Jumlah Pengunjung

Thursday 23 October 2014

VIDEO SEKS... APA DOSA USTAZ AZHAR IDRUS KEPADA ANWAR IBRAHIM ???





Selepas seluruh negara havoc dengan isu sentuh anjing, kini Malaysia dikejutkan pula dengan penyebaran gambar senggama ikon pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Gambar foto yang menunjukkan UAI sedang berasmara dengan isterinya dalam keadaan separuh bogel tersebar sejak sehari yang lalu dan telah mengejutkan banyak pihak termasuk penyokong-penyokong tegar UAI.Berdasarkan maklumat yang diterima, gambar tersebut telah dicedok dari komputer peribadi UAI.

Tindakan menyebar dan cubaan memalukan ikon tersebut dianggap sebagai unsur sabotaj dan fitnah yang cukup jahat. Di sudut pandangan lain pula, tindakan penyebaran ini adalah bertujuan untuk mengalih perhatian umum terhadap beberapa isu hangat sebelum ini termasuk lah tumpuan kepada perdebatan proses pemansuhan Akta Hasutan dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Oktober nanti.

Pihak SKMM perlu mengambil tindakan segera berkaitan isu ini, kerana selain dari mencemarkan nama ikon itu sendiri, tindakan tersebut juga bakal membawa satu stigma dipandangan masyarakat terhadap pendakwah dan ahli agama di Malayasia. Tindakan penyebaran foto dan video yang tidak bermoral sebegitu adalah suatu kesalahan dibawah Seksyen 211 dan 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000.00 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menapis segala berita dan maklumat yang diterima dari rangkaian Whatsapp, Wechat, Telegram, Facebook, Twitter dan lain-lain. Ini kerana masa kini, terlalu banyak bahan dan media yang tidak berakhlak dibebaskan keseluruh rangkaian dengan tujuan mendapatkan perhatian, memfitnah, memburukkan kerajaan, dan menghasut.




No comments:

Post a Comment

Member BSK