1998 dan pernah dipenjarakan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.
Katanya, cita-cita politik Anwar disokong kuat sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP yang mencurigai keikhlasan PAS.
Syed Ali juga berkata beliau percaya Hadi tidak akan meninggalkan Marang yang paling selamat baginya walaupun sebelum ini membuat kenyataan bersedia bertanding di Pekan sekiranya itu adalah keputusan parti.

No comments:

Post a Comment

Member BSK