Jumlah Pengunjung

Showing posts with label SUARA GENERASI BARU. Show all posts
Showing posts with label SUARA GENERASI BARU. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

CALON PARLIMEN BELIA SELANGOR GEMPARKAN BERNAMA TV !!!


Kuala Lumpur – Calon Parlimen Belia Selangor, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin meminta kerajaan agar memecahkan portfolio belia dan sukan bagi memantapkan dan memperkasakan generasi muda dan kemajuan sukan tanah air.
Beliau yang bercakap ketika program wawancara bersama BernamaTV malam tadi berkata langkah kerajaan menggabungkan belia dan sukan di bawah satu kementerian merupakan satu langkah yang dilihat kurang wajar.
“Kementerian belia dan sukan perlu dipecahkan, kerana pada saya dengan cara itu ia mampu mengembalikan kegemilangan sukan tanah air dan di masa yang sama mampu memperkasakan generasi muda negara.
“Sebagai contoh, sukan badminton dilihat seperti telah ketandusan bakat baru apabila negara dilihat hanya mampu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei.
“Siapa lagi selepas Chong Wei” soalnya kepada moderator rancangan Bual Bicara, Dahlan Maamor sebentar tadi.
Menurut Zaffarollah, Kementerian Belia Dan Sukan pada ketika ini lebih memberikan tumpuan kepada bidang sukan berbanding meningkatkan daya saing belia yang merupakan tunjang kepada negara.
Beliau turut menegaskan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian itu juga dilihat lebih tertumpu kepada pembanggunan sukan berbanding belia dan generasi muda.
“Belia negara seakan tertinggal jauh, dan hilang jati diri berbanding dahulu.
“Pada saya sudah tiba masanya ia dipisahkan atau ditambah baikkan” katanya lagi.
Zaffarollah turut menjelaskan, menurut satu kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa mutu dan kualiti belia negara jauh lebih rendah berbanding negara luar.
“Ia merupakan antara isu yang akan saya bangkitkan, sekiranya terpilih sebagai wakil Parlimen Belia Negeri Selangor kelak” katanya lagi
(SUMBER)

Sunday, 9 June 2013

AZMIN & KHALID BERTUMBUK ???



Rumah siap tukul berbunyi. Begitulah keadaan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Ketika Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional serta kerabat PKR sendiri sudah menubuhkan majlis pentadbiran negeri masing-masing, PKR masih bergelut dengan pelbagai karenah politik dalamnya.

Sebagai conoth, di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa menangguhkan pengumuman barisan exco yang dijadualkan pada Jumaat lalu. Ini memberi gambaran bahawa masih ada isu berhubung pelantikan Khalid yang masih belum selesai.

Beberapa hari yang lalu sumber PKR sendiri mengkhabarkan bahawa berlaku perdebatan hangat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri yang mahu Pengerusi Majlis itu, Azmin Ali, dilantik sebagai salah seorang ahli BACA SETERUSNYA...



Member BSK