Jumlah Pengunjung

Saturday 10 November 2012

faktor calon jadi penentu kemenangan BN di Kelantan


Veteran Umno Kelantan, Tan Sri Hussein Ahmad membayangkan faktor pemilihan calon bakal menjadi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas timbalan menteri besar Kelantan itu berkata pucuk pimpinan parti harus membuat pilihan bijak dan tepat dalam menentukan calon yang layak untuk bertanding pada pilihan raya umum itu.
Katanya ini memandangkan rakyat Kelantan telah mula menunjukkan perubahan mahukan BN dan Umno kembali memerintah Kelantan selepas 22 tahun berada  di bawah pemerintahan kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Keunikan politik rakyat Kelantan telah lama diketahui di mana mereka boleh mengubah kerajaan dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama di sini hari ini .
Hussein, 78, yang juga bekas ketua penerangan Umno Malaysia selama 14 tahun, berkata Umno tidak ketandusan pemimpin muda untuk ditonjolkan sebagai calon dalam pilihan raya.
"Jadi, tidak ada sebab Umno tidak boleh memilih muka-muka baharu yang merupakan  'winnable candidate'. Muka baharu tidak bererti tertakluk kepada generasi muda, orang lama pun boleh menjadi calon jika mempunyai kelayakan," katanya.
Hussein berkata trend pemilihan rakyat Kelantan sekarang bukan semata-mata menyokong parti, tetapi mereka juga memilih kelayakan seseorang calon.

No comments:

Post a Comment

Member BSK