Jumlah Pengunjung

Friday 31 October 2014

SIAPA HASNUL FAIRUZ CALON 01 MBN PERAK ???





Salam pembaca semua...



Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung MBN Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014. Dengan itu aku berpendapat adalah wajib kita mengekalkan Presiden yang sedia ada (Hasnul Fairuz) sebagai Presiden adalah kerana belia negeri perak sememangnya memerlukan pemimpin yang sebegini kerana sifat kesukanannya, rajin membantu masyarakat tidak kira apa jua kaum, sifat rendah dirinya, sentiasa dekat dihati belia, mesra bersama belia, dan sangat berwawasan tinggi yang akan menjadikan generasi belia akan datang terus cemerlang.

Janganlah sesekali kita salah memilih calon hanya kerana habuan semata-mata. Ingatlah, sekiranya kita tersalah pilih calon akan hancurlah sebuah organisasi belia yang sememangnya selama ini telah berkembang dengan jayanya. Undilah Hasnul Fairuz calon 01 yang sememangnya telah terbukti kepimpinannya.

Dibawah adalah sedikit ucapan dari calon 01  Hasnul Fairuz..

Dengan rasa rendah dirinya saya dicalonkan bagi penggal ini sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak. Saya mohon sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan untuk saya meneruskan perjuangan Dasar Belia Aman Jaya serta konsep 5P untuk 5 Tahun.

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Calon 01 -


Meraikan Perbedaan Memperkukuhkan Perpaduan !!!



- Terlibat dengan gpms sejak 1993

- Peserta World Youth congress di Maghribi pada tahun 2003

- Peserta National Youth Asean award di Cambodia 2006

- Penerima tokoh kepimpinan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak  2005

- Penerima tokoh kesukarelaan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2007. 

- Pernah menjadi Exco majlis belia malaysia sejak 2006-2009

- Ketua penerangan majlis belia malaysia 2010- hingga kini  

- Presiden majlis belia negeri perak baru satu penggal

















UNDILAH CALON 01 !!!!!!!!




No comments:

Post a Comment

Member BSK