Jumlah Pengunjung

Showing posts with label PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA. Show all posts

Friday, 31 October 2014

SIAPA HASNUL FAIRUZ CALON 01 MBN PERAK ???





Salam pembaca semua...



Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung MBN Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014. Dengan itu aku berpendapat adalah wajib kita mengekalkan Presiden yang sedia ada (Hasnul Fairuz) sebagai Presiden adalah kerana belia negeri perak sememangnya memerlukan pemimpin yang sebegini kerana sifat kesukanannya, rajin membantu masyarakat tidak kira apa jua kaum, sifat rendah dirinya, sentiasa dekat dihati belia, mesra bersama belia, dan sangat berwawasan tinggi yang akan menjadikan generasi belia akan datang terus cemerlang.

Janganlah sesekali kita salah memilih calon hanya kerana habuan semata-mata. Ingatlah, sekiranya kita tersalah pilih calon akan hancurlah sebuah organisasi belia yang sememangnya selama ini telah berkembang dengan jayanya. Undilah Hasnul Fairuz calon 01 yang sememangnya telah terbukti kepimpinannya.

Dibawah adalah sedikit ucapan dari calon 01  Hasnul Fairuz..

Dengan rasa rendah dirinya saya dicalonkan bagi penggal ini sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak. Saya mohon sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan untuk saya meneruskan perjuangan Dasar Belia Aman Jaya serta konsep 5P untuk 5 Tahun.

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Calon 01 -


Meraikan Perbedaan Memperkukuhkan Perpaduan !!!



- Terlibat dengan gpms sejak 1993

- Peserta World Youth congress di Maghribi pada tahun 2003

- Peserta National Youth Asean award di Cambodia 2006

- Penerima tokoh kepimpinan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak  2005

- Penerima tokoh kesukarelaan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2007. 

- Pernah menjadi Exco majlis belia malaysia sejak 2006-2009

- Ketua penerangan majlis belia malaysia 2010- hingga kini  

- Presiden majlis belia negeri perak baru satu penggal

















UNDILAH CALON 01 !!!!!!!!




Wednesday, 13 March 2013

Buat Maksiat Dalam Gelanggang FUTSAL ???

1-Copy


AYER KEROH – Di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Tasek Utama telah diadakan Program Futsal Mesra Belia dan Ekspresi Anak Muda DUN Ayer Keroh semalam.
Program ini telah berjaya mengumpulkan 24 buah pasukan futsal yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Perlawanan yang dijalankan secara liga ini dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil dan dimulakan jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.
Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Saudara Razak Abu Hassan telah hadir merasmikan program yang khusus untuk anak muda ini.
Turut sama hadir, Saudara Salleh Daud, Ketua Penduduk Taman Tasek Utama; Saudara Parasuraman, Naib Pengerusi KRT Taman tasek Utama dan Saudara Syed Mohamad Zulhemi Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Melihatkan sokongan yang baik dari golongan muda kepada program futsal pada hari itu, Razak berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selain dapat mengelakkan anak muda dari melakukan dan terjebak ke arah (BACA SETERUSNYA)



KERAJAAN Zalim Pada BELIA ???



Sebanyak 2,600 golongan muda berumur 21 tahun ke atas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini hari ini.
Majlis penyerahan BR1M itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Shabudin berkata, golongan muda yang menerima BR1M 2.0 untuk DUN Permatang Berangan adalah yang paling ramai berbanding kawasan lain.
"Kita terpaksa buat dua sesi iaitu 1,300 orang untuk terima BR1M pada sebelah pagi dan bakinya diberikan pada sebelah petang bagi memastikan perjalanan pemberian bantuan ini berjalan dengan lancar.

"Pemberian ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuklah generasi muda yang berumur 21 tahun ke atas dan yang masih belum berkahwin," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis itu di Kompleks Komersial Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menurut Shabudin, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mendekati golongan itu melalui beberapa saluran termasuk bantuan keusahawanan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Sekarang ini orang muda yang ingin terlibat dalam perniagaan sama ada berniaga burger, atau bundle sekalipun tidak perlu bimbang kerana kita sediakan platform keusahawanan dengan pemberian pinjaman TEKUN kepada mereka yang berminat.

"Di DUN Permatang Berangan sendiri, kita kenal pasti lebih daripada 70 peratus permohonan terlibat dalam bidang keusahawanan terdiri daripada mereka yang berumur 37 tahun ke bawah," jelasnya.

Tambah beliau, peratusan itu menunjukkan gerakan keusahawanan dalam kalangan generasi muda di kawasan itu semakin berkembang dan pihaknya sangat menggalakkan budaya tersebut.

Dalam pada itu, Shabudin berkata, bantuan juga diberikan kepada masyarakat yang kesempitan hidup dan tidak mampu bekerja kerana sakit atau mengalami kecacatan fizikal kekal.

"Bagi golongan yang mempunyai masalah kesempitan hidup kita ada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lebih daripada 600 orang sudah menerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan dan peralatan.

"Kita juga mendapat peruntukan daripada Zakat Pulau Pinang dan sebab itu saya minta sesiapa yang mempunyai masalah supaya tampil beritahu kita, jangan diam sahaja kerana kalau kita tidak dapat maklumat, macam mana kita nak membantu," katanya.


Sunday, 20 January 2013

MALIKI MOHAMED RAPIEE ! tahniah atas kemenangan JAWATAN PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA !!!



TAHNIAH kepada Saudara Maliki Mohamed Rapiee kerana dapat mempertahankan jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012 - 2014.


Pencabar utama beliau Jais Abdul Karim telah menarik diri di saat akhir malam tadi.  Bagi kerusi Timbalan Presiden, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin juga telah  menang tanpa bertanding manakala jawatan Setiausaha Agung kekal kepada Saudara Mohd Zaidi Aziz yang juga menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan-jawatan lain dijadualkan akan dibuat pengudian pada hari ini. Teman ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Maliki, Saudara Mua'amar Ghadafi dan juga Saudara Mohd Zaidi yang memegaang tampuk tetinggi barisan kepimpinan yang baru. Teman harap agenda pembangunan belia akan dirancangkan serta mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.


Teruskan usaha anda untuk memajukankan belia malaysia...

TAHNIAH SEKALI LAGI....


Member BSK