Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ROGOL. Show all posts
Showing posts with label ROGOL. Show all posts

Monday, 12 August 2013

14 HARI DI ROGOL PENUH KEJAM !!!


Aku ada terbaca satu artikel di Forum dan ceritanya amat menarik untuk di kongsi. Ia berkenaan seorang wanita di rogol 14 hari tanpa henti di zaman kegemilangan Adolf Hitler. Mari teruskan membaca artikel ini. Mungkin ada sedihnya juga cerita ini :



Wanita ini pernah menjadi mangsa rogol selama 14 hari tanpa henti.  Kekejaman yang dirasakannya sangat tragis kerana dia dirogol oleh sekumpulan tentera Soviet.  Namun, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia sendiri yang membuka rahsia tersebut ketika usianya sudah tua.




Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.
isah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.
Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.




Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging. “Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk. Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.




Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.
Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.
Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.




Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut. Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.

SUMBER



Monday, 8 April 2013

PANAS...KETUA KAMPUNG PAS DI KELANTAN ROGOL GADIS DALAM HUTAN !!! nik aziz ajar ni....




BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu PAS di sebuah mukim Jelawat di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Cerita gila seks di kalangan pemimpin Pas seakan telah menjadi satu fenomena berikutan banyak berita-berita mengenainya mendapat liputan seluruh media massa.sumber

Nik Aziz nak kata ?? Ada sapa-sapa yang tau dia kata apa ??? Yang selalu aku dengar....




Friday, 8 February 2013

ADUN PAS Ladang Rampas Isteri Orang !!!


Berita perbuatan 'tidak senonoh' ADUN PAS Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang didakwa merampas isteri penyokongnya bukan lagi menjadi santapan telinga di kedai-kedai kopi, malah sudah menjalar masuk 'online'. 

Berikutan itu, satu pertemuan telah diadakan antara mangsa yang dikenali sebagai Fendi dengan beberapa rakan blogger.Dalam pertemuan itu mangsa telah menceritakan bagaimana dia mengenali Dato' Tengku Hassan. 

Fendi mula mengesyaki hubungan sulit YB PAS itu dengan bekas isterinya apabila melihat kereta kepunyaan bekas isterinya diletakkan di garaj rumah wakil rakyat itu. 

Dari situ bermulalah kisah titik-titik kehancuran mahligai rumah tangga yang beliau dirikan.


Video di atas adalah sebahagian dari temuramah yang memakan masa 1:05 minit. Fendi menceritakan bagaimana Dato' Tengku Hassan telah mendapatkan khidmat isterinya untuk mengurut. 

Namun semakin hari YB semakin kerap meminta beliau membawa bekas isterinya ke rumah YB atau YB sendiri telah datang ke rumah beliau. 

Pernah kerana terlalu lama mengurut, beliau tertidur di ruang tamu rumah YB. Apa sebenarnya yang berlaku?? Mengurut atau apa???
Ikuti kisah selanjutnya bagaimana pertemuan sulit yang diadakan di Kuala Lumpur antara bekas isterinya dan YB dengan alasan perniagaan. 

Juga benarkah Tengku Hassan menawarkan modal berjumlah RM200 ribu untuk menjalankan perniagaan MLM sebagai gula-gula untuk memikat hati isteri mangsa?

Segalanya akan dibongkar mulai esok!!!




Monday, 14 January 2013

SUSPEK ROGOL TERKENTUT !!!



Seorang wanita menjerit ke arah polis semasa menyertai tunjuk perasaan di Mumbai, semalam bagi memperingati kematian pelajar perubatan wanita yang terbunuh dalam kejadian rogol berkumpulan di New Delhi, baru-baru ini. - REUTERS

NEW DELHI 12 Jan. - Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh, hari ini dikejutkan dengan berita bahawa anak lelakinya yang disangka sudah meninggal dunia, terlibat dalam kes jenayah rogol berkumpulan yang mencetuskan gelombang kemarahan di seluruh India.
Wanita tersebut merupakan ibu kepada suspek juvenil yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan bersama lima lain di dalam sebuah bas pada pertengahan bulan lalu.
Dalam wawancara bersama Reuters, wanita tersebut menceritakan anak lelakinya itu meninggalkan rumah pada usia 11 tahun, dan sejak itu, dia tidak lagi bertemu dengan anaknya itu.
Berita penahanan anaknya itu nyata memberi kesan mendalam buat dirinya serta keluarga.
"Saya tidak menyangka anak saya akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Saya tidak sanggup untuk berdepan dengan orang kampung, ia amat memalukan," katanya.
Wanita itu menjelaskan bahawa anaknya meninggalkan rumah untuk mencari pekerjaan di New Delhi dan sering mengirim wang berjumlah AS$11 (RM34.10) setiap bulan pada tahun pertama bekerja.
"Tahun berikutnya, anak saya tidak lagi mengirim duit dan hilang tanpa khabar berita, menyebabkan saya beranggapan dia sudah meninggal dunia," ujarnya.
Ibu kepada enam orang anak tersebut percaya anak lelakinya itu disihir untuk melakukan kejahatan berdasarkan tilikan seorang sami.


Member BSK