Seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia
Airlines (MAS) MH370 terbang di Lautan Hindi dalam keadaan terbakar
pada malam kehilangannya.
Menurut sebuah portal berita Thailand, Katherine Tee , 41, mendakwa
melihat pesawat itu dengan keadaan berasap di bahagian belakangnya
ketika dalam pelayaran merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket
menggunakan kapal layar.
"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar.
Itulah yang saya fikir ia adalah pesawat itu," katanya yang dipetik dari
Phuket Gazette.
Beliau berkata, hanya mengambil keputusan memberitahu pihak berkuasa
baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai
pencarian MH370 pada masa kini menyatakan telah menerima mengenai
laporan itu dan akan menyiasat mengenainya. - AGENSI
(SUMBER)
No comments:
Post a Comment