Jumlah Pengunjung

Friday, 15 February 2013

Ustaz Haron Din Beri Amaran Pada Anwar Ibrahim !!!



"Saya selama-lamanya akan tetap pertahankan kalimah Allah...tidak akan redha sama sekali kalimah itu diletak ditempat yang jijik(menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).

"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," kata Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz lagi.

"Kita walaupun didalam pakatan rakyat tetapi tidak semua yang dibuat oleh pemimpin tertinggi wajar disokong, jika perbuatan itu melampaui batas sehingga menyekutukan Allah," kata Haron lagi.

Di atas adalah kenyataan terbaru Datuk Dr. Haron Din dalam isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Bahasa Melayu untuk edaran kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Ramai umat Islam diluar sana terus tertanya-tanya, sudah berapa ramai orang dalam PAS yang sudah syirik?

Sebelum ini Hadi Awang, Pok Nik Ajis, Khalid Samad, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin PAS yang menyokong DAP yang mahu menggunakan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu itu.

Mereka ini semua sudah syirik? Adakah mereka sudah mengangkat syahadah semula yang membolehkan mereka kembali kepada Islam?

ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni oleh ALLAH di akhirat kelak jika seseorang itu tidak memohon ampun kepada-NYA semasa hayat. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK