Jumlah Pengunjung

Friday 9 November 2012

Rakyat Kelantan sudah sedia lakukan perubahan !!!


Rakyat Kelantan sedia melakukan perubahan terbesar dalam negara dengan memberikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat menunggu saat itu  dalam tempoh 22 tahun bagi melihat perubahan terutama dari aspek kemudahan infrastruktur.

Menurutnya, sekiranya BN  di Kelantan, banyak kemudahan bakal dinikmati rakyat negeri ini berbanding dengan usaha dibuat kepimpinan sedia ada.

“Umno lebih mampu menguruskan pembangunan negara dan rakyat pula dilihat mahukan perubahan kerana mereka perlukan kemudahan infrastruktur.

“Walau pun Kelantan dibawa kepimpinan pembangkang, tetapi kerajaan tetap tidak menganaktirikan rakyat negeri ini,” katanya ketika berucap pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kolej Kemahiran Tinggi  (KKTM) Pasir Mas di Lubok Jong bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
 
Mustapa berkata, kehadiran Muhyiddin ke Parlimen Rantau Panjang dapat memberikan suntikan semangat kepada rakyat di Parlimen itu untuk menghadapi PRU13.

No comments:

Post a Comment

Member BSK