Jumlah Pengunjung

Showing posts with label calon parlimen belia. Show all posts
Showing posts with label calon parlimen belia. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

CALON PARLIMEN BELIA TERBAIK PULAU PINANG UNTUK GENERASI MUDA !!!



Dilahirkan di Bagan Belat Teluk Ayer Tawar Pulau Pinang pada 21 Januari 1991
Mendapat Pendidikan awal di SK Teluk Ayer Tawar, SMK Dato Onn Butterworth, Diploma Pengurusan Perhotelan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti ( Perlancongan ) ( Kepujian) di Kolej Universiti Islam Melaka
Terlibat secara langsung dalam dunia politik secara serius seawal umur 18 tahun dan telah menghadiri kem-kem anjuran jabatan kerajaan. Pernah menganggotai unit beruniform Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut ). Mendapat pengiktirafan Latihan Kepimpinan IPTa/s zon Selatan Tahap 1. Menjalani Latihan Khidmat Negara.

Berkeupayaan mengendali majlis formal dan tidak formal. Banyak pendedahan mengenai pengucapan awam. Presiden Belia Generasi Interaksi / Naik Pengerusi Persatuan MukaBuku Pulau Pinang.
Penglibatan aktif di dalam politik adalah melalui arwah ayahanda yg juga merupakan salah seorang dari 5 org penceramah negara yg kini anak beliau menyambung legasi ayahnda tersayang. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]. Kemana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Penyertaan melalui Parlimen Belia merupakan satu langkah atau anjakan profesional yang akan turut membawa satu revolusi bg belia secara khususnya utk melontar suara pandangan serta idea, malah mampu memegang mikrofon dan bercakap demi belia dan negara.

Undilah calon kami Muhammad Yusuf Bin Abdul Ghani dr Teluk Air Tawar bagi mewakili belia2 Negeri Pulau Pinang di pentas negara bermikrofon membawa suara belia Malaysia.

Tuesday, 21 October 2014

PRK 004 PARLIMEN BELIA.. ACIR UNTUK ANAK MUDA PERAK !!!




MOHON SOKONG DARI ANDA SEMUA UNTUK MEMILIH :

CALON AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (negeri PERAK)
PRK 004

AL YASHIR YAHAYA “ACIR”

UMUR 25 TAHUN

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pengurusan), Universiti Multimedia. Pegawai Hal Ehwal Korporat. Mantan Naib Yang Di-Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Multimedia. Ahli Parlimen Belia (Percubaan) 2012. Presiden Alumni Mahasiswa Turun Parlimen. Pengarah Amanjaya Internship. Presiden Persatuan Belia Sukarelawan Amanjaya. Bendahari Kelab Penyokong Persatuan Bola Sepak Negeri  Perak.

twitter.com/yashiryahaya

DEMOKRAT MUDA

#SuaraHatiAnakMuda
#BringingChangesNow




PRK 023 PARLIMEN BELIA... FAJRUL MEMBAWA HARAPAN BELIA PERAK !!!



MOHON SOKONG DARI ANDA SEMUA UNTUK MEMILIH :

CALON AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (negeri PERAK)
PRK 023

FAJRUL FALAH

UMUR 21 TAHUN

Mahasiswa Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Kemanusian Dan Ilmu Wahyu (Sains Politik) UIAM. AJK Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM 2014/2015. Pendebat Muda UIAM. Aktivis Mahasiswa.

twitter.com/simple_persons

DEMOKRAT MUDA

#SuaraHatiAnakMuda
#BringingChangesNow




Monday, 20 October 2014

PRK 026 CALON PARLIMEN BELIA.. FARHAN MEMBAWA HATI ANAK MUDA PERAK !!!




MOHON SOKONG DARI ANDA SEMUA UNTUK MEMILIH :

CALON AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (negeri PERAK)
PRK 026

MUHAMMAD FARHAN B. KHAIRUDDIN
UMUR 20 TAHUN

(Mahasiswa Sarjana Muda dengan kepujjian undang-undang UKM. Timbalan Presiden Sukarelawan Amanjaya. Panel pemikir ruang bicara Bernama TV Aktivis Siswa. Exco sekatariat Mahasiswa Lagenda Selangor. Pemenang Anugerah Sukarelawan Siswa 2013.)

twitter.com/paankhairuddin

DEMOKRAT MUDA

#SuaraHatiAnakMuda
#BringingChangesNow



PRK 002 CALON PARLIMEN BELIA... NELSON AKAN MENYATUKAN BELIA PERAK !!!




MOHON SOKONG DARI ANDA SEMUA UNTUK MEMILIH :

CALON AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (negeri PERAK)
PRK 002

NELSON PERUMAL A/L SINNASAMY

UMUR 22 TAHUN

(Mahasiswa Buckinhamshire New University United Kingdom. Bachelor In Airline and Airport Management. Duta Kecil 3rd University Scholar Symposium Bali, Indonesia. Exco Malaysian Young Humantarian. Ahli Parlimen Belia (Percubaan) 2012.)


 DEMOKRAT MUDA

#SuaraHatiAnakMuda
#BringingChangesNow



Wednesday, 8 October 2014

CALON PARLIMEN BELIA SELANGOR GEMPARKAN BERNAMA TV !!!


Kuala Lumpur – Calon Parlimen Belia Selangor, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin meminta kerajaan agar memecahkan portfolio belia dan sukan bagi memantapkan dan memperkasakan generasi muda dan kemajuan sukan tanah air.
Beliau yang bercakap ketika program wawancara bersama BernamaTV malam tadi berkata langkah kerajaan menggabungkan belia dan sukan di bawah satu kementerian merupakan satu langkah yang dilihat kurang wajar.
“Kementerian belia dan sukan perlu dipecahkan, kerana pada saya dengan cara itu ia mampu mengembalikan kegemilangan sukan tanah air dan di masa yang sama mampu memperkasakan generasi muda negara.
“Sebagai contoh, sukan badminton dilihat seperti telah ketandusan bakat baru apabila negara dilihat hanya mampu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei.
“Siapa lagi selepas Chong Wei” soalnya kepada moderator rancangan Bual Bicara, Dahlan Maamor sebentar tadi.
Menurut Zaffarollah, Kementerian Belia Dan Sukan pada ketika ini lebih memberikan tumpuan kepada bidang sukan berbanding meningkatkan daya saing belia yang merupakan tunjang kepada negara.
Beliau turut menegaskan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian itu juga dilihat lebih tertumpu kepada pembanggunan sukan berbanding belia dan generasi muda.
“Belia negara seakan tertinggal jauh, dan hilang jati diri berbanding dahulu.
“Pada saya sudah tiba masanya ia dipisahkan atau ditambah baikkan” katanya lagi.
Zaffarollah turut menjelaskan, menurut satu kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa mutu dan kualiti belia negara jauh lebih rendah berbanding negara luar.
“Ia merupakan antara isu yang akan saya bangkitkan, sekiranya terpilih sebagai wakil Parlimen Belia Negeri Selangor kelak” katanya lagi
(SUMBER)

Member BSK