Saya cuba
mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai
nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak
permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak
RM800,000.
Wan Muhammad
Azri Wan Deris yang dikenali sebagai Papa Gomo berkata demikian kepada
pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu beliau menjual saham
miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
Katanya
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun
menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
Hari ini
Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di
dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan
Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
Katanya,
rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan
ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 ditetapkan pada 24 Jun untuk
pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
Jom tengok komen2 pengikut Papagomo di wall beliau.
Pada 28
Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi
sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran
perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di
blog Papa Gomo.
Dalam
penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan,
beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah
menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar
memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas
dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan
Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog
berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
SUMBER ASAL CERITA
No comments:
Post a Comment