Jumlah Pengunjung

Showing posts with label AZHAR IDRUS. Show all posts
Showing posts with label AZHAR IDRUS. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

VIDEO SEKS.. POLIS MULA MASUK CAMPUR MASALAH AZHAR IDRUS !!!




PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.


Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).

“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya. 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. - MYNEWSHUB


Thursday, 23 October 2014

VIDEO SEKS... APA DOSA USTAZ AZHAR IDRUS KEPADA ANWAR IBRAHIM ???





Selepas seluruh negara havoc dengan isu sentuh anjing, kini Malaysia dikejutkan pula dengan penyebaran gambar senggama ikon pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Gambar foto yang menunjukkan UAI sedang berasmara dengan isterinya dalam keadaan separuh bogel tersebar sejak sehari yang lalu dan telah mengejutkan banyak pihak termasuk penyokong-penyokong tegar UAI.Berdasarkan maklumat yang diterima, gambar tersebut telah dicedok dari komputer peribadi UAI.

Tindakan menyebar dan cubaan memalukan ikon tersebut dianggap sebagai unsur sabotaj dan fitnah yang cukup jahat. Di sudut pandangan lain pula, tindakan penyebaran ini adalah bertujuan untuk mengalih perhatian umum terhadap beberapa isu hangat sebelum ini termasuk lah tumpuan kepada perdebatan proses pemansuhan Akta Hasutan dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Oktober nanti.

Pihak SKMM perlu mengambil tindakan segera berkaitan isu ini, kerana selain dari mencemarkan nama ikon itu sendiri, tindakan tersebut juga bakal membawa satu stigma dipandangan masyarakat terhadap pendakwah dan ahli agama di Malayasia. Tindakan penyebaran foto dan video yang tidak bermoral sebegitu adalah suatu kesalahan dibawah Seksyen 211 dan 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000.00 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menapis segala berita dan maklumat yang diterima dari rangkaian Whatsapp, Wechat, Telegram, Facebook, Twitter dan lain-lain. Ini kerana masa kini, terlalu banyak bahan dan media yang tidak berakhlak dibebaskan keseluruh rangkaian dengan tujuan mendapatkan perhatian, memfitnah, memburukkan kerajaan, dan menghasut.




Sunday, 18 August 2013

AZHAR IDRUS MEMANG BIADAP DI JALAN RAYA !!!



Susulan kemalangan yang melibatkan kenderaan Volkswagen Golf GTI milik Ustaz Azhar Idrus dengan kereta Proton Iswara semalam, banyak pihak menyalahkan cara pemanduan laju dan merbahaya yang diamalkan oleh ustaz popular itu.


Menurut sumber beberapa laman blog, ramai saksi kejadian mengatakan Ustaz Azhar memandu laju dan telah melanggar lampu merah sekali gus menghentam Iswara yang sedang membuat pusingan U di Pengadang Baru, Kuala Terengganu baca seterusnya...



Tuesday, 19 March 2013

Azhar Idrus Lancar SYURGA Sendiri !!! Giler...




Azhar Idrus Benarkan Perbuatan Menghasut

Ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan ‘fatwa songsang’ dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.

Jika diamati 'fatwa songsang' pimpinan PAS bukan baharu lagi dalam sejarah susur galur politik negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan 'fatwa songsang' mengemparkan umat Islam seperti ‘mengundi Pas masuk syurga’ dan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’.

Selain itu antara kenyataan pernah digunapakai pemimpin PAS adalah ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundi Pas’ dan sebagainya.

Ia dilihat sebagai satu strategi politik Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS khususnnya menggunapakai pendekatan ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Walaupun kenyataan yang diberikan oleh penceramah bebas itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar. Sebagai contoh sekiranya ingin melakukan dosa, namun niat kita baik maka ia adalah perkara yang dibenarkan.

Para peminat cerita barat, pasti pernah mendengar nama watak Robin Hood, seorang penyamun dan perompak yang diangkat sebagai tokoh kerana membantu orang yang dalam kesusahan. Dari segi moral, benar tindakan tersebut boleh dikatakan terpuji, namun sekiranya berlandaskan hukum ia TETAP berdosa dan satu perbuatan yang tercela. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menguna pakai kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara', kerana ia merupakan salah satu pendekatan ideologi komunis yang jelas bertentangan dengan seruan Islam itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab ‘an-namimah’.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai ‘Ghibah’ iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : 'Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya'

Bertanyalah Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi Muhammad S.A.W : Iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W ditanya : Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Baginda Rasulullah S.A.W menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya. ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada di samping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar.

Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.

Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.

Sumber rujukan al-Quran dan Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.




Monday, 28 January 2013

Ustaz NASHARUDIN Di Ludah Kerana Perjuangan Islam Sebenar !!!



Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.




Tuesday, 15 January 2013

AZHAR IDRUS TIDAK SEBODOH USTAZ PAS !!!



Kenapa Ustaz Azhar Idrus tidak hadir di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Anwar?

Banyak persoalannya yang timbul dan bermain difikiran blogger pembangkang apabila ustaz Azhar Idrus atau terkenal dengan Ustaz Mc Dee membuat keputusan menarik diri pada saat akhir untuk menghadiri perhimpunan Shamsidar.

Sebelum ini beberapa blogger pembangkang cukup optimis bahawa Ustaz Mc Dee akan hadir dalam perhimpunan itu.




Itu antara beratus-ratus blog pembangkang yang begitu teruja bila dengan UAI akan hadir. Agak malang bagi mereka itu semua hanya gimik sahaja daripada perancang Anwar Ibrahim agar lebih ramai yang akan menghadiri perhimpunan Shamsidar.

Ustaz Azhar Idrus pun bukannya seperti ustaz Pas yang bodoh, beliau mempunyai ramai pengikut sehingga kini bukan sahaja dikalangan pembangkang sahaja malah rakyat pro-kerajaan pun ramai yang meminatinya. Takkan dengan kerana untuk membantu Anwar Ibrahim dan Shamsidar, Ustaz Azhar akan kehilangan beribu-ribu pengikut?

Satu lagi Ustaz Azhar Idrus ini menolak pendirian yang dibuat oleh Nik Aziz dan Haji Hadi tentang membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian, tak kan Ustaz Azhar nak bersama oran-orang yang sudah murtad.

Jadi jelaslah Ustaz Azhar Idrus walaupun secara hakikat beliau nampak condong ke arah pembangkang tetapi tak semua yang pendapat Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu diterimanya bulat-bulat.

Member BSK