Kerajaan telah menghantar bantuan keperluan untuk mangsa banjir di
Perak, Selangor, Melaka dan Johor, kata Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sebenarnya kerajaan telah membuat persediaan rapi
bagi menghadapi kemungkinan banjir pada hujung tahun ini dan semua
jentera telah dikerah bagi menghulurkan bantuan perlu kepada mangsa
banjir di negeri-negeri terlibat.
''Ia termasuk menghantar bantuan makanan, perubatan, kesihatan serta
membantu memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat-tempat yang
selamat," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang
Kemuncak Asia-Eropah Kesembilan (ASEM) 2012 di sini hari ini.
Najib berkata, sukar untuk meramal bila sesuatu bencana akan berlaku termasuk banjir kerana ia berlaku tanpa diduga.
Menurutnya, banjir yang berlaku di negeri-negeri pantai barat
Semenanjung sekarang sedikit sebanyak ada kaitan dengan perubahan
keadaan cuaca dunia dan ia turut membawa kesan kepada negara-negara
lain.
Misalnya, di Amerika Syarikat sekarang dilanda bencana taufan Sandy
yang membawa kemusnahan teruk dan Thailand pula dilanda banjir teruk di
bandar raya Bangkok pada tahun lalu, tambah beliau.
Najib berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEM 2012 yang berakhir hari ini.
Semalam, beliau merasmikan cawangan pertama Maybank di Laos dan
sebelah petangnya menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara
sebuah syarikat Malaysia, Giant Consolidated Ltd. (GCL) dengan kerajaan
Laos untuk melaksanakan pembinaan projek landasan kereta api elektrik
berkembar di Laos bernilai AS$5 bilion (RM15 bilion).
Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang petang ini.
Artikel Penuh KLIK DISINI...
No comments:
Post a Comment