Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Parlimen belia. Show all posts
Showing posts with label Parlimen belia. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

PRK 001 CALON PARLIMEN BELIA... SHARAN HARAPAN BELIA PERAK !!!



MOHON SOKONG DARI ANDA SEMUA UNTUK MEMILIH :

CALON AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (negeri PERAK)
PRK 001

SHARAN RAJ  A/L  MUNIANDY

UMUR 21 TAHUN

Usahawan IT. UNESCO Youth Peace Ambassador 2011. Ketua Perwakilan Malaysia ke Malaysia International Youth Programme 2012. Ketua Perwakilan Malaysia ke Malacca International  Youth Dialogue 2011. Member Forum – Youth Action Forum 2011 (youth Advisery Event to Prime Minister). Policymaker For Youth Action Plan 2011.

twitter.com/raj28sharan

DEMOKRAT MUDA

#SuaraHatiAnakMuda
#BringingChangesNow



Wednesday, 8 October 2014

CALON PARLIMEN BELIA SELANGOR GEMPARKAN BERNAMA TV !!!


Kuala Lumpur – Calon Parlimen Belia Selangor, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin meminta kerajaan agar memecahkan portfolio belia dan sukan bagi memantapkan dan memperkasakan generasi muda dan kemajuan sukan tanah air.
Beliau yang bercakap ketika program wawancara bersama BernamaTV malam tadi berkata langkah kerajaan menggabungkan belia dan sukan di bawah satu kementerian merupakan satu langkah yang dilihat kurang wajar.
“Kementerian belia dan sukan perlu dipecahkan, kerana pada saya dengan cara itu ia mampu mengembalikan kegemilangan sukan tanah air dan di masa yang sama mampu memperkasakan generasi muda negara.
“Sebagai contoh, sukan badminton dilihat seperti telah ketandusan bakat baru apabila negara dilihat hanya mampu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei.
“Siapa lagi selepas Chong Wei” soalnya kepada moderator rancangan Bual Bicara, Dahlan Maamor sebentar tadi.
Menurut Zaffarollah, Kementerian Belia Dan Sukan pada ketika ini lebih memberikan tumpuan kepada bidang sukan berbanding meningkatkan daya saing belia yang merupakan tunjang kepada negara.
Beliau turut menegaskan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian itu juga dilihat lebih tertumpu kepada pembanggunan sukan berbanding belia dan generasi muda.
“Belia negara seakan tertinggal jauh, dan hilang jati diri berbanding dahulu.
“Pada saya sudah tiba masanya ia dipisahkan atau ditambah baikkan” katanya lagi.
Zaffarollah turut menjelaskan, menurut satu kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa mutu dan kualiti belia negara jauh lebih rendah berbanding negara luar.
“Ia merupakan antara isu yang akan saya bangkitkan, sekiranya terpilih sebagai wakil Parlimen Belia Negeri Selangor kelak” katanya lagi
(SUMBER)

Member BSK